seo
Tag Archives: blogger

(Sticky Post) Giveaway Bulan Oktober, Menangi RM 100,000!

2 Oct

Giveaway Bulan Oktober, Menangi RM 100,000! Rezeki manusia ni, kita tak boleh nak jangkakan. Semua blogger hebat macam Ariffshah dan Denaihati pun cuba nasib untuk giveaway ni. Apa salahnya saya cuba juga kan? Dengar-dengar Ariffshah sekarang berada di kedudukan yang agak cun lah untuk giveaway ni.

Siapa yang tak nak cuba nasib kan kalau hadiah yang ditawarkan RM100,000! Boleh beli kereta Myvi lagi 2 ni. hahahahaha!!! Tapi, kalaulah saya menang insyaAllah saya nak guna sikit duit ni untuk buat contest. Hadiah kali ni mesti gempak-gempak jugalah.

Giveaway Bulan Oktober, Menangi RM 100,000! ni senang je cara nak turut serta. Korang cuma perlu daftarkan diri di Dealmates , klik “Enter” untuk join giveaway RM100,000 ni. Selesai! Tapi pastikan korang isi maklumat peribadi dengan lengkap sebab pemenang akan diberitahu guna info yang korang beri ni nanti.

Dengar cerita bro Denaihati nak adakan contest paling hebat tahun 2011 ni. Hadiah semua gadget mahal-mahal tau. Kalau beliau menang Giveaway RM100,000 ni rasanya hadiah untuk contest tu akan up lagi iaitu kereta Myvi extreme! Woooo!!! Jadi, sama-samalah kita berusaha.

Korang jangan lepaskan peluang ni. Cepat daftarkan diri di Dealmates. Mana tahu nama korang bertuah dapat giveaway RM100,000 tu kan???? Lagipun giveaway ni tak ambil masa yang lama, dalam bulan Oktober 2011 ni juga akan tamat. Good luck untuk semua yang bertanding!

21 Tips Blog Yang Mudah

29 Sep

Tips blog memang banyak kalau nak kongsi. Tips blog ini adalah mengikut pengalaman sendiri, Mungkin untuk bloggers yang dah lama, senarai ni tak ada apa-apa. Tapi, perlu diingat ok. Saya sekadar berkongsi mana yang saya tahu untuk tolong newbie bloggers.

Harap membantu. Mungkin tips blog ini tak lah hebat mana. Sebenarnya, simple je. Mana yang korang rasa dah pernah buat, bolehlah abaikan. hahahahaha!! just mana yang mungkin belum pernah dengar atau terfikir jelah korang pakai ya.

Dekat bawah ni saya senaraikan tips blog mengikut pengalaman saya yang baru 4 tahun dalam dunia blogging ni. Apa yang saya buat masa mula-mula berblog untuk hasilkan entry untuk blog saya ni, macam mana saya usaha untuk dapatkan sedikit trafik daripada enjin carian, dan bagaimana saya gunakan blog untuk hasilkan sedikit pendapatan pasif.

21 Tips Blog Yang Mudah

1. Ada niat nak menulis sesuatu dan berkongsi dengan dunia? Ok, boleh mulakan hari ini. Jangan tunggu lagi!

2. Kalau nak serious dalam berblog, terus beli hosting dan domain name. Saya cadangkan, korang pilih ServerFreak sebab customer service adalah terbaik setakat ini. Saya dah cuba yang lain, tapi ServerFreak juga paling pantas respons.

3. Tips untuk pilih nama domain adalah dengan memilih nama yang pendek dan mudah diingat oleh readers.

4. Pilih theme yang mudah untuk dikendalikan dan bukan sebab cantik semata-mata (cantik tapi susah nak guna pun tak guna)

5. Pilih plugin yang diperlukan dan rasa sesuai untuk blog korang. Paling penting plugin SEO. Mudah korang nak setting nanti!

