Browsing all articles tagged with Asia

Kes liwat Datuk Anwar Ibrahim menjadi tajuk bualan di mana saja sekarang. Asal kes liwat Datuk Anwar Ibrahim, masing-masing teruja nak tahu keputusan. Saya tidak. Tidak berminat dengan kes liwat Datuk Anwar Ibrahim tu.

Tak pasti kenapa, mungkin kerana saya tidak berminat dengan isu politik di Malaysia.

Saya rasa, kita rakyat biasa. Rakyat kelas bawahan ni tak perlu nak judge itu ini. Saya beri contoh. Seorang teman saya, pantang melihat wajah Datuk Anwar Ibrahim di dalam TV sekarang. Asal ada saja kelibat, bermacam-macam makian dia lemparkan.


“bodoh punya Anwar. Memang dah salah, lagi nak buat-buat muka baik. Bini pun sama.”

Sorry ar kawan. Rasanya, tak perlu emosi sangat. Kita rakyat kelas bawahan ni tak dapat apa-apa. Kalau sekali dua makian tu, rasanya boleh diterima. Tapi, kalau dah selalu sangat, melampau woo. Kamu siapa? Peguam Datuk Anwar ke peguam si mangsa, Saiful Bukhari?

Kedua-duanya bukan kan? hehehehe

Masalah rakyat Malaysia. Dari dulu, sampai sekarang. Cakap belakang tak sudah-sudah. Depan TV, habis satu buku makian dia berani keluarkan. Kalau suruh jumpa sendiri, terkebil-kebil pulak. Balik-balik suruh wakil rakyat. Bila tak diikut, bising-bising kononnya wakil rakyat tak jalankan tanggungjawab.

Haih. Macamlah rakyat ada 5 orang je kan? ;P

Tiada apa sangatlah nak saya cakap. Hari ini pun, hari Jumaat. Hari berbaik-baik. hahaha. Cuma, saya nasihatkan, kalau hidup janganlah terlalu emosional. Bila nak emo, pandanglah kanan kiri dulu. Terlebih emo, malu nanti orang lain tengok. ahaks!

Drama Nenek Kebaya pula melabuhkan tirai. Tamat sudah Drama Nenek Kebaya yang penuh pengajaran untuk tontonan semua. Drama Nenek Kebaya, mendapat inspirasi daripada lagenda Nenek Kebayan yang pastinya.

Drama Nenek Kebaya tidak kurang juga hebatnya seperti Drama fenomena, Nur Kasih yang baru-baru ini disiarkan di TV3. Drama yang diterbitkan oleh pasangan suami isteri, Rosyam Nor dan Runika pun tidak kurang hebatnya. Drama Nenek Kebaya ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan juga. Termasuk yang menulis entri ini. kehkehkeh.

nenek kebaya

Sinopsis drama Nenek Kebaya – Credit to hasdiana

‘Nenek Kebaya’ bermula dengan kisah purba mengenai tuduhan percintaan cucu Mak Inang, Indera Laksamana dengan Puteri Sinar Cahaya diketahui oleh Raja Negara Kembayat Cahaya. Indera Laksamana sudahpun bertunang dengan cucu angkat Mak Inang, Intan Sari yang kemudiannya memusuhi Puteri Sinar Cahaya kerana dianggap perampas kekasihnya.
Dendam mula membara apabila Sultan menjatuhkan hukuman mati kepada Indera Laksamana kerana bermain cinta dengan puterinya yang ingin dinikahkan dengan Putera Wira Satria.

Mak Inang yang dianggap menjadi orang tengah kerana memperkenalkan Puteri Sinar Cahaya dan Indera Laksamana telah dibutakan matanya dan dibuang ketengah rimba. Intan Sari mengambil keputusan untuk membalas dendam atas kematian tunangannya itu dan dia telah menuntut ilmu daripada Sang Pertapa yang memiliki ilmu yang membawa kejahatan. Bagaimanapun, Intan Sari hanya mempunyai satu pilihan jika ingin membalas dendam iaitu terpaksa menunggu sehingga tujuh keturunan.

selama ini roh Intan Sari berada dalam badan Nek Putih, untuk mencapai dendam dia.. Dia telah menukar roh dengan Samsiah. jadilah roh Samsiah didalam badan Nek Putih. Tujuan utama Intan Sari ialah nak huru-harakan keluarga Tn. Adam. Sekarang Tn. Adam sayang bangat same Samsiah, Mastura asik bertekak gan adik dia, Marini, laki Mastura bertindak keluar drpd umah tu akibat xthan dgan pragai Mastura, laki Marini pulak mula syok kat mak mentua dia Samsiah, Pak Leh pula dah dapat mengagak ape yg telah berlaku dalam umah tu.. Plot bertambah menarik dengan kemunculan Zed Zaidi dari Mesir

Pada saya, drama lagenda macam Nenek Kebaya ni ada bagusnya juga ditayangkan. Boleh jugaklah anak-anak kecil yang selama ni sibuk tahu sejarah Wrestling, PSP,Wii atau 3gp entah dari mana-mana je kan?????

