Kalau dah kahwin, wanita yang dulunya bertudung dah boleh togel ek? Suami suruh ke apa? Sebelum ni bertudung tujuan asalnya untuk apa? Takutkan Allah atau takutkan tohmahan orang? Sorry, entry kali ini saya berani kata akan buat kawan-kawan saya meluat dengan saya.
Peduli apa. Siapa berani buat, beranilah tanggung rasa malu. yummy!
Saya suka memerhati perangai orang sekeliling saya. Kalau saya berdiam, bukan bermakna saya ada masalah. Tapi, saya diam kerana sedang memerhati! Itu sebenarnya. Perangai manusia memang unik. Saya sedar hal itu. Makin lama, makin saya boleh terima.
Kalau dulu, saya selalu sembur tidak tentu pasal. Kononnya, nak puaskan nafsu sendiri! Nak balas dendam. Ah, itu dulu. Zaman budak hingusan. Publisiti murahan.muahaha
berbalik pada topik saya. Kalau dah kahwin, wanita yang dulunya bertudung dah boleh togel ek? Saya sengaja mahu menyentuh hal ini bukan kerana mahu membalas dendam. Tidak sama sekali. Itu hak mereka untuk mengherdik saya. Itu kisah lama. Mungkin inilah karma saya. Mereka sekarang yang sebenarnya patut diherdik.
Maaf kalau melebih, tapi pada saya. Mereka layak dicaci dan lebih hina sebenarnya. Maaf sekali lagi.
Saya pelik. Semua tahu dengan teknologi Facebook sekarang kan? Masing-masing nak tunjuk gambar-gambar badan terlentok sana sini. Oh itu bukan urusan saya. Badan kamu, buatlah apa saja. Cuma, saya agak mengucap panjang bila terpandang koleksi gambar-gambar “sahabat” lama.
Kalau sebelum ini (sebelum berkahwin), tudung tidak pernah lepas. Melekat. Bukan calang-calang orang, dengan bangganya mereka mengaku yang mereka bersekolah di sekolah agama. Kalau dulu, kemain mempersoalkan kenapa saya tidak mahu bertudung? Tak malu ker? Tak takut dosa? Mak bapak tak marah ke?
Sekarang, saya pula mahu soal pada mereka (im sure tak ada yang sanggup jawab).
Mana tudung atas kepala? Dulu kan paka tudung labuh jugak? Kenapa lepas kahwin boleh buka tudung masa tepi pantai? Kenapa pakai seluar pendek macam anak cina? Tak malu dengan mak mertua? tak malu dengan mak bapak? Eh, suami izinkan yek? Kalau suami dah izinkan, Tuhan pun izinkan jugak?
Jawablah kalau berani. I dont mind if ada nak melaser pun. Silakan.
Saya malas nak panjangkan cerita. Cuma, kesimpulannya. Saya malu bagi pihak mereka. Sorry, tapi saya rasa samada iman mereka masih tidak cukup kuat atau asas agama mereka yang sangat teruk buat mereka jadi sebegitu. Saya tidak pernah berkecil hati dengan herdikan mereka suatu masa dulu. Saya tahu siapa saya, saya sedar dimana silap saya, saya tahu dosa saya, saya tahu itu semua.
Cuma, saya syukur gila sebab tak mulut bangkai macam mereka. Saya berterima kasih sebab Tuhan berikan saya hati yang tidak sesuci mana dek dosa saya sendiri tapi sekurang-kurangnya tidak sebusuk mereka ini. Pada saya, sebelum nak menyusahkan diri menilai buruk baik orang lain..baiklah fikirkan dulu iman sendiri tu dulu.
Chow bebeh. Oh, menarik sungguh hukum karma ni. I like!
Keputusan Contest Hidup Berani Untuk Gagal sudah ramai yang tahu. Rasanya. Alhamdulilah, saya tersenarai sebagai pemenang di dalam kategori Top Ranking google.com.my. Oh, tak tahu nak kata apa. Syukur sangat-sangat. First time mencuba join contest yang sangat berilimiah, contest SEO yang saya langsung tak tahu sebelum ni, bergantung harapan dengan blog cap ayam yang baru berusia 3 bulan waktu itu dan akhirnya saya berjaya.
Bro Denaihati ada memperlawa pada para pemenang untuk buat 1 entri khusus berkenaan keputusan Hidup Berani Untuk Gagal ni dan war-warkan hal kemenangan ni. Tapi, dek kerana saya terlalu busy untuk menyiapkan proposal projek Master’s saya. huhuhu. Tak dapat jugak saya siapkan entry ini.
Lagipun, saya tak selesa pula nak canang kat semua orang yang saya menang contest tuh. hehehe.
Mungkin ada yang masih tidak tahu senarai penuh pemenang contest Hidup Berani Untuk Gagal ni. Jadi, kat bawah ni saya letakkan link blog-blog para pemenang ok. Untuk senarai penuh pemenang termasuk jumlah insentif referral contest ni, bolehlah dapatkan di blog bro Denaihati ok.
Top 10 Ranking @ google.com
1. www.fakhriramley.com/ : Menang RM400.00 + RM50 (Ranking no 1)
2. www.aenaz.com/archives/2009/12/06/hidup-berani-untuk-gagal/ : Menang RM400.00
3. melayuboleh.kmzack.com/ : Menang RM400.00
4. denaihati.blogspot.com/2009/…/contest-hidup-berani-untuk-gagal.htm : Tidak layak menang
5. www.mohdhafizuddin.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal.html : Menang RM400.00
6. beliamuda.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal/ : Menang RM400.00
7. www.melayubolehzone.co.cc : Sudah menang dalam katogeri lain.
