seo
Tag Archives: Berita

Keyword Tahajjud Cinta Penyumbang Trafik Organik Terbanyak

6 Sep

Tahajjud Cinta, keyword yang laris sekarang. Drama Tahajjud Cinta ni dibantah sesetengah pihak tapi Tahajjud Cinta inilah yang bantu saya dapat trafik organik terbanyak di blog Lizarazak. Thanks!

hahahaha! Seronok bermain dengan keyword ni sebenarnya. Seronok kalau kena caranya lah. Saya tak kata saya yang “pegang” keyword Tahajjud Cinta ni. Tapi, saya cuma ambil keyword ini sebagai contoh untuk kongsi dengan korang je.

Tapi, jangan pula kata saya nak bangga. Nak bangga apanya dengan keyword Tahajjud Cinta ni kan? hahahaha!! Melawak agak-agaklah. Bukan lebat sangat pun trafik masuk. Tapi, oklah. Dapat jugak saya jobs sejak trafik organik di blog Lizarazak ni agak ok sikit berbanding dulu-dulu.

Saya tak nak menipu. Jadi, jujur je saya cakap. Memang saya antara blogger yang sentiasa belajar dan buat eksperimen macam mana nak dapatkan trafik yang ok dari sehari ke sehari. Kita kena belajar. Keyword Tahajjud Cinta ni pun saya dapat masa sesi pembelajaran SEO woo. hehehe.

Kebetulan masa tengah belajar sendiri dengan pakcik Google, sibuk pulak iklan Tahajjud Cinta dekat tv. Alang-alang, saya gunakan keyword ni untuk buat eksperimen. Alhamdulilah menjadi. Apa tips yang saya guna? Tak ada spesifik tips sebab saya jenis suka cuba macam-macam. hahahaha!!

Tapi, ada 3 tip yang saya boleh share dekat sini. Penting juga untuk maintainkan keyword Tahajjud Cinta ni dekat search engine. Buat entry Tahajjud Cinta bukan 1 atau 2 entry tetapi lebih daripada itu. Berapa? Cuba kira sendiri berapa entry berkenaan drama ni yang saya dah tulis!

Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3
Pelakon-pelakon Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3
OST Drama Tahajjud Cinta
Tonton Drama Tahajjud Cinta Online
Fanpage Bantah Tayangan Tahajjud Cinta Tak Perlu Wujud
Drama Tahajjud Cinta, makin dibantah. Makin dapat sambutan

Hahahaha!! Berapa entry pasal Tahajjud Cinta yang saya dah buat? Ok, dengan kata mudahnya. Sila rajinkan diri menulis entry yang berkaitan dengan target keyword yang korang nak tu sebanyak mungkin. Next tips, “interlink” kan keyword dalam new entry dengan entry-entry sebelum. Last, dapatkan backlink dari blog lain. Saya senang sebab ada blog sendiri. Minta bantuan blog Cerita Sensasi untuk dapatkan backlink ke entry berkaitan. hahahaha!

Nak tips lagi? Tunggu entry-entry lepas ni. Waktu saya rajin. hahahaha!!! Ok, poyo. Sebenarnya tak adalah tips mana pun, tapi ini yang saya praktikkan untuk keyword Tahajjud Cinta. Trylah kalau mahu. Jadi ke tidak tu lain cerita! Selamat mencuba! Bawah ni, screenshot dari 1 Julai hingga 1 September 2011.

tahajjud cinta

p/s: Tak adalah hina sangat bila blogger kejar trafik ni, cuma caranya biarlah betul. Jangan guna taktik kotor sudahlah. Tulislah apa pun, gunalah cara apa sekalipun tapi jangan cuba jatuhkan orang lain. Guna keyword tengah panas contohnya Tahajjud Cinta pun boleh. Mana tahu duit hasil blogging ni boleh beli handphone Samsung Galaxy Gio pada harga serendah RM199 oleh Digi tu kan?? hahahah!!!  bye  :P





Pelakon-pelakon Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3

7 Jul

Pelakon-pelakon Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3 mesti tengah berdebar kan tunggu episod pertama. Drama Tahajjud Cinta ini akan mula bersiaran esok malam (Jumaat) pada jam 9 malam di TV3. Good luck untuk semua Pelakon-pelakon Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3 ini!!

Antara Pelakon-pelakon Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3 ini ialah Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin, Neelofa dan ramai lagi pelakon hebat-hebat. Kalau tidak silap ada 19 nama pelakon-pelakon yang cukup dikenali untuk drama hebat ni.

Hebat tak hebat Pelakon-pelakon Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3 ni, kenalah sama-sama menonton dulu kan? Buat review tapi tak tengok susahlah pulak. hahahaha!!! So, jangan lupa esok Episod pertama Drama Tahajjud Cinta ok. Enjoy!!

Antara Pelakon-pelakon Drama Tahajjud Cinta

pelakon drama tahajjud cinta

Nur Fazura

pelakon drama tahajjud cinta

Fouziah Gous


pelakon drama tahajjud cinta

Credit to: Oh Bulan untuk gambar Pelakon-pelakon Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3 yang lain dan TV3

p/s: Tak sabar nak tengok lakonan Melissa Saila. Dah lama kot tak keluar tv. Ke saya yang tak tengok ek? huhuhu

Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3 : Sinopsis dan Teaser

5 Jul

drama tahajjud cinta slot zehra

Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3 akan menemui penonton mulai 8 Julai (Jumaat) ini, Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra ini menggantikan drama keranamu Laila dan Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3 ni nampaknya boleh jadi fenomena macam Nur Kasih rasanya.

Why? Ok, tengok saja barisan pelakon Drama Tahajjud Cinta ni. Kita ada Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa dan ramai lagi pelakon hebat-hebat kot!!!!

Masa saya buat umrah hari tu, ada juga antara pelakon-pelakon Drama Tahajjud Cinta ni sekali yang buat umrah. Tapi, saya cuma jumpa Fouziah Gous dan Fazreen (Spa Q) je. Yang lain, tak nampak pulak kelibat. Mekah pun bukan kecik kan. hehehehe!!

Bagus. Makin banyak drama-drama berunsur keislaman dekat Malaysia sekarang. Semuanya bermula dengan Nur Kasih kan? Alhamdulilah. Baru-baru ni, Drama Kitab Cinta pun ada ditayang di TV Al-Hijrah dan Jumaat ni Drama Tahajjud Cinta pulak. Nice!

Soal pelakon-pelakon yang memegang watak alim dalam drama-drama ni, dan agak “terbuka” di luar tu, tak perlulah nak besar-besarkan sangat. Memang berdosa, tapi itu hal mereka dengan Allah. Kita ni siapa nak menjatuhkan hukum? Harap dalam Drama Tahajjud Cinta ni, pelakon-pelakon tak dapat nasib yang sama macam sebelum ini.

Jangan cari dosa free dengan menghina orang. Tengok jelah ye Drama Tahajjud Cinta tu. hahahaha!!! Doakan yang baik-baik saya untuk diorang semua. Jomlah, baca Sinopsis Drama Tahajjud Cinta. Jangan lupa mulai 8 julai, Jumaat 9 malam ok. Selamat menonton!!!



SINOPSIS TAHAJUD CINTA

Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fouziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.

Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).
Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fouziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.

Credit to: nurizspace

TEASER TAHAJUD CINTA


Website rasmi: Tahajud Cinta

Facebook Tahajjud Cinta

Fanpage Nur Fazura

Fanpage Fouziah Gous

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.