6. Jangan “public” kan dulu blog korang kalau masih berterabur. First impression tu penting. Kadang-kadang saya selalu terbuka blog yang berterabur habis dengan zero entry, theme tak betul lagi dan macam-macam. Terus hilang mood nak buka blog tu lagi. hahahaha!

7. Tulis 1 entry pengenalan dan beritahu serba sikit pasal blog baru korang tu. hehehe!

8. Next, lengkapkan page “about” untuk mengelakkan readers rasa korang ni alien.

9. Pastikan paling pemalas pun, tulislah sekurang-kurangnya 5 entry seminggu (kalau malas sangat, 3 pun dah ok)

10. Sebelum publish entry, baca sekali lalu entry korang. Bila dah publish, baca sekali lagi untuk check typo error.

11. Kalau ada pembaca yang komen, jangan sombong sangat nak reply. Kene jaga hati pembaca. Tunjukkan penghargaan korang dekat mereka lah kan.

12. Jangan jawab komen dengan emo. Cuba kawal lah sikit rasa marah/menyampah ke apa. hahaha!!

13. Rajinkan diri “balas budi” pembaca blog dengan jenguk blog diorang balik dan jangan malas dan sombong nak komen entry diorang. (ramai bloggers malas buat ni!!!)

14. Variasikan entry korang.

15. Jangan tulis entry tanpa perenggan. Biar banyak perenggan, tak apa. Mudah sikit pembaca nak baca woo

16. Belajar dan kumpul tips dengan membaca blog-blog berkaitan tips untuk improvekan blog korang. Belajar!!

17. Untuk dapatkan trafik dari search engine, pastikan setiap kali korang publish entry tu PING kan blog korang. Tujuannya untuk beritahu search engine lah yang blog korang dah dikemaskini. Setiap entry ok!

18. Kalau nak dapatkan trafik organik daripada search engine pulak, korang kenalah belajar SEO sikit. Saya bukan pakar sangat. So, tak boleh nak ajar beriya lah. Mungkin korang boleh belajar di blog Firdaus. Saya suka jadikan blog beliau untuk belajar SEO!

19. Nak buat duit dengan blog? Boleh, tapi jangan tamak sangat. hahaha!! Kena tahu ukur blog korang berada pada level mana. Silapnya blogger yang saya perasan, ghairah sangat nak buat duit dengan blog tapi letak harga servis melampau dan tak masuk akal.

20. Mulakan dengan perkhidmatan pengiklanan banner diblog korang. Macam diblog saya, untuk banner 125×125, dulu letak harga RM20 untuk sebulan. Murah, jadi memang ada client yang tempah untuk tempoh 5-6 bulan terus. Sekarang, trafik dah naik sikit. Baru boleh letak harga tinggi skit. Tapi, still tak banyak RM30 sebulan. Buat duit dengan blog boleh, tapi macam saya katakan tadi mulakan dari bawah. Sikit-sikit.

21. Bila dah ok dan dah biasa dengan bisnes buat banner, korang boleh maju setapak lagi. Perkhidmatan Advertorial di blog korang. Tapi, yang ini make sure korang jujurlah dan buat betul-betul. Kalau kena review produk, tanya dulu produk apa dan minta details. Kita bukan hebat semuanya. Iye kan? Untuk blog saya, harga servis ni biasanya berubah-ubah ikut perbincangan dengan client. Ada yang nak SEO artikel (mahal sikit). Ada yang mahukan review biasa semata-mata(murah sikit). Depends lah. Tapi, saya sarankan untuk buat perkhidmatan ni..korang belajar sikit cara menulis. Banyak kot info dekat internet ni!!!

Alamak, panjang lah pulak. Kalau nak ikutkan banyak lagi tips blog nak share dengan korang tapi nantilah. Tunggu saya rajin nak sambung buat part 2 pula. hehehe!! Kalau ada yang nak bertanya terus, tanya je dekat ruang komen. Mana yang saya boleh jawab, saya jawab lah ;)

Tips Menulis: Masa, Idea dan Mood!