8. wawwi.com : Hadiah saguhati RM100.00
9. lili-aimhigh.blogspot.com : Hadiah saguhati RM100.00
10. sibintang.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal/ : Sudah menang dalam katogeri lain.
Top Ranking @ google.com.my
1. www.aenaz.com/archives/2009/12/06/hidup-berani-untuk-gagal : Hadiah utama sudah menang dalam katogeri lain + RM50 (Ranking no 1)
2. beliamuda.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal/ : Sudah menang dalam katogeri lain.
3. melayuboleh.kmzack.com/ : Sudah menang dalam katogeri lain.
4. www.melayubolehzone.co.cc : Menang RM400.00
5. www.azizwan.com/hidup-berani-untuk-gagal/ : Menang RM400.00
6. sibintang.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal : Menang RM400.00
7. azuanrazi.com/ : Menang RM400.00
8. www.lizarazak.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal/ : Menang RM400.00
9. blog.mohdisa.com/contest/hidup-berani-untuk-gagal/ : Hadiah saguhati RM100.00
10. wawwi.com/hidup-berani-untuk-gagal/ : Sudah mendapat hadiah saguhati dalam katogeri lain.
11. josh.my/2009/…/josh-lim-budak-cina-yang-hidup-berani-untuk-gagal/ : Hadiah saguhati RM100.00
Pagi ini lepas saya isi minyak kereta buatan Malaysia saya tuh kat Petronas. Tergerak pulak hati saya nak pergi ke mesin ATM. Padahal saya tahu, duit dalam account Maybank saya cuma cukup untuk makan McDonald sekali aje. wakakaka.
Saya slumber check baki duit dan eh eh eh bertambah! Yeah, bro Denaihati dah masukkan “hadiah” saya. Thanks sangat-sangat. Orang kata, Tuhan tahu yang terbaik untuk kita. Sebab itu, saya jarang nak mengungut kalau tak ada duit langsung dalam tangan. Saya percaya, rezeki tu Tuhan dah tetapkan nilai, masa dan waktu bila akan jadi milik kita.
Macam dapat durian runtuh hari ini. Belum habis happy dengan duit dalam akaun Maybank, saya check pulak CIMB. Saya hairan, mana pulak datangnya duit banyak-banyak ni? Dalah hati saya fikir, takkan abang-abang saya? Kalau mereka yang kasi, biasanya tak main masuk akaun. hmm.
Puas saya fikir, sampai nak keluarkan duit dari akaun CIMB pun tak jadi. Tak tahu duit tu dari mana. Saya balik ke makmal komputer tempat saya belajar dan bekerja. Saya check CIMB click. Saya semak transaksi yang saya lakukan sebelum ni. Oh ok. Duit tu hasik penat lelah saya bersama Nuffnang!!
Saya yang clear kan cheque dan saya lupa. Bagus betul kau Liza! hahaha
Alhamdulilah, tabung saya ada sedikit amaun. Macam tahu-tahu aja saya perlukan duit. Saya bercadang nak jual produk-produk HPA (website lama ni kurang menarik, tak ada feel nak update.ahaks!) dan Cosway secara online. Cuma, tak ada modal nak mula. Bila dapat duit macam ni, rezeki lah kan? kukuku. InsyaAllah, kalau shopping cart saya macam dah cun nanti saya boleh mulakan bisnes online pulak! lalalala.
Pray for me
p/s: baru 4 hari dengan Innity. Tapi, dah nak dekat RM 10 dalam akaun saya dengan 1 aje blog berdaftar. Saya dah start nak jatuh cinta dengan Innity tapi rasa sayang dengan Nuffnang tetap ada. hehehehe. Saya nak tengok performance Innity dalam 2 weeks lagi. If ok, akan saya teruskan tapi setakat ni status Glitterati saya masih maintain. hmm.
Setiap manusia akan ada masa-masa stress melampau tahap cipan. Stress dengan kawan-kawan, stress dengan karenah parents yang tak habis-habis nak suruh buat itu ini, stress melayan bos yang berlagak macam tenuk, ada juga yang stress dengan diri sendiri. hahahaha.
Ada sesetengah orang, memang teror sangat untuk handle diri diorang bila tengah stress kan. Saya? Oh, saya berada ditengah-tengah. Saya jarang terlalu emosional kalau tengah stress. Rasanya tak dapat apa pun nak emo-emo kan? Tak ada guna pun kalau nak marah-marah orang lain.
Kalau korang jenis tak tahu nak handle stress ni, boleh jadi parah. Mana tak nya, diri sendiri yang stress…orang keliling pulak jadi mangsa kan? Banyak cantik woo. hohohoho. So, disebabkan saya macam tak larat dah nak sambung proposal ni..jadi rasanya lebih baik saya share tip-tip sengal yang saya guna bila tengah stress tingkat 8. Sengal-sengal pun tetap cool babe.ahaks!
1) conteng kertas
Entah lah ek. Habit saya ni memang dari kecik lagi. Asal saya stress belajar aje, saya akan cepat-cepat cari pen or pensel. Once dah dapat tuh, saya akan biarkan aje tangan saya bergerak n tulis apa saja. Kalau time insaf, tangan saya akan tiba-tiba aja conteng dalam tulisan jawi. muahahaha. Kalau mood syaitonirajim, jenis tulisan yang sukar difahami oleh saya sendiri. hahahaha. But, its works tau! Kiranya, kertas tu macam virtual friend lah. Tempah curahan perasaan.wakakaka!
