seo
Tag Archives: blogspot

Page Rank Blog Jatuh. So Sadis!!

31 Jan

Tergempar!!!! Page Rank blog saya jatuh.wahahahaha!!!! Sakit hati tak baca ayat ni. Hehehe. Bajet bagus kan??? Eh,saya tak kisah pun page rank blog cap ayam saya ni jatuh bergolek ke apa. Samada dia naik ke turun ke saya tetap akan mengarut macam dalam syurga di sini.hahahaha!!!

Tarahal lah. Cuma, sedikit kecewa lah sebab susah lah macam ni kalau nak join contest-contest gempak kalau bro Denaihati or kak yanmie or mana-mana blogger adakan dan perlukan PR3. Kan??? Itu je lah sebab kalau saya nak sedih pun!!!!hahahaha. Motif betul kan nak sedih sebab nak masuk contest?? -..-

Amacam dengan blog korang ek? Page Rank naik ke turun bertangga???hahahaha!!! Share with me please. Saja-saja. Suka-suka babe. Nak ubat hati duka lara sebab Page Rank blog tercinta ni jatuh bergolek.hehehehe.

Honestly, saya tak pandai sangat hal-hal page rank ni. Cuma, saya rasa logic kalau nak jatuh pun page rank blog saya ni. Lately ni saya jarang update blog, jawab komen readers pun agak lambat dan bila buat entry jarang dah link-link. Im not sure, ni ke bukan penyebabnya tapi maybe lah kot.

Ada otai Page Rank dekat sini yang sudi nak share ilmu tak???? Sharing is caring ok. Dapat pahala kongsi ilmu tau.hahahaha!!! Jomlah share!!!!

Mana Hilangnya Rasa Respect Kamu Semua Dalam Alam Maya Yek?

14 May

kalau dah kata manusia, memang selalu sangat nak rasa diri dia yang terbaik dan terbagus. Padahal, tak bagus mana pun. Kalau dah kata manusia, masing-masing memang tak sedar diri kadang-kadang. Rasa macam dia saja yang betul dan apa orang lain buat, salah!

Mandatori. Bagus sangatlah tu.

In reality, bila bersama-sama teman. Hang out together, masing-masing nak cerita pasal diri dia yang itu ini. Even, saya percaya bukan semua orang yang macam tu tapi hakikatnya majoriti manusia memang macam tu! Tidak terkecuali saya, untuk lebih jujur. hahahahaha

Kalau versi perasan bagus yang kejam, memang mereka cerita terang-terang sampai orang keliling rasa nak blah time tu jugak, Semua benda yang ada pada diri dia, abis dia cerita even tak segah mana pun. Kalau versi perasan bagus yang cuba-cuba control, mereka akan start dengan hal biasa-biasa dan sikit demi sikit mereka akan cucuk dengan kata-kata yang try to show their power and try nak buat people tahu yang dia tengah puji diri dia sendiri!

Hah, cara saja berbeza tapi matlamatnya sama. Nak rasa dialah manusia hebat itu dan nak sangat dapat pujian!

Itu in reality. Kita sentuh pulak topik yang sama tapi dalam keadaan dunia yang berbeza. Dunia berbeza, maksudnya dunia maya kita termasuk dunia blogging dan bukannya dunia sebelah zara. phewww. Sudah 2, 3 hari saya “private” kan Twitter saya. Serious, dan jujurnya saya dah nampak perangai sebenar bloggers Malaysia.

Minta maaf, tapi saya perlu jujur juga. Kan? Terpulang, kalau ada yang nak benci or unfollow saya lepas ni. I dont mind sebab saya pun bukan manusia yang jenis “u follow, i follow”. kehkehkeh. Im trying to be fair and honest now.

Saya tak kata dan salahkan Twitter itself. Apalah yang si burung biru tu tahu kan? hakhakhak. Saya tetap dan masih boleh terima dengan aplikasi hebat ni even last week Twitter buat lawak sengal sekejap. Buat magik bila semua followers ku ghaib! hahahaha.

Ok, macam ni. Saya bukan manusia baik. Serious, saya cakap.  Saya tak suka nak gaduh, even untuk perkara sekecil macam kes orang update pasal Adamaya yang tengah hot now. Inikan pula, nak maki-maki pemain itu bodoh main badminton macam tahi or what.