26 Sep

Blogger hanya penulis di dalam blog dan bukannya robot. Kadang-kadang, idea ada tapi mood tak ada pun susah juga. Kan? Mood ni bukan boleh kita paksa-paksa. Pada saya, perkara macam ni biasa. Kita manusia, perlukan masa rehat.

Kalau perasan, hari Jumaat dan Sabtu baru ni saya langsung tak update blog Lizarazak.com ni. Entry terakhir dalam blog ni ialah informasi berkenaan Jadual Peperiksaan PMR 2011 untuk rujukan adik-adik kita. Sebenarnya, saya sengaja tak update.

Jadi blogger perlukan masa rehat. Bila kita menulis, kita berfikir. Lainlah kalau saya menulis entry copy paste. Memanglah senang kerja tapi saya tak nak jadi blogger yang tak ada etika macam tu. Saya minat menulis. Even, kalau saya buat review filem atau drama-drama tv sekalipun. Saya tak akan copy paste kecuali sinopsis je lah.

Pada saya, seorang penulis akan dapat kepuasan bila dia dapat menulis dan bukan mencuri hasl tulisan orang. ahaks!! Berbeza tahu perasaan dia! hehehe.

Blogger kerjanya menulis. Menulis perlukan masa dan idea. Sebab itu kita kena rancang betul-betul bila waktu yang sesuai untuk kita menulis entry, kena cari betul-betul waktu yang kita rasa akan dapat menulis dengan baik dan waktu tulah idea kita kemungkinan akan datang mencurah-curah. wahahaha!!

Bukan main tembak je tau nak jadi penulis ni. Macam saya, biasanya saya akan menulis entry sebelum tidur (2 pagi – 3 pagi) sebab saya tahu waktu ini idea saya akan datang macam air terjun. kahkahkah!!! Alasan? Sebab semua orang dah tidur dan tak ada gangguan bunyi bising.

Sebenarnya, setiap orang ada cara dia. Ada yang suka bising. Ada yan tidak. Tapi, jaranglah saya dengar penulis suka menulis waktu bising. kahkahkah!!! Ok, 2 perkara yang penting. masa dan idea. Lagi 1, ini pun penting juga. Mood menulis!

Pergh. Ini paling kritikal. Korang tak akan boleh update blog kalau tak ada mood nak menulis kan? Setuju tak? penulis ni, biasanya dia tak ada masalah menulis tapi bila mood dia hilang…selamat jalan romeo lah blog! hahahaha.

Tapi, jangan risau. Bukan perkara peliklah pada blogger. Blogger memang perlukan masa rehat! Jangan paksakan sangat diri tu nak update blog sebab risaukan trafik jatuh. Alahai, jangan sampai jadi hamba blog ok. Bahaya! Unless, korang memang full time blogger dan 100% income dari situ. Maybe bolehlah paksa-paksa diri sikit kot.hehehehe

Jangan paksakan diri sangat. Kalau rasa tak ada mood, berehatlah sekejap. Tapi, jangan lama-lama sangat. Tengok macam saya. 2 hari bercuti menulis ok apa!!wakakakaka!!! Now, dah rasa segar bugar balik nak ngadap dashboard. ahaks!!!

Rasa lebih semangat nak menulis!!! wehoooo!!! So, to bloggers jangan lupa rehatkan otak jika perlu. Kita manusia dan bukan robot. ngeh!! Good luck semua! Korang dah register untuk join Denaihati Blog Directory belum? Cepat-cepat buat now! Lagi cepat join, lagi cepat dapat faedah ;)

p/s: Dengar cerita, Filem KL Gangster 2 dah nak mulakan pengambaran!! hebat hebat

p/s/s: Ramai pulak request nak tahu prestasi innity saya ek? Agak-agak innity lagi hebat ke nuffnang? hahahaha!! Nanti sya update ok

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.