2) Tulis diari
Orang kata, siapa yang menulis diari maksudnya dia tu jenis manusia yang sentimental. Saya tak setuju sama sekali. Saya rasa, saya suka juga tulis diari tapi saya bukan sentimental tapi ada masa, saya mental kalau dah stress sangat. ahahaha. Cuma, saya tak suka menulis diari dalam buku diari. Rasa macam kanak-kanak ribena (pendapat saya saja). Saya biasanya akan tulis diari dalam komputer saya. Paling best, tajuk file saya tu tidak akan sama dengan perasaan saya. Saya tak main tulis nama fail “hati terluka 1″ tetapi saya agak kreatif dengan memberi nama fail “Surah Al-Imran”. Ini soal psikologi. Tak ramai rasanya kawan-kawan saya akan sibuk-sibuk nak buka fail dengan nama ni kan?????? cheer
3) Makan buah limau
Ini antara tips paling cool pada saya. Nak tahu kenapa? Sebabnya, setiap kali saya makan limau tuh..saya akan buat aksi macam penuh suka ria. Saya akan kupas buah limau tu dan kemudian saya akan makan satu persatu ulas limau tu dengan memuncungkan mulut depan sesiapa saja depan saya. Mereka akan nampak saya macam saya tengah cool giler, hakikatnya saya tengah cuba melupakan masalah-masalah “stupid” keliling yang bikin saya stress!
4) Buat kajian pada handphone
Cara ni pun best jugak pada saya. Maybe sebab saya ni orang teknologi barangkali. wakakaka! Biasanya, bila saya tengah stress belajar atau bergaduh dengan kawan-kawan..saya akan tekan-tekan punat handphone saya. Setiap menu yang ada, saya kaji. Lama-lama tumpuan saya beralih pada masalah handphone dan bukannya hal-hal lain. wakakaka! Ini strategi untuk melupakan masalah dengan cari masalah baru. kahkahkah
5) Bercakap-cakap dengan kucing
Alah, maybe korang pun tahu kan? Saya peminat kucing. In fact, semua binatang sebenarnya saya suka. So, apalah gunanya ada kucing sampai 8 ekor kat dalam rumah kan? Daripada dok stress, dok marah-marah tak tentu pasal..ada baiknya saya becakap dengan kucing. hahaha. Nampak macam perbuatan stupid, tapi saya percaya kucing tu kekasih nabi. Ada something dalam diri kucing yang boleh buat saya tenang giler woo…. huhuhuhuhu
6) Makan coklat!!!!
Takut gemuk? Alah, lupakan sekejap soal diet apa salahnya. Sesekali makan coklat best woo. Rasanya, semua dah tahu yang coklat ni penawar stress. Kalau saya stress time belajar, saya akan cari kitkat. ahaks! Maybe sebab saya tergoda dengan iklan kat TV kot naa? rehat sebentar bersama KITKAT :p
7) Buat to-do list.
Tips ni saya dapat daripada seorang kenalan baru. Beliau kata, salah satu punca kenapa kita selalu stress ni adalah disebabkan tiada perancangan! Yeah, saya setuju da saya akui silap saya tuh. In fact, saya selalu buat kerja last minute. Buruk gila perangai tapi dah itu cara saya. Bila stress, buat-buatlah macam cool ka?wakakaka!!! So, sebaiknya korang senaraikan kerja mana yang perlu korang lakukan dulu. Mana yang penting, letakkan di atas dan fokuskan untuk buat yang itu dulu. Barulah tak stress dengan dateline kan?????? gegegege
Hmm, oklah cukup 7 saja kot tips sengal daripada saya. Kalau korang nak ikut, silalah mengerti yang apa-apa kemungkinan selepas itu adalah tanggungjawab sendiri yek. kehkekeh. Cheers!
p/s: Saya masih berhutang dengan saudara Denaihati untuk menulis tentang keputusan contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Alhamdulilah, blog Lizarazak.com dapat tersenarai sebagai salah seorang pemenang. Oh rezeki..huhuhuhu
Hari ini, hari last untuk saya bermanja-manja di atas tilam empuk dengan masa yang agak lama. Esok, semuanya akan kembali normal. No wonder dulu, saya ada cita-cita ingin jadi Doraemon. Ini rupanya sebabnya. Mahu putar balik waktu. wakakaka.
Haih. Mengeluh sesekali tak apa. Mak kata, bukan saya. kahkahkah.
Semalam, happy gila lepas jumpa balik dengan teman-teman sekolah lama. Cuma, yang bezanya. Mereka ada yang sudah mengendong anak dan ada yang di antara kami masih lagi belajar. Macam empunya blog ini. Ada teman saya yang bermasam muka bila ditanya, “kau sudah kahwin belum?”.
Kasihan. Mungkin si teman itu cemburu barangkali dengan sahabat-sahabat yang lain. Punya suami dan anak sedangkan dia tiada.
Kemudian, ditanya pula pada saya. Soalan yang sama dan saya slumber jawab “not yet. study lagi, bagi aku masa 2tahun lagi.”. muahahaha. Tiba-tiba seorang teman lain menyampuk. “kau tengok si Liza ni, belum kahwin dok ceria aje.”.