I m not that type of person. Selagi boleh, saya nak kumpul kawan-kawan da jaga hati masing-masing. Tapi, mungkin ada logiknya kata-kata  ”Zaman dah berubah, dunia makin laju”. Biar saya tambah lagi . dan ” Zaman dah berubah, dunia makin maju, antara kau dan aku, rasa respect dah tak perlu”.

Honestly, ingat saya suka ke baca update kawan-kawan hal bola sepak yang Chelsea menang dan Manchester United ku kalah? Jangan fikir saya terlompat-lompat happy dapat baca berita paling “fresh” pasal kejohanan Piala Thomas. At time, saya rasa macam dah tak perlu ada proffesion reporter dah.  Macamlah saya tak rasa jealous bila ada orang dah tengok movie Iron man 2 and Ip Man 2. Jangan fikir saya suka semua tu.

Tapi, saya tahu nak hormat orang. Which is saya sendiri proud dengan sikap saya yang ini. Not trying to puji diri sendiri tapi hampir ke arah itu. wahahahaha.

Saya ada diberitahu oleh beberapa orang bloggers. Kononnya bloggers kita ni ada “group” sendiri. Maksudnya, bloggers yang hanya akan support geng-geng dalam group mereka saja. Kalau ada bloggers lain, yang buat silap sikit. Habis kena kutuk kaw-kaw dengan geng-geng diorang. Sampai satu tahap, saya sendiri naik muak denga bloggers kita. sorry, but its true.

For me, masing-masing ada minat yang berbeza. Ada keinginan yang lain-lain juga dan sorry to say masing-masing ada kebodohan tersendiri jugak. Termasuk diriku yang tak berapa nak berharga ni. ahaks!

Come on guys. Saya dah hilang respect dengan some of our bloggers. Mereka nampak bagus dalam blog masing-masing which is saya adore sangat nak berkawan dengan mereka tapi rupanya taklah sehebat mana pun. Saya masih cukup hormat dengan bloggers Denaihati. Bukan sebab duit dia yang banyak tu (if bro bagi komisen ampu ni, saya terima.kahkahkah!) tapi sebab bro Denaihati ada rasa respect yang sangat tinggi dengan bloggers lain!

Eh, jangan lupa join contest di blog Bro Denaihati ok. Takkan tak menang laptop beb!!!!! Klik  sini

I wish i boleh jadi macam bro Denaihati. Sentiasa mencari dan menambah teman dan bukannya memporak-perandakan keadaan. Im sure bro Denaihati tu baca tweets and blog orang lain pun, dengan keadaan senyum. Masing-masing nak tunjuk hebat. Nak update Adamaya secepat yang mungkin dan nak ajdi reporter dekat blog masing-masing hal Hafiz Hasyim menang. hehehe. Tanpe rasa malu, ku pun terlibat sama update pasal Adamaya.hakhakhak

Sejujurnya saya buat begitu juga :P

Mungkin saya kolot. Tapi, biarlah. Asalkan saya tahu how to respect people. We’re different, but i love you guys so much. Im happy dalam dunia blogging ni. Bila saya tulis “i love you” dekat mana-mana sekalipun, maksudnya memang saya sayang semuanya.

Tapi, manusia ni tak reti nak menghargai perkara baik-baik. Balik-balik nak bergaduh dan perasan bagus. Teruskanlah sesi perli-memperli, asalkan jiwa korang tenang. Saya tetap dengan cara saya. If i like it, i will respond it. If sebaliknya, dont worry sayang. I will always respect you. So, saya akan senyum sokmo baca update cute korang. Cheers!

p/s: Im still waiting if ada yang nak unfollow me dekat Twitter dari aritu. Saya berbesar hati kalau ada yang nak buat, kalau itu yang terbaik for you ;) Buatlah apa saja dalam hidup korang, sebab saya buat begitu. The way kita jalani hidup tu penting untuk happy.

Blogger Hebat Takkan Mudah Rasa Diri Mereka Bagus.Setuju?

6 Apr

Kalau dulu, berblog macam satu perkara yang susah gila kan? Mungkin, bila kita tanya pada 50 orang individu. Cuma 10 orang saja yang punya blog. Ah, itu zaman tok kaduk beb. Sekarang ni zaman ekspress. Semua benda nak ekspress. Kahwin ekspress. Dunia blogging pun maju macam ekspress now.

