seo
Tag Archives: blog

Zahiril Adzim Dalam Short Film, The Invigilator!

6 Jun

Zahiril Adzim dalam Short Film, The Invigilator! Yay! Kenapa saya baru tahu Zahiril Adzim dalam Short Film, The Invigilator ni?? Macam tak ada pun yang bising-bising cakap Zahiril Adzim dalam Short Film, The Invigilator sebelum ni.

Short Film? Ok, fine.Mungkin sebab short sangat tak macam video Maharaja Lawak jadi tak perlu diwar-war kan. Merajuk!!hahahaha. Ok, ini joke. Sebenarnya, sebelum saya tulis entry “Zahiril Adzim dalam Short Film, The Invigilator!” ni, saya ada buat sedikit research (Please,bloggers pun kena reti-reti buat research before publish apa-apa entry woo. Bahaya). Ada sebab lain. Baca sampai habis entry ni. bahahaha!!

Entry Zahiril Adzim dalam Short Film, The Invigilator! ni sebenarnya diilhamkan (chewah,ayat!!!) oleh blogger TITAN. Beliau ada meletakkan di dalam blog beliau. Lepas tengok short film ni, saya rasa tertarik dan macam ternganga sekejap. Awesome!!! Jadi, haruslah dikongsikan di sini. hehehehe!!!

Siapa yang tak kenal pelakon berbakat besar, Zahiril Adzim kan? Sekarang ni drama beliau yang tengah hangat di pasaran ialah Drama Juvana. Malu sikit please, kalau belum pernah tonton drama Juvana ni woo. hahaha!! WAJIB TONTON drama ni ok.

Ok, apa kata korang layan video Short Film, The Invigilator di bawah dulu. Lepastu, kalau rajin. KALAU RAJIN ya, tak paksa. Boleh tak korang share pendapat korang tentang short film ni. Termasuk lakonan Zahiril Adzim, Cheryl Samad dan juga Tony Eusoff. Juga, apa pendapat korang tentang sinematografi filem ini. Kemudian, last apa yang korang faham tentang film ini. Maksud saya, ending cerita ni macam mana?

So, layan video Short Film, The Invigilator now guys!!! Awesome!!! Hasil kerja anak Malaysia yang pastinya. Arahan Manesh Nesaratnam. *iklan jap: Jangan lupa tonton drama terbaru Kak Erma Fatima, KITAB CINTA ok.

Ok, Filem The Invigilator ini berkisarkan tentang bidang pendidikan dan hubungan keguruan dengan murid-murid yang bermasalah. Sebuah short film yang aku rasa wajib ditonton oleh semua warga guru, terutamanya guru-guru yang sedang menjalani praktikal dan (malangnya) ditempatkan di sebuah sekolah yang rata-ratanya mengalami masalah disiplin (credit to Blogbustas )

Note: Video ini memang baru je dikongsikan oleh pelakon Zahiril Adzim di blognya. Jadi, memang baru sangat. Masih ramai yang belum tahu pasal short film The Invigilator yang hebat ni!!!! Kalau korang rasa video ni bagus untuk dikongsikan, silalah promote. Tolong warwarkan. Promote hasil kerja anak tempatan Malaysia!!!!

SHORT FILM: THE INVIGILATOR

NotaKakiCicak: Cikgu-cikgu, please tonton video ni. huhuhuhu

Jadi Blogger, Jangan Sombong Please!

18 Jan

Orang ada blog, dia nak ada blog. Ok, fine. Silakan. Tarahal. Hak masing-masinglah kan. Orang guna blog as platform untuk cari duit poket lebih, dia pun nak join sekaki payung. Eh, suka hati. Itu hak masing-masing. Dunia blogging ni bukan sesiapa yang punya. Free!!!! hahahaha.

Cuma, 1 je. Kalau dah ada niat nak jadi blogger tu. Sila-silalah berlatih jangan jadi sombong diri sangat. Belajar jadi humble tu pulak 1 bonus. Bukan susah pun setakat melayan orang. Kalau susah pun, cubalah sedaya mungkin tunjuk rasa appreciate kita dekat pembaca blog kita. Tak susah kalau KITA MAHU. Unless,memang tak nak tu…lain cerita lah yek.

Ada orang kata, cakap memanglah senang. Nak suruh layan orang, bukan senang. Uiks, kalau korang rasa something tu susah, so jadi susahlah perkara tu wei. Cuba, korang anggap melayan pembaca blog tu 1 perkara yang fun…sure best punya!!!! Kan??? Tak try,mana tahu!!!!lalalalala.

Pembaca blog ni macam-macam ragam.  Memang. Ada yang baik, ada yang manis mulut puji entry kita tapi dengan blogger lain habis kita dia kutuknya, ada pulak yang type yang suka beri komen pedas-pedas, ada pulak pembaca yang taksub sangat sampai “overlah”pulak nak mintak macam-macam.

Hmm.. Semua type pembaca blog yang saya sebut dekat atas ni saya dah pernah jumpa dalam blog saya ni. Sabar dengan tidak jelah kan. Tapi, so far ok je kot. Sampailah jugak merasa 4 tahun dalam dunia blogging ni.