Sebenarnya, dalam hidup kita tak perlu membanding-bandingkan cara kita dengan orang lain. Nasib mereka lain, cara mereka mahu bahagia pun lain. Jangan sesekali merasa diri kita lemah atau nasib kita yang sentiasa malang. Tak perlu.
Pada saya, bila kita hidup kita mesti tahu ke mana arah mahu pergi. Bukan setakat untuk hari ini, tetapi fikirkan untuk hari esok dan seterusnya sampai hari kita tutup mata kelak. Kalau mereka merasa dengan berkahwin dengan setakat sijil pelajaran seadanya (fikirkan sendiri sijil apa), biarkan.
Andai mereka rasa, bila sudah berkahwin akan ada lelaki yang boleh “membela” dan memberi makan mereka sampai ke mati pun biarkan saja. Kalau mereka yang membuat pilihan untuk hidup “bahagia” cukup dengan kereta kecil dan berumah comel (mungkin menumpang di rumah orang tua), kita tak boleh nak buat apa.
Itu pilihan hidup mereka. Mereka yang inginkan hidup begitu. Mungkin cita-cita mereka setakat itu.
Saya ada cita-cita lain. Saya ada tanggungjawab lain juga. Saya ada abang-abang yang mampu menyara saya dan ibu yang alhamdulilah rezekinya masih ada sisa untuk saya selepas kematian suami tercinta. Tapi, ibu selalu berpesan. Sebelum berkahwin, (untuk perempuan sahaja) kalau b0leh biarlah ada 4 perkara ni.
- Rumah- Jangan bergantung dengan lelaki. Jangan fikirkan perkara yang manis-manis sahaja. Fikirkan sebaliknya. Andaikata, waktu pertengahan usia perkahwinan. Kita berselisih faham dan akhirnya bercerai. Malangnya, kita tiada rumah dan selama ini menumpang rumah di atas nama suami. Kemana mahu pergi selepas bercerai dan dihalau???
- Kereta- Kita perlu berdikari dan bantu suami. Jangan selalu sangat mengharapkan suami. Kalau boleh, biar ada 2 kereta di rumah. Memang tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga tapi janganlah hal-hal kecil pun kita nak minta dia tolong kan? berdikari beb! Soalnya, kalau tiada lulusan dan tiada ongkosnya…camna nak beli kereta kan? Unless korang anak orang kaya…
- Duit simpanan- my mom selalu pesan. Simpan duit. simpan duit, simpan duit. Sekarang jangan fikir nak pakai. Duit tu simpan dalam 1 akaun yang takkan ada orang tahu pun. Suami pun tak perlu nak kasi tahu (ada lelaki yang mata duitan kan?). Duit ni untuk simpanan masa tua nanti. Kot-kot dapat anak haramjadah kan? Nak dicampaknya kita ke rumah orang tua..time ni, keluarkan duit dan minta belikan kondo sendiri. cool kan? muahahaha
- Kerja- Saya tak tahu macam mana orang tak berkerja boleh berkahwin. Serious. Mungkin belanja kahwin ibu ayah yang support. Itu biasa. Tapi, macam mana kalau ada anak nanti ek? Dah ada duit simpanan ke kalau nak beranak nanti? nak cari selepas berkahwin? hmm..entahlah. Lain orang, lain caranya. Cuma, kalau boleh saya mahu ada kerja sebelum kahwin
Saya tidak mahu mengharapkan duit suami. Nanti suami ada alasan baik punya masa bergaduh. kikikiki
Ini apa yang saya mahu dalam hidup saya. Jadi, untuk apa saya mahu bersedih bila ada bertanya soal kahwin tetapi tak perlu juga saya beriya senaraikan semua ini di depan mereka. wakakaka! Mungkin ada yang fikir saya terlalu bercita-cita tinggi.
Sorry to say tapi kita hidup dalam zaman canggih sekarang ni. Lelaki pun kadang-kadang pun ada yang tak guna, Habis madu, sepah dibuang. Ada koleksi menarik dan godaan leboh sikit depan mata..takkan diorang tak teruja kan? Jadi, bersusah-susah lah dahulu. Carilah harta sendiri dulu waktu muda mudi ni. Risau jugak kalau kena cerai ka? wakakakaka!!
Lelaki suka menipu untuk selamatkan diri mereka daripada apa? Lelaki suka menipu disebabkan perkara apa? Adakah lelaki suka menipu hanya kerana ada yang memaksa? Ok, lelaki-lelaki sila cool seminit. Intro ini sekadar pertanyaan kosong tanpa maksud ye.ahaks!
Mungkin ada yang sudah tahu, saya lebih ramai kawan lelaki berbanding wanita. Itu cara saya. Saya selesa dengan cara lelaki walau ada yang agak tidak puas hati. Relax beb. Ini cara gua woo. Jangan ditanya berapa banyak koleksi barbie doll saya ada.
Memang tak pernah ada. Tak ingin ada pun. kihkihkih. Saya tak main cakap sorang-sorang dengan patung tak bernyawa tu. Saya cuma main panjat pokok rambutan jiran, panjat pokok kelapa separuh jalan sebab cuak tinggi sangat, saya main tangkap ikan dalam parit dengan adik dan abang, saya suka main badminton dengan abang-abang even saya selalu jadi mangsa buli tapi saya juara lompat getah jugak. kehkehkeh.