Drama ni, tak lah sesempurna cerita lagenda mat saleh tapi sekurang-kurangnya ada juga lah pengajaran daripada tiada langsung. Ada juga mesej yang boleh disampaikan. Pilihan yang tepat daripada TV3.

Astro, sudah-sudahlah buat tayangan drama tak berapa nak ada mesej boleh? Drama Kau & Aku tu macam kosong. Kalau ada pun, setakat menonjolkan kekurangan bakat daripada si Mila, Akim dan Airil. Saya daripada ada minat sedikit dengan mereka, dengar dialog kamus dewan bahasa dan pustaka tu dah macam nak pengsan lah. Sorry ek terkomen tak sengaja.

Cuma, apa-apapun diorang teror daripada saya :)

Ok, untuk warga kerja Drama Nenek Kebaya. Terima kasih kerana telah berusaha yang terbaik. OST Drama Nenek Kebaya pun dah macam ada aura. Nak nyanyi sambil-sambil berangan jadi Nenek kebaya, boleh tonton video di sini yek!

Ulangan Drama Nenek Kebaya malam ini, di TV9 pukul 8:30malam.

P/S: Takkan tak berani join contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” kot??? ;)

Damn masih penat! Even bukan saya yang memandu, tapi terpaksa duduk di dalam kereta lama sangat buat badan saya sakit woo.  Kenapa lah highway dekat Malaysia ni tak ada 6 lane terus?? hahaha. soalan bodoh from me. Bukan apa, saya cukup bosan dengan sikap pemandu Malaysia dan juga Singapura.

1 Malaysia

Sorry sebab libatkan sekali Singaporean.

Tapi, perkara yang sememangnya fakta tak bisa kan saya nak sembunyikan. Oh, bilalah semua nak berubah. Sesiapa yang menggunakan highway utara-selatan hari ini pasti tahu lah kenapa.

Accident dahsyat setakat ni, tak ada pula saya lihat. Syukur sangat-sangat. Sayang nyawa woo. Cuma, adalah 3 ke 4 kes accident kecil waktu saya lalu highway from Kuala Lumpur to Johor Bahru malam tadi. Ini punca utama jalan sesak macam sardin!!!

Ok ok, tak boleh nak salahkan sesiapa. Dah nasib nak terkena, apa boleh buatkan?

Tapi, macam biasa. Saya muak dengan manusia ni. Semua nak laju aja. If laju tapi bermoral tu tak kesah lah. Ini tidak, jalan 3 lane dah jadi 4 lane. 2 lane dah jadi 3 lane. Confused gua beb.

Manusia yang pandai-pandai tambah lane tu bukan guna kereta kokak. Kereta manusia-manusia macam berpelajaran punya tapi im sure mereka tu semua manusia bangang. Tak tahu disiplin langsung.

Sorry lah kalau ada yang terasa.

Ini kenyataan. Kalau emergency, bini nak terberanak ke, bawa orang nazak ke..gua no hal beb. Ini, dah lah menambah lane. Boleh pulak, berjoget-joget dalam kereta ek? Susah betul kalau dah terlebih pandai ni.

Pandai macam mana pun, tapi kalau tak tahu tata tertib tak ada guna wei.

Malaysian mungkin nak tunjuk otai di negara sendiri. Kalau accident, boleh glamour agaknya. Itu, saya tak pasti. Boleh tanya pada tuan yang menambah lane itu naa :)

Paling saya meluat, Singaporean. Excuse me, kenapalah kalau dekat negara sendiri tersangatlah berdisiplin. Bawa tak boleh lebih 80 KM kan? Kenapa dekat negara orang jadi pelesit daa??? Menyusahkan orang maa…

Hormat lah sikit negara orang. Boleh kan?? Part car park full gara-gara kereta Singaporean, kami Malaysian dah pasrah sangat sebab itu hak kamu jugak. Silakan. Tapi, bab atas jalan raya..pleaselah hormat. adoi.

Malaysia dengan Singapore sama-sama bingai jugak kadang-kadang. Please faham, bukan semua yang terlibat. Hanya, mereka-mereka yang terlibat saja dan saya faham istilah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga itu.

Jadi, anggap saja entry ini sekadar teguran biasa daripada someone yang biasa juga. Tiada niat untuk melagakan, cuma kalau tak dibahaskan sampai bilalah tak ada yang terkena dan sedar. kwang kwang kwang.

Im tired now.  Komen-komen akan dibalas nanti yek. Pengklik Nuffnang juga akan saya lawat dan klik Nuffnang korang. Terima kasih lagi sekali pada Nuffnang. 1 Lagi buffered earnings untuk blog cap ayam ni saya terima subuh tadi :)

Siapa Punya Blog?

Empunya blog ini bernama Lizz. Tiada istimewa kalau dilihat dengan mata kasar, tetapi punya kehebatan tersendiri untuk meneruskan hidup. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!

Komen Kamu

Cerita Baru

Cerita Panas Sikit

FOLLOW ME

Lizarazak.com on Facebook

Hal Penting


ShoutMix chat widget
Web hosting for webmasters