seo
Tag Archives: Berita

(Sinopsis dan Trailer)Filem Rasuk Menggandingkan Iqram Dinzly Bersama Fouziah Gous

21 Jun

filem rasuk

Filem Rasuk arahan Baldev Singh akan “merasuk” di pawagam!!! Filem Rasuk akan berada di pawagam pada 23 Jun 2011 dan Filem Rasuk ini semestinya “hadiah istimewa” buat peminat-peminat pelakon Iqram Dinzly dan Fouziah Gous.

Pertama kali digandingkan sebagai sebagai suami isteri di dalam filem!!! Wohoo!!! Dalam Filem ya kawan-kawan.

14 Jun 2011, Preview untuk Filem Rasuk telah diadakan di One Utama dan katanya dapat feedback yang positive daripada semua reporters!! Tahniah buat semua yang terlibat bertungkus lumus untuk hasilkan Filem Rasuk merasuk ni. hahahaha!!

Mesti boleh tarik nafas lega ni. Sedikit info berkenaan Filem Rasuk untuk korang semua ada saya sertakan di bawah ni. Sinopsis Filem Rasuk, Trailer Filem Rasuk dan antara berita-berita berkaitan. Jangan lupa menonton kat pawagam nanti hokey!!!! Support Filem Malaysia please ;)

Pelakon FILEM RASUK

Fouziah Gous : Melati (Pelakon Utama)
Iqram Dinzly : Arman (Pelakon Utama)
Sidek Hussain : Pak Mail (Pelakon Utama)
Fauziah Nawi : Zaiton (Pelakon Utama)
Khir Mohd Noor : (Artis Jemputan)

* credit to : Andyhowtt

SINOPSIS FILEM RASUK

Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan teguh dengan keceriaan penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman, seorang pengarah fotografi bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut yang cukup indah dan tenang jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.

Setelah kejadian itu Melati berada dalam keadaan lemah dan mudah pengsan. Pelbagai kejadian aneh juga berlaku selepas itu. Zaiton, ibu Melati yang datang melawat Melati dan Arman telah meninggal dunia secara mengejut. Kejadian itu benar-benar mengejutkan Melati dan Arman. Peristiwa itu juga umpama menghidupkan sesuatu yang sudah lama ‘mati’. Setelah kejadian itu, Melati banyak mengelamun dan berkhayal sendiri. Dia sebenarnya telah dirasuk oleh roh jahat yang cuba untuk membalas dendam yang secara tidak sengaja telah di’bangkit’kan oleh Melati. Keadaan bertambah rumit apabila Melati diganggu makhluk itu semasa ketiadaan Arman. Melati telah di cabul tanpa disedari. Akibat dari itu, Melati tidak bermaya dan tubuh badannya terdapat kesan-kesan lebam. Doktor berpendapat yang Melati miliki dua personaliti yang mana dia mampu mencederakan dirinya untuk kepuasan. Arman sama sekali menyangkal dakwaan itu. Arman yang keliru lalu menuduh semua yang berlaku adalah angkara Mail si tukang kebun. Namun begitu Melati menidakkannya kerana Mail membantunya ketika dia dalam keadaan di’ganggu’.

Mail, tukang kebun yang ‘bodoh-bodoh alang’ telah lama berkhidmat di rumah tersebut dan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Selepas kejadian itu kehidupan Arman dan Melati diganggu oleh makhluk tersebut. Arman diganggu tanpa disedari apabila makhluk tersebut berupa seperti Melati. Arman terpedaya sehingga mampu meragut nyawanya ketika berada di dalam hutan di belakang banglo tersebut. Arman kemudiannya telah diselamatkan oleh orang asli.

Arman semakin runsing, akhirnya dia dibantu oleh Ustaz Ghazali untuk menyelesaikan gangguan tersebut. Ustaz Ghazali sememangnya sedari awal sudah mengetahui keadaan banglo tersebut melihat kepada hal-hal ganjil yang berlaku terhadap Arman dan Melati. Mail akhirnya membongkar cerita bahawa semasa zaman pemerintahan Jepun, seorang tentera Jepun telah digantung sehingga mati di rumah tersebut kerana cuba menggoda gadis Melayu bernama Melati. Melati berjaya memperdaya tentera Jepun tersebut dengan ‘menggoda’nya ke bilik. Di dalam bilik tentera tersebut telah ditangkap dan dibunuh. Sejak dari kejadian itu keluarga Melati tidak tinggal di situ lagi. Akhirnya dengan bantuan Ustaz Ghazali dan berbekalkan ilmu dan ayat-ayat suci Al Quran akhirnya roh jahat yang menganggu tewas.

TRAILER FILEM RASUK


Berita-berita berkaitan FILEM RASUK

Baldev Minta Bantuan JAKIM Untuk Filem ‘Rasuk’

Filem Rasuk Mendebarkan

‘Rasuk’ in cinemas 23 June 2011

‘Rasuk’ : Fouziah Gous Hadapi Kecederaan

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009

5 Apr

Akhirnya. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 sudah pun tamat dengan jayanya. Tahniah buat semua para pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian kali ini. Cukup meriah bagi saya. Senarai Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2009 boleh korang baca dalam list di bawah ini ok.

