Blogger vs WordPress. Topik ni kita dah biasa baca kan? Blogger, platform percuma manakala wordpress platform berbayar sebab kita perlu keluarkan kos untuk hosting. Mana satu yang lebih berkualiti ya? Blogger vs wordpress. Siapa yang menang? hahahaha!
*Hosting terbaik mengikut pengalaman saya ialah Serverfreak
Dalam entry Tonton Full Episode Drama Tahajjud Cinta Online, saya ada buka peluang untuk sesiapa tanya berkenaa blog dan nampaknya ada seorang yang bertanya tentang blogger vs wordpress. Hmm, jadi ini yang saya dapat kongsikan buat masa ini! untuk kelebihan dan kekurangan, nanti saya akan tulis entry baru.
Blogger vs WordPress

Post editor
Blogger dan wordpress keduanya membenarkan kita untuk upload gambar kan? Tapi, bezanya sekiranya korang guna blogger. Korang cuma boleh upload gambar sahaja manakala kalau korang guna wordpress dengan mudah dan pejam mata (ok,ayat nak bagi panas) boleh upload file, gambar dan lagu. hehehehe!! Best!
Themes
Themes merupakan sesuatu yang sangat penting untuk “attract” pembaca berkunjung ke blog kita. Lagi-lagi, untuk kunjungan kali pertama. Blogger, memang banyak themes yang menarik. Korang boleh cari dengan mudah sangat. WordPress pun sama, ada banyak themes percuma. Apa yang membezakan themes blogger dan WordPress? Theme wordpress jauh lebih elegan dan nampak proffesional (sesuai untuk perniagaan)
Features
Apa yang blogger dan wordpress sediakan untuk pemiliknya? Ok, simple. Blogger ada 1 je rasanya. Template designer, di mana owner dibenarkan untuk “design” sendiri theme blog ikut kesukaan diorang. Manakala, wordpress pula ada features yang SANGAT MENARIK yang mana tidak boleh didapati sekiranya korang guna blogger. Plugins! (senang hidup guna plugins wordpress ni)
Ruang Komen
Bila kita menulis entry, biasanya akan ada pembaca yang meninggalkan komen. Untuk blogger, disebabkan tak ada plugins yang boleh handle komen-komen yang masuk, kebarangkalian untuk dapat komen berbentuk SPAM tersangatlah tinggi. Tapi, kalau korang guna wordpress akan ada plugins yang kita boleh guna untuk handle komen-komen yang masuk. Sekurang-kurangnya, kalau ada “robot” yang sibuk nak menyepam komen kita tu kiranya belum tentu lagi lepaslah.
Navigation
Setiap kali kita post entry baru di dalam blogger, ianya akan ditanda dengan ”label” untuk memudahkan pembaca blog kan? Tapi, kalau guna wordpress pula. kita akan guna “category dan tag”. Kalau korang nak tahu, tag ni adalah sangat penting ya untuk ambil hati si Google tu. Tag=keyword biasanya sama dan sangat penting dalam elemen SEO.
statistik blog
Statistik blog adalah sangat penting kalau korang nak cari sedikit pendapatan daripada blog ok. Kiranya bukti yang kita boleh beri pada advertiser untuk menyakinkan diorang untuk beriklan diblog kita. Tapi, untuk yang ini blogger dan wordpress tak ada masalah. Cuma, kalau guna wordpress macam saya katakan tadi ada banyak plugins (saja kasi panas.hehehehe) termasuk untuk statistik ni. Just install dan selesai! Kalau blogger pula, kita perlu guna tools daripada webiste lain dan daftarkan blog kita. Tapi, biasanya features agak limited (ikut pengalaman saya)
Search Engine Google
Ok, yang ini memang saya cakap awal-awal blogger paling best. Blogger dengan Google sedarah sedaging. hahahaha! Memang agak mudah untuk “tackle” Google kalau korang guna blogger berbanding wordpress tapi rileks sebab macam saya sebut tadi, wordpress ada plugins untuk membantu.weeeee!!!! (nak menang juga!!)
Storan gambar
Heh! Blogger ada limit ya sekirannya korang nak upload gambar. Saya tak ingat berapa besar yang dia beri tapi semestinya wordpress lagi best sebab boleh upload seberapa banyak gambar as long as storan yang kita dah buy tu mencukupi lah.hehehehe!
Apa lagi ya perbezaan Blogger vs WordPress? Nanti kalau saya ingat, saya akan tambah lagi dan kalau korang ada idea nak tambah bokeh kongsi dalam ruang komen ya! Selepas ini, baru saya tulis entry berkenaan kelebihan dan kekurangan penggunaan blogger dan wordpress pula.
Kalau orang tanya saya, blogger vs wordpress siapa menang, sah-sahlah saya jawab wordpress sebab saya kan pengguna wordpress!hahahaha. Apa-apapun, untuk pengguna wordpress mungkin boleh baca entry tips penting untuk pengguna wordpress
P/S: Dah habis baca entry blogger vs wordpress? Ok, bolehlah baca entry hangat hari ini iaitu Top 10 Outgoing Links September 2011, (Gambar) MyKad Baru Tahun 2012 dan Blogger Cabar MP Shah Alam Bertumbuk!