Melalut. Ok, saya teruskan dengan tajuk kali ini. Lelaki suka menipu. Is it satu fakta atau tuduhan ek? hmm. Biar saya senaraikan dulu pengalaman dan pemerhatian saya tentang lelaki-lelaki dikeliling saya. Thats cool gila bila kita dilahirkan sebagai wanita tapi ada sense untuk tahu rahsia lelaki. wakakakaka!* gila kau Liza
Lelaki akan menipu bila ibu bapa mereka bertanya kemana mereka pergi semalaman dan tidak pulang ke rumah.
Kata saya: Anak mana yang suka bila kena marah dengan mak ayah kan? Unless korang ada penyakit keturunan kronik. Itu lain cerita. Tapi, biasanya bukan saja lelaki. Malah kebanyakkan wanita pun akan menipu dengan mak bapak ni. Cuma, nisbah lelaki menipu mak bapak dalam case macam ni lagi tinggi berbanding wanita. Wanita ni agak cuak sikit bab-bab menipu mak bapak. Lelaki ni teror buat muka macho. Konon dia anak lelaki, boleh melepak sampai langsuir nak keluar ajak dating sekalipun. wakakaka.
Lelaki akan menipu bila adik-beradik terjumpa surat cinta di dalam beg sekolah mereka.
Kata saya: Ah, saya 110% berani kata yang lelaki memang akan menipu kalau terkena situasi macam ni. hello, adik-beradik ok. Mana nak letak muka kalau dalam surat tu dok baby baby, sayang, mama papa padahal nikah pun tidak lagi nak berangan jadi parents lak. huwaa!!! Jawapan kalis peluru paling mustajab rasanya waktu tu cuma 1. “Itu surat kawan aku lah. Aku tolong simpankan aje”. muahahaha. Dasar. Kalau wanita, biasanya kalau dah kantoi terang-terang macam ni..alamat diam seribu bahasa lah gamaknya. Nak cover muka tak boleh dah. Bukan macam lelaki, mereka hebat cover muka bersalah ok!
Lelaki akan menipu bila kawan-kawan marah sebab datang lambat bila ada reunion atau any function
Kata saya: 150% saya katakan IYA. 70% daripada teman-teman saya adalah lelaki. Alahai, dah naik masak ranum dengan alasan tak boleh blah bila dah janji jam 8am tapi batang hidung nampak jam 10:45am. Alasan logik tak logiklah, “mak aku suruh teman pergi kedai tadi.” gegegege. Masak sungguh deng :p Cuma, ada 1 menda pelik dengan cara menipu yang ini. Betul atau tak, lelaki cuma akan menipu hal macam ni dengan kawan-kawan wanita saja tetapi bila jumpa geng lelaki semula..slumber aja cakap “aku tidur mati tadi dowh. Mengantuk giler.” Dodol kan?
lelaki akan menipu bila girlfriend dah sms ayat merajuk “abang dah tak sayangkan orang, orang nampak abang jalan berdua dengan perempuan tadi…”
Kata saya: kahkahkah. Saya rasa majoriti lelaki akan mula menipu untuk pertama kalinya bila berdepan dengan masalah ni. Mulalah menipu kata perempuan yang berjalan dengan dia tu sepupu dia, adik dia lain nenek lah and whatever lah kan. wakaka! Its reality ok. Ramai kawan-kawan lelaki saya macam tuh. Saya tidak setuju bila hal macam ni. Kalau tak salah, untuk apa menipu? Kalau betul keluar jalan dengan kawan perempuan lain, terus terang kan senang. Nak cari penyakit untuk apa? For me, bila bercinta perlu jujur dan tidak perlu terlalu cemburu. Kalau teman lelaki saya menipu hal ni, sorry to say. Dia lelaki yang tidak jujur dan penakut. Just be honest, tak ada salahnya berkawan dengan wanita lain dan keluar berdua atas urusan “sah” unless urusan “haram” itu lain ceritalah. Come on lelaki. Tak perlu menipu hal kecik ni. Bila dah selesa sangat , bimbang -pulak terbawa sampai ke alam rumah tangga. hmm, susah nanti!
Itu kata saya, pendapat saya tentang isu lelaki suka menipu. Tak ada yang 100% betul dan tak ada juga yang tidak boleh diterima langsung sebab lelaki atau wanita sama aja. Lelaki menipu keranai sebab ini dan wanita pulak kerana sebab lain. Kenyataan sebenarnya begitu. hahahahaha. So, apa kata korang pulak?
Saya benarkan korang nak menghentam atau apa saja tapi please make sure jaga adab ya. Ini soal lelaki dan wanita. Korang pun sure salah satu daripadan tu kan unless korang khunsa. Sekian. lulululu.
Kita adalah seperti apa yang kita lihat dan bagaimana kita fikir. Kalau positif yang kita mahukan, kita akan usaha untuk sampai ke situ. Kalau negative yang kita bayangkan, begitulah sudahnya. Tiada siapa yang dapat merubah diri kita, selain kita sendiri.
Empunya hati.
Sejujurnya, saya manusia yang tidak pernah fikirkan apa pandangan orang lain tentang diri saya. Mungkin agak “selfish” di situ tentang saya. Bak kata mak, setiap manusia ada perangai semulajadi. Rejamlah dengan apa sekalipun, memang begitulah sifatnya. Ahaks.