Sebenarnya, konsep beramah mesra dengan pembaca blog kita ni sama je dengan real life. Kalau in real life korang tak sombong, insyaAllah korang boleh bawak sifat humble, friendly korang tu dalam dunia blog ni. Tapi, kalau in real life pun korang dah selalu bajet bagus aka perasan bagus…hmm, susahlah wwakk!!!!!

Tapi, ada juga sesetengah blogger tu yang saya tengok (setakat entry ini dimerepek.hahaha!) masa mula-mula dia jadi blogger. Masa dia bukan siapa-siapa lagi dalam dunia blogging ni kemain peramah. Pembaca blog dia diutamakan ar kiranya. Dijaga. Tapi, yang sedihnya bila dah “glamour” sikit. Hilang dah sifat friendly and humble dia. Oh,sad lah!!!

Saya tak kata saya bagus sangat bab-bab ni. Hello, tak kuasa nak puji diri sendiri ok. Geli gelaman woo.hahahaha! Cuma, dah 4 tahun berblogging ni tahulah sikit-sikit asam garam dalam dunia blogging ni. For me, if betul nak jadi blogger biarlah betulkan niat tu dulu. Terpulanglah nak have fun menulis or maybe nak cari duit sampingan ke apa. Up to you. Ok. Itu niat!

Next, once dah ada niat tu pandai-pandailah pulak bawa diri as blogger yang beretika. Jangan sakitkan hati kawan-kawan blogger lain. Berblogging cara sihatlah. Janganlah sebabkan is trafik blog kita ciput and trafik blog bloggers lain tu berdesup masuk..kita nak dengki-dengki pulak. Itu tak elok ok!!! Tak bak busuk hati woo.

Lagi, cuba sedaya boleh happykan pembaca blog. Maksudnya, bila readers tinggalkan komen…say thanks dan replylah. Kalau boleh biar panjang sikit. Elakkan jawab “maceh tinggal komen” unless diorang beri komen macam tu.hahahaha!!! Jawab tu biar betul-betul. Buat readers blog kita rasa dihargailah. Bukan susah pun!!!!

Then, jangan lupa konsep “balas budi”. Kalau orang sudi singgah blog kita, komen entry kita..apa salahnya kita pulak jenguk blog diorang balik. Tinggalkan komen. Macam saya, kalau saya lawat blog pembaca tu and belum ada entry baru..biasanya saya akan tinggalkan message dekat shoutbox. Buat orang tu rasa happy!!! Tak susah kan???

Honestly, sekarang ni memang saya busy sikit waktu siang. Memang tak ada masa nak berblogwalking. So,apa yang saya buat is LUPAKAN BLOGWALKING  kalau belum habis reply komen dekat blog sendiri. hahahaha!!! Sebab, for me better selesaikan tanggungjawab pada pembaca blog kita dulu. For me lah. Maceh!

P/S: Same concepts dalam Twitter. Bukan susah pun nak jawab mention kat kita tuh. Susah ke? Kalau artis, memanglah susah. Beratus sekali masuk. Kita??? hmm…sendiri mahu ingat. huhuhu. Sesekali tak jawab mention, maybe biasa and orang pun boleh faham maybe ada hal. Tapi,kalau dah selalu sangat…heh!!!

Twitter Kena Hacked?

26 Feb

Twitter kena hacked ke? Ada problem dengan Twitter sejak semalam kan? Tak pernah-pernah saya dapat DM daripada Milimilo selama ni, tup-tup dapat DM yang menggoda semalam. kikiki. Mana lah saya nak percaya si Milimilo yang hantar kan?

Tapi saya buat bodoh mulanya. Tapi, selang 2 or 3 jam lepas tu dapat pula DM daripada entah siapa-siapa punya account twitter ntah. Haih, confirm ada something wrong ni dengan Twitter. Im not sure kenapa dan tak ada masa lagi nak buat eksperimen.

So, kalau sesiapa yang tahu apa puncanya. Why not share ek. huwaa!!! Susah lah kalau Twitter kena hacked. Boleh jejas kerja bloggers kan? huhuhuhu. Si burung kena lastik ke apa ni yerk? Haih, asal ada applications yang canggih sikit aje, adalah hantu yang nak dengki. hmm.

Hopefully Twitter akan ok lah lepas ni. Rasa tak keruan jugak kan tiap-tiap hari dapat DM horny-horny. wakakaka! Ngok ngek gila. hahahaha. Tengok ni.

Anyway, masih belum terlambat lagi rasanya kan nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua muslimin dan muslimat. Mudah-mudahan sama-sama lah kita mengikut cara hidup Nabi Muhammad S.AW. Satu je harapan, kalau boleh next year biarlah iklan atau drama-drama dekat TV tu sopan sikit time-time Maulud ni. huhuhu. Ini tak, hari kita ingat junjungan kita Astro dok pasang balik Konsert Akademi Fantasia. Terkinja-kinja.

Ada otak. fikir-fikirkan lah. Jangan rakus sangat nak kan keuntungan, sesekali tayang program berilmiah berkat dan mana tau boleh kaya lepas tu kan?wakakaka :P


Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.