How to tell a secret?
8 Oct
How to tell a secret? Kalau dalam bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu bermaksud bagaimana caranya untuk beritahu sesuatu rahsia ok kengkawan tersayang (translate lah guna google translate if perlu.hehehe ). Jom kita borak suka-suki pasal isu ni. Kalau mahu join lah, kalau tak mahu mentah-mentah pun saya no hal. Nama pun suka-suki.hehehe
Only tell your secrets to those whom you know you can truly trust.
Otherwise, that so-called “secret” won’t be a secret anymore.
Rasanya, korang semua dah biasa kan dengar or maybe terjumpa dekat mana-mana sumber quote dekat atas ni. Its simple quote but for me memang mengajar sayalah supaya hati-hati bila nak tell something yang “secret” dengan manusia-manusia ni. Of coz lah manusia, takkan nak beritahu dengan haiwan kan? Huwaa, unless korang ada haiwan yang boleh bercakap ok. Sila jangan jadi sewelisme sangat eh.hehehe
Saya tak mahu tulis hal kisah silam. Maksud saya, kisah saya dengan some of my friends yang buat saya sedikit fobia nak ber “tell-tell” ni.hehehe. Kita perlu belajar daripada silap lepas kawan-kawan tersayang. eceh. Tapi, kali ni saya cuma nak share beberapa tips untuk korang semua KALAU BETUL nak sangat beritahu secret pada someone else. Jom guys!!!
- Pilih “someone” yang ada potensi menjadi betul-betul kawan dan bukan ”lawan”
Ini kena guna instinct lah. Im sure korang semua bijak-bijak kan? Guna instinct yang Tuhan dah beri pada kita dengan sebaik mungkin. percaya pada diri kita. Biasanya, masa kali pertama terlintas dekat kepala kita “maybe dia ni boleh percaya kot”. Ok, maybe korang boleh pertimbangkan yang that person/ friend as orang yang boleh dipercayai dalam ramai-ramai list friendsssss kita. Jangan fikir kita ramai kawan, maksudnya kita bebas beritahu rahsia kita dekat semua kawan-kawan yang ramai ni ok. Choose only potential friend that you can trust!
- Terangkan sejauh mana serious dan pentingnya “secret” tu
Perlu ingat ok. Bukan semua antara kita ni bijak hal alam ni.hahaha! So, kita anggap kawan kita ni tak tahu apa-apa. Senang cerita, anggap jelah dia sengal.hmm. Sorry.hehehe. Jadi, beritahu dia sejujurnya. “secret” yang akan korang beritahu pada dia tu serious ke, serious tapi tak bawa hal hidup mati ke, serious tapi tak ganggu hidup korang or maybe korang je rasa secret tu serious tapi sebenarnya tak sangat.hahahaha!
Ini terpulanglah cuma yang penting “kawan” korang tu tahulah betapa perlunya diorang jaga secret tu. Anggap macam WARNING pada diorang kot-kot ada terniat nak kepochi dekat orang lain.
- Beritahu dia, kenapa korang pilih dia as someone yang korang can trust! (puji kononnya)
Beb, ini namanya mainan psikologi. hahaha! Nak hidup kena pandai bodek. Manusia kan suka dengan pujian dan ada jugak manusia yang sampai boleh jadi perasan sebab orang puji padahal belum tentu pujian tu ikhlas kan? Ni realiti, nama pun manusia lah wei. Hmm, tapi dalam kes ni. Rasanya logik nya kita akan honest sebenarnya. Kalau tak, masa kan kita pilih dia as someone untuk kita ceritakan hal secret kan? So, beritahu dia sebab musabab kenapa dia jadi insan terpilih. chewah!!!hehehe
- Beritahu harapan korang pada dia untuk tetap keep the secret
Ini korang kena buat muka serious ok. Jangan lah pulak korang pun sengal ubi pergi ikut step ni tapi buat muka tupai macam si Fath ni hah.hahaha! Kena tunjuk pada dia lah yang dia terpilih bukan saja suka-suka tapi bersebab!
- Last, guna instinct korang sekali lagi!
Macam awal-awal saya katakan, instinct ni penting sangat-sangat ok. So, last step is korang gunakan lah instinct korang ni elok-elok. Kalau orang yang korang nak share hal secret tu ada depan mata, pandanglah dekat mata dia. Biasanya, kalau orang tu jujur dan boleh kita percaya dia takkan takut kalau kita pandang mata dia. Tapi, kalau kita pandang and cepat-cepat dia jadi kalut. Sorrylah. Korang silap orang kot. MAYBE tapi if berani nak try silakan.hehehe
Kalau orang tu tak ada depan mata? Ok, ini memang korang guna word “tawakal”. Kalau rasa instinct tu kuat kata, dia boleh dipercayai then silakan dan tawakal lah tapi instinct macam ada berbelah bagi antara nak ke tak nak dan berat kepada tak nak..maybe korang perlu katakan TIDAK sajalah!!!hehehehe.
Ok. done with my simple tips. Ada hati, gunakanlah sebak mungkin. Ada otak fikir-fikirkan mana yang terbaik. Bye!