Cara saya cukup simple. Saya akan jadi diri saya sendiri, kecuali perkara itu melibatkan keluarga. Apa yang korang fikir tentang saya selepas itu, terpulang. Kalau selesa dengan cara saya, silakan berkawan. Kalau sebaliknya, pergilah cepat-cepat.
Agak terkejut bila dalam diam, karakter saya diperhatikan.
Saya seorang pendengar. Saya akan mendengar masalah teman-teman jika mereka mahu. Saya tidak akan bertanya apa masalah mereka selagi mereka sendiri yang tidak mulakan. Bukan semua suka berkongsi masalah. Karakter inilah yang teman saya pertikaikan. Hahaha.
Selepas selesai sesi curhat, (curahan hati in indonesian) teman saya beri soalan cepu emas. “ kenapa kau macam tak ada masalah je? Tengah bahagia ke?”
Saya sekadar gelak syaitonnirajim ketika itu
Dipendekkan cerita yang agak panjang. Teman saya mahu tahu rahsia. Rahsia yang bukan rahsia sebenarnya. Ini hanya soal bagaimana saya handle masalah dalam life yang tidak mungkin sempurna.
Simple. Tidak susah mana kalau kita semua ingat dan berpegang bahawa masalah kan datangnya dari Allah.
Untuk muslim, kita diajar tentang qada’ dan qadar Tuhan. Kita tak boleh lari. Hidup ibarat roda, sekejap di atas kemudian kita akan ke bawah semula dan begitulah saban hari hingga roda itu .
Hidup kita pun macam tu. Semua manusia ada masalah. Selagi kita bernyawa, selagi itu kita akan mendapat masalah. Cool kan? Hahaha.
Kita boleh mengeluh kalau ditimpa masalah. Itu normal dan kita bukanlah nabi woo. Cuma, jangan sesekali patah semangat. Kita boleh bersedih, tapi jangan bawa kesedihan tu sampai merosakkan hidup kita. Kalau kita rasa kehilangan, cepat-cepat kita ingat yang kita masih ada Allah. Tuhan takkan pernah tinggalkan kita kan?
Saya pernah hilang ayah tersayang. Saya pernah ditinggalkan lelaki, saya pernah ditikam oleh kawan baik saya sendiri, saya pernah rasa diri macam sampah. Tapi, saya cepat-cepat buka mata hati.
Mata hati dan bukan mata saja ye. Ahahahaha.
Hidup kita cara kita. Kalau mahu bahagia, cari cara untuk ke situ. Saya sentiasa mahu bahagia. Saya punya keluarga, walau tidak selengkap keluarga orang lain yang punya ayah. Saya terlalu bahagia walau tidak punya kakak untuk berkongsi masalah.
Ah, masalah itu hanya episode cerita. Habis satu episode, akan datang episode baru. Cheers!
p/s: Entry ini saya tujukan khas untk diri sendiri dan untuk teman yang selalu memuji saya kononnya saya tidak punya masalah. Hahahaha. Gua ada masalah juga woo tapi selalu buat bodoh. gegegege
CONTEST HIDUP BERANI UNTUK GAGAL promo sekali lagi. Alhamdulilah, pihak Denaihati telah bermurah hati menyenaraikan entri saya sebagai salah satu entri terbaik pilihan beliau. Terima kasih ya. Hehehe.
Denaihati meminta semua yang berminat , untuk mengundi pilihan mereka. Saya sengaja membuat entri berkenaan pemilihan entri terbaik hari ini. Bukan apa, saya tidak selesa dan tidak tahu untuk memancing undi sebenarnya.kehkehkeh.
Saya lebih suka korang semua memilih entri saya sekiranya korang betul-betul suka dan bukannya kerana mahu menjaga hati saya. Oh, saya tidak akan selesa kalau begitu. Terpulanglah pada korang. Apa yang pasti, saya telah pun membuat pilihan entri terbaik saya.
Saya sukakan cerita-cerita mereka.
Entri ini saya tulis untuk memberitahu pada sesiapa yang masih tidak tahu tentang ini. Sharing is caring kan? kehkehkeh. Di bawah ini, saya akan senaraikan kesemua pencalonan untuk korang semua pilih. Cuma, untuk vote entri pilihan korang tu..silalah vote di blog Denaihati ok.
1. Beliau dan isteri asalnya bekerja di kilang. Pada suatu masa, ekonomi agak merudum, kilang banyak problem. Mereka berbincang dan bersepakat untuk berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri. Satu tindakan berani gagal!
. Kawan-kawan banyak pertikaikan keputusan mereka . Ada yang kata kalau kerja kat kilang lama sikit lagi untung-untung naik pangkat jadi supervisor. Tapi matdi dan isteri buat dek aje. Baca kisah menarik ini @ Zul’s Blog.
2. Namun, kerap kali saya ditanya oleh belia muda…apakah yang penting untuk berjaya dalam kehidupan? Saya kerap kata: “Selagi anda belum mati, selagi anda tidak terperangkap dalam najis dadah, selagi anda tidak hamil luar nikah dan terpaksa tamat pekerjaan untuk mengasuh anak, tak ada banyak-banyak yang boleh menghalang anda! Dan juga, kalau kamu belum 25 tahun lagi jangan risau terlalu banyak! Masih ada banyak peluang untuk anda.” Baca pengalaman menarik ini @ Josh Lim.
3. Awalnya ke terasa sepi…di akhirnya ku tertawan, ku ubah cara… ku tunjukkan jalan moga dicontohi, walau ada ketikanya aku kantoi, kantoi bukan bermakna tewas, tapi sebenarnya aku lemas, ada masanya aku cemas…ku gagahi ku lawan, kerna Hidupku berani untuk gagal, seketika ku lihat…wah!!! hebat ideanya memang kreatif… ku biar, harapanku semua yang lain turut teruja…dan menjadi ikutan. Baca sajak Berani Untu Gagal @ YangBaik.
4. Pernahkah anda mengalami hal yang sama? Marilah kita melihat realiti kehidupan. Setiap orang pernah mengalami kekecewaan dan kegagalan dalam hidup. Bahkan kadangkala semuanya akan datang sekaligus menimpa seseorang. Kalau sudah demikian, kita merasa dunia seakan musnah. Hidup menjadi terasa berat dan seperti memikul beban yang tinggi. Biasanya banyak orang kemudian melihat segala sesuatu itu dari segi negatif. Bagaimana untuk bangkit kembali @ MyAdha.
5. So, no wonder la ramai orang kita (orang Melayu) lebih gemar memegang prinsip tunggu dan lihat daripada mencuba kerana sesungguhnya mereka tidak sanggup menanggung risiko atau HIDUP tidak BERANI UNTUK GAGAL. Tapi yang pasti, bila dah lihat orang lain berjaya daripada prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL tadi, barulah orang kita terhegeh-hegeh nak minta itu ini dari usaha orang lain. Senang cakap, orang kita hanya tahu nak ambil jalan mudah saja. Baca motivasi selanjutnya @ Azizwan.com.
6. Perasaan takut untuk gagal wujud dalam diri anda? Hakikatnya, perasaan takut untuk gagal itu sentiasa wujud untuk semua insan. dan itu adalah perasaan yang sangat normal! jika anda berasa takut, anda harus yakinkan diri anda dan sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi segala pancaroba yang akan dilalui dalam kehidupan seharian. Baca motivasi selanjutnya @ Ini Blog Neyra.
7. Kisah Saudara Ariff yang gagal melanjutkan pelajaran di Universiti pilihan yang akhirnya dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke Russia. Baca kisah beliau @ Blog Ariff.
8. Sajak Hidup Berani Untuk Gagal nukilan pelajar darjah 1 @ Aku dan Kamu.
9. Gagal….Manusia malu menyebut gagal…manusia malu bertemu gagal..dan manusia amat takut jika GAGAL…Gagal merupakan suatu suasana yang tercipta apabila makhluk yang menghajati sesuatu namun tidak kesampaian…kesian….Motivasi yang menarik @ Teratak Maya.
10. Bila anaknya lahir, seorang ibu tetap memberinya susu, walaupun mungkin ada suara2 sumbang menyatakan “Alah, bagi je la susu formula, susu kami bukannya ada/tak cukup!”. Disebabkan semangat hidup berani untuk gagal, si ibu itu cuba jugak untuk menyusukan, dan walaupun disahkan menghidap masalah seperti PCOS dan sebagainya, dia terus berusaha memberi yang terbaik untuk anaknya. Bukan terus mengalah. Baca kisah menarik peranan ibubapa @ MySuperkids.
11. Untuk pengetahuan, beberapa hari lalu aku telah dreject oleh Miss I yang sangat hot.. beberapa jam jugak la aku frust.. tapi hidup tetap kena terus.. tapi aku agak berpuas hati.. sebab kali ini aku direject secara terhormat.. walaupun tiada sebab yang spesifik kenapa aku direject, tapi lebih baik daripada tiada respon langsung dan buat aku macam tergantung tak bertali..Baca kisah benar ini @ Topotato.
12. Bukan melayu je yang mudah lupa,cina india semua sama. Tapi jarang gua tengok cina yang run bisnes main main. Biarpun bisnes mereka tu tak la bagus mana, tapi komitmen terhadap bisnes memang tinggi. Mereka HIDUP BERANI UNTUK GAGAL , berani untuk explore benda benda baru. Baca kisah kegagalan berniaga @ TengkuAizat.
13. Tipu la kalau aku cakap aku tak pernah gagal kan. Semua orang pernah mengalami kegagalan tiada yang terlepas dari tidak berjaya mencapai hajat. Tahun 2007 adalah tahun hitam bagi aku, selepas 2 tahun setengah ambil A-Level untuk ke Jerman aku gagal memenuhi hasrat mak bapak aku. Aku gagal memenuhi syarat kelayakan MARA untuk fly ke Jerman. Baca kisah benar ini @ MohdHafizul dot com.
14. Gagal, tewas, kalah dan tumpas. Bagi mereka yang kental hatinya mereka tidak akan pernah mengalah untuk menempuhi kegagalan itu kerana bagi mereka hadiah paling bermakna adalah kejayaan yang menanti mereka kelak. Mereka yang pernah gagal pasti akan mengakui bahawa kegagalan itu merupakan pengalaman serta pengajaran untuk mereka terus maju ke depan. Bacakisah selanjutnya @ Oh! Blur.
15. Kawan aku. Azli bin Mahathir (bukan nama sebenar) Gagal dalam perniagaan simen. Ditipu oleh kontraktor. Dipinggirkan dari kawan rapat. Dia dihina. Di tinggalkan isteri. Di hina oleh bekas mak mertua. Di benci masyarakat sekeliling. Dia reda. Dia tabah. Baca kisah menarik ini @ EarnCent.com.
16. Failure teach us one of the most precious lesson in the world. Nothing comes without pain. There is no good without bad, there is no black without white, there is no dark without day. Failure happens to everyone, but it varies based on individuals. Banyak ILMU yang boleh dapat @ Adiaz’s World.
17. Hidup kami memang agak sempit pada awalnya. Sukar untuk menyediakan keperluan anak. Seingat saya hanya selepas anak berusia 1 bulan baru saya mampu membeli buaian. Baca kisah yang menyentuh hati @ Kulanzsalleh.
18. Tatkala azan Subuh berkumandang, semestinya ramai yang masih bergantayangan atau hibernasi [baca : tido]. “Marilah kita solat”.”Marilah kita menuju kejayaan”. Sucinya Islam, di pagi hari lagi telah menyeru kita supaya menuju kajayaan. Akan tetapi, masih ramai yang tidak mensyukuri setiap pamberianNya. Tersentuh hati aku membaca entri @ HBZ.
19. Sesungguhnya, kegagalan yang pertama itu akan mengajar kita bagaimana untuk kita mengejar cita – cita. Tanpa kegagalan, engkau tidak akan tahu erti kesusahan, kepayahan dan kenikmatan. Kegagalan juga sebenarnya adalah satu kuasa yang mampu mengubah tahap keberanian kau kepada lebih tinggi dan cekal. Motivasi yang mesti dibaca @ Hans.
20. Hidup Ada pasang surutnya, Ada persembahan Ada kurnia, Ada rotan Ada duri, Ada rupa Ada harga seperti Angin berputar, ombak bersabung ; Elok Buruk dan Busuk Hanyir. Banyak lagi kata-kata semangat @ Bicara Santai.
21. Ada dikalangan pasangan zaman sekarang sudah cepat mengalah dalam proses mendapatkan zuriat. walaupun terdapat pelbagai teknik dan juga teknologi canggih yang berada dipasaran sekarang ni, ada dikalangan mereka tidak berani untuk mencuba dan tak berani handak mempelbagaikan usaha untuk mencapai apa yang mereka inginkan. Best juga kalau baca ni @ Luxh Textile.
22. You see, last week i was feeling a bit down due to one major project. It was a project that had taken almost 4 years to prepare with constant changing and refining . At the end, I passed or should i say fail on 60% score-mark. Baca kisah seterusnya @ RestnRileks.
23. Setiap hari ibu mengingatkan saya tentang prinsip hidup lawannya mati. Setiap langkah yang sukar, pasti ada imbalannya nanti. Prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL perlu saya teruskan juga. Berbekalkan kata-kata ibu, saya semakin yakin dengan prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang saya pernah pegang separuh jalan. Baca kisah seterusnya @ LizaRazak.com.
24. Pernahkah anda ketawa apabila anda mengalami GAGAL? Biar kita hidup untuk berani menghadapi kegagalan. Dan insyaALLAH kejayaan yang menyusul selepas itu adalah sangat manis. Kejayaan seseorang itu hanya akan menjadi lazat setelah dia menghadapi kegagalan. Baca seterusnya kisah @ Lady Nass.
25. Aku seorang ibu tunggal muda yang berkerja biasa-biasa. Join bisnes MLM, trading, dan macam-macam sebab aku nak ubah nasib keluarga yang memang susah dari dulu. Baca kisah seterusnya @ Aku Wanita Biasa.
26. Aku merupakan anak sulung dalam 6 beradik. Kehidupan ku susah. Ayah hanya seorang nelayan pesisir pantai. Ummi seorang suri rumah. Namun itu tidak menjadi penghalang kepada aku untuk berjaya. Ayah dan ummi sentiasa berusaha untuk menyekolahkan aku walaupun kami kesempitan hidup dan wang. Baca kisah yang menyentuh hati ini @ Imagination.
27. “Ma, kalau saya pulang tinggal nama, mohon ikhlaskan dan, ampuni segala dosa dan salah saya.” Itulah kalimat terakhir, ketika aku mencium tangan Mamaku saat hendak berangkat ke Jakarta menuju proses untuk ke Malaysia. Mamaku terlihat tegar. Meskipun aku yakin, hatinya sudah berinai air mata. Baca kisah dari Indonesia @ Anazkia.
28. Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Kegagalan tak pernah diundang.Namun kegagalan datang jua. Kenapa kegagalan datang walaupun kita tidak menjemputnya? Kerana manusia itu lemah.Manusia perlu penggantungan kepadaNya. Mungkin juga kerana Usaha yang tidak mencukupi menyebabkan gagal itu datang. Baca seterusnya @ Kemanarahkita.
Selamat membuat pilihan di saat akhir! hehehe.
Tarikh tamat untuk pemilihan adalah jam 11:59 pm , 7 Februari 2010.
Siapa Punya Blog?
Empunya blog ini bernama Lizz. Tiada istimewa kalau dilihat dengan mata kasar, tetapi punya kehebatan tersendiri untuk meneruskan hidup. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!
Komen Kamu
- aus on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- kertaz on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- rohaizad on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- Lizz on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- Lizz on Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
Cerita Baru
- Lelaki Memilih Pasangan Wanita Daripada Segi Apa?
- Adakah Innity Sesuai Untuk Blog Anda?
- Haram Ke Kalau Kita Berkawan Dengan Pengkid?
- Bukan Senang Nak Suruh Saya Jawab Tag. Kali ini Mello Berjaya!
- Entry Khas Untuk Geng Blogger Yang Superb!
Cerita Panas