1. Anugerah Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Haji Nawawi

2. Anugerah Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana

3. Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail

4. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

5. Penyanyi Duo/Artis Berkumpulan – Bunkface (kalah plak Hujan)

6.  Artis Komedi Lelaki Popular – Nabil Raja Lawak

7. Artis Komedi Wanita Popular – Noorkhiriah

8. Artis Baru Lelaki Popular – Black Mentor

9. Artis Baru Wanita Popular – Yunalis Zarai

10. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak

11. Pelakon TV Wanita Popular – Tiz Zaqyah

12. Artis Nasyid Popular – Rabbani

13. Penyanyi Lelaki Popular – Aizat

14. Penyanyi Wanita Popular – Siti Nurhaliza

15. Pelakon Filem Lelaki Popular – Que Haidar

16. Pelakon Filem Wanita Popular – Liyana Jasmay

17. Anugerah Sepanjang Hayat – Datuk Khadijah Ibrahim

18. Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian – Datuk Siti Nurhaliza

Adatlah. Bila bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Tapi, saya rasa keputusan untuk Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2009 ni sangat buat saya rasa berpuas hati.hahaha *tak pasal-pasal

Sekurang-kurangnya, tak adalah saya tengok Fasha Sandha yang tak sehebat mana pun naik terkedek-kedek atas pentas dan berucap gagap-gagap lagi tahun ni. Cuma, sedikit terkila sebab Maya Karin tak ada menang pulak kali ini. Mungkin betul, bila sudah kahwin..publisiti kureng dan nak menang anugerah popular ni macam susah sikit. hohoho.

Tak apa, cuba next time ye!

Cuma, dalam ramai-ramai artis. Saya sakit mata yang amat dengan pakaian Watie Elite. huhu. Sekali pandang, macam tak pakai baju aja. Nipis sangat kot. huhuhu. Nasib baik kali ni tak ada Rozita Che Wan :P

Anyway, persembahan not too bad lah tahun ni. Tapi, kalau ditanya pada saya persembahan mana yang paling mantap habis..saya akan pilih persembahan Alyah & Dayang Nurfaizah!!!!! Pergh. Saya bukan peminat mereka berdua tapi saya sangat teruja dengan persembahan diorang woo. Alyah mantap giler dan Dayang sangat-sangat pandai main lenggok ek? hehehe.

Tahniah buat semua! Ops, lupa pulak. Pengacara? Even Kak Engku & Shahira selalu buat sesuka hati mak nenek atas stage tapi saya tetap sukakan keletah mereka dari dulu sampai la ni. muahahaha! Mereka sangat spontan. Cuma, terlalu slumber sangat sampai bawak baby. kikiki. Baby Shahira so cute!!!!

Kes Liwat Datuk Anwar Ibrahim, Saya Hakimnya

5 Feb

Kes liwat Datuk Anwar Ibrahim menjadi tajuk bualan di mana saja sekarang. Asal kes liwat Datuk Anwar Ibrahim, masing-masing teruja nak tahu keputusan. Saya tidak. Tidak berminat dengan kes liwat Datuk Anwar Ibrahim tu.

Tak pasti kenapa, mungkin kerana saya tidak berminat dengan isu politik di Malaysia.

Saya rasa, kita rakyat biasa. Rakyat kelas bawahan ni tak perlu nak judge itu ini. Saya beri contoh. Seorang teman saya, pantang melihat wajah Datuk Anwar Ibrahim di dalam TV sekarang. Asal ada saja kelibat, bermacam-macam makian dia lemparkan.


“bodoh punya Anwar. Memang dah salah, lagi nak buat-buat muka baik. Bini pun sama.”

Sorry ar kawan. Rasanya, tak perlu emosi sangat. Kita rakyat kelas bawahan ni tak dapat apa-apa. Kalau sekali dua makian tu, rasanya boleh diterima. Tapi, kalau dah selalu sangat, melampau woo. Kamu siapa? Peguam Datuk Anwar ke peguam si mangsa, Saiful Bukhari?

Kedua-duanya bukan kan? hehehehe

Masalah rakyat Malaysia. Dari dulu, sampai sekarang. Cakap belakang tak sudah-sudah. Depan TV, habis satu buku makian dia berani keluarkan. Kalau suruh jumpa sendiri, terkebil-kebil pulak. Balik-balik suruh wakil rakyat. Bila tak diikut, bising-bising kononnya wakil rakyat tak jalankan tanggungjawab.

Haih. Macamlah rakyat ada 5 orang je kan? ;P

Tiada apa sangatlah nak saya cakap. Hari ini pun, hari Jumaat. Hari berbaik-baik. hahaha. Cuma, saya nasihatkan, kalau hidup janganlah terlalu emosional. Bila nak emo, pandanglah kanan kiri dulu. Terlebih emo, malu nanti orang lain tengok. ahaks!

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.