Hari ini, jangan kan kata yang sudah berumur. Budak sekolah rendah pun terhegeh-hegeh nak berblog juga. Punyalah ekspress budak-budak zaman sekarang ni naa? Maju gila! hahaha.

Tanya orang sebelah sini, sudah ada blog. Tanya pula pada orang sebelah sana sudah ada 5 blog. Kalau yang dah otai, siap ada 10 blog. Pergh! Dunia Plastik makin lama makin menarik. Masing-masing berlumba nak dapat title Blogger tegar seantero dunia, kepingan nak masuk senarai antara blogger kelas atasan dan antara aktiviti harian mereka pulak dok check Page Rank dan Alexa masing-masing. Perkara ni bukan omong kosong. Ini kenyataan dunia blogging kita.

Kadang-kadang, saya terfikir. Blogger ni sebenarnya berblog untuk kepuasan diri atau mahukan populariti?

Saya tidak mahu kupas lagi tentang isu kepuasan atau populariti di sini. Saya sudah kupaskan dengan cukup panjang lebar dalam blog Pengupas Jalanan sebagai pengupas jemputan. Klik sini jika ada hati nak baca penulisan saya yang tidak seberapa tu. Sila-sila :P

Sejujurnya, pendapat peribadi saya sangat positif.  Saya happy sangat bila dunia blogging ni makin lama makin galak.

Tidak kisahlah apa orang nak kata tentang blog kita. Kita tidak boleh nak paksa-paksa orang untuk baca apa yang kita coretkan. Itu bukan hak kita. Sudah-sudah lah dengan cara kurang bijak. You follow i, i follow you. Ya Allah, janganlah buat dekat sini.

Serious, saya tak suka cuma tak cakap aja selama ni. Konon nak jaga hati semua pihak. So, lepas ni if rasa suka nak baca blog cap ayam saya ni. Silakan. Jika tak suka pun saya tak kisah. Saya tak suka nak buat orang lain kecil hati bila saya balas macam-macam tentang isu follow memfollow ni. hehehehe. Faham-fahamlah lepas ni ek ;)

Macam-macam isu dalam dunia blogging ni.

Memang seronok kadang-kadang bila setiap entri yang kita tulis, mendapat respon. Jangan bohonglah kalau kata korang tak happy kan? Cuma, kita perlu tahu satu perkara. Sehebat mana pun kita, kalau mudah sangat lupa diri..agungkan sangat dengan pujian orang…takkan kemana lah kita.

Lambat laun, kita akan jatuh juga nanti. Saya tidak hebat pun. Tapi, saya berpegang pada perkara yang 1 ni. Bila ada yang menghina, kita terima kritikan tu dengan hati yang terbuka. Hati mana yang tak sakit, tapi kalau itu saja daya kita. Macam mana kan? Bila ada yang memuji, kita terima sebagai satu hadiah. Tapi, jangan pula pujian tu buat kita jadi sombong!

Saya tak kata semua. Tapi, ada jugalah segelintir blogger yang pada awalnya saya ikut blog mereka. Cuma, entahlah. Dimana silapnya, bila ramai yang memuji mereka ni..mulalah berlagak sombong. Berlagak otai, ilmu yang dia tahu selama ini dijadikan bahan untuk minta pujian ramai.

Alah, boringlah. Manusia ni memang mudah lupa kan?

Alangkah bestnye dunia blogging kalau semua bloggers ada sikap humble macam Denaihati, Bang Nara, Rohaizad dan blogger lain yang tak mudah lupa diri :P Oh, saya sangat kagum dengan mereka ni. Mereka punya sebab untuk berlagak, mendabik dada dan mengaku mereka otai tetapi hakikatnya. Mereka TETAP HUMBLE!!!

Doakan saya untuk menjadi seperti mereka satu hari nanti. hehehe. Saya memang mahukan yang terbaik di dala dunia blogging ni. Saya mahu jadi mereka sebagai contoh. Berjaya tetapi tidak mudah diri. Pray for me guys. I wish, korang pun sama ok! Love all

p/s:Sorry, memang 3 blog ni akan selalu ada dalam entry blog ni cuz gua memang layan gila blog diorang.wahahaha *jangan mare :P

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.