seo
Tag Archives: berkahwin

4 Perkara Yang Perlu Ada Sebelum Berkahwin. Tak Wajib, Sunat Aje

22 Feb

Hari ini, hari last untuk saya bermanja-manja di atas tilam empuk dengan masa yang agak lama. Esok, semuanya akan kembali normal. No wonder dulu, saya ada cita-cita ingin jadi Doraemon. Ini rupanya sebabnya. Mahu putar balik waktu. wakakaka.

Haih. Mengeluh sesekali tak apa. Mak kata, bukan saya. kahkahkah.

Semalam, happy gila lepas jumpa balik dengan teman-teman sekolah lama. Cuma, yang bezanya. Mereka ada yang sudah mengendong anak dan ada yang di antara kami masih lagi belajar. Macam empunya blog ini. Ada teman saya yang bermasam muka bila ditanya, “kau sudah kahwin belum?”.

Kasihan. Mungkin si teman itu cemburu barangkali dengan sahabat-sahabat yang lain. Punya suami dan anak sedangkan dia tiada.

Kemudian, ditanya pula pada saya. Soalan yang sama dan saya slumber jawab “not yet. study lagi, bagi aku masa 2tahun lagi.”. muahahaha. Tiba-tiba seorang teman lain menyampuk. “kau tengok si Liza ni, belum kahwin dok ceria aje.”.

Sebenarnya, dalam hidup kita tak perlu membanding-bandingkan cara kita dengan orang lain. Nasib mereka lain, cara mereka mahu bahagia pun lain. Jangan sesekali merasa diri kita lemah atau nasib kita yang sentiasa malang. Tak perlu.

Pada saya, bila kita hidup kita mesti tahu ke mana arah mahu pergi. Bukan setakat untuk hari ini, tetapi fikirkan untuk hari esok dan seterusnya sampai hari kita tutup mata kelak. Kalau mereka merasa dengan berkahwin dengan setakat sijil pelajaran seadanya (fikirkan sendiri sijil apa), biarkan.

Andai mereka rasa, bila sudah berkahwin akan ada lelaki yang boleh “membela” dan memberi makan mereka sampai ke mati pun biarkan saja. Kalau mereka yang membuat pilihan untuk hidup “bahagia” cukup dengan kereta kecil dan berumah comel (mungkin menumpang di rumah orang tua), kita tak boleh nak buat apa.

Itu pilihan hidup mereka. Mereka yang inginkan hidup begitu. Mungkin cita-cita mereka setakat itu.

Saya ada cita-cita lain. Saya ada tanggungjawab lain juga. Saya ada abang-abang yang mampu menyara saya dan ibu yang alhamdulilah rezekinya masih ada sisa untuk saya selepas kematian suami tercinta. Tapi, ibu selalu berpesan. Sebelum berkahwin, (untuk perempuan sahaja) kalau b0leh biarlah ada 4 perkara ni.


  1. Rumah- Jangan bergantung dengan lelaki. Jangan fikirkan perkara yang manis-manis sahaja. Fikirkan sebaliknya. Andaikata, waktu pertengahan usia perkahwinan. Kita berselisih faham dan akhirnya bercerai. Malangnya, kita tiada rumah dan selama ini menumpang rumah di atas nama  suami. Kemana mahu pergi selepas bercerai dan dihalau???
  2. Kereta- Kita perlu berdikari dan bantu suami. Jangan selalu sangat mengharapkan suami. Kalau boleh, biar ada 2 kereta di rumah. Memang tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga tapi janganlah hal-hal kecil pun kita nak minta dia tolong kan? berdikari beb! Soalnya, kalau tiada lulusan dan tiada ongkosnya…camna nak beli kereta kan? Unless korang anak orang kaya…
  3. Duit simpanan- my mom selalu pesan. Simpan duit. simpan duit, simpan duit. Sekarang jangan fikir nak pakai. Duit tu simpan dalam 1 akaun yang takkan ada orang tahu pun. Suami pun tak perlu nak kasi tahu (ada lelaki yang mata duitan kan?). Duit ni untuk simpanan masa tua nanti. Kot-kot dapat anak haramjadah kan? Nak dicampaknya kita ke rumah orang tua..time ni, keluarkan duit dan minta belikan kondo sendiri. cool kan? muahahaha
  4. Kerja- Saya tak tahu macam mana orang tak berkerja boleh berkahwin. Serious. Mungkin belanja kahwin ibu ayah yang support. Itu biasa. Tapi, macam mana kalau ada anak nanti ek? Dah ada duit simpanan ke kalau nak beranak nanti? nak cari selepas berkahwin? hmm..entahlah. Lain orang, lain caranya. Cuma, kalau boleh saya mahu ada kerja sebelum kahwin :( Saya tidak mahu mengharapkan duit suami. Nanti suami ada alasan baik punya masa bergaduh. kikikiki

Ini apa yang saya mahu dalam hidup saya. Jadi, untuk apa saya mahu bersedih bila ada bertanya soal kahwin tetapi tak perlu juga saya beriya senaraikan semua ini di depan mereka. wakakaka! Mungkin ada yang fikir saya terlalu bercita-cita tinggi.

Sorry to say tapi kita hidup dalam zaman canggih sekarang ni. Lelaki pun kadang-kadang pun ada yang tak guna, Habis madu, sepah dibuang. Ada koleksi menarik dan godaan leboh sikit depan mata..takkan diorang tak teruja kan? Jadi, bersusah-susah lah dahulu. Carilah harta sendiri dulu waktu muda mudi ni. Risau jugak kalau kena cerai ka? wakakakaka!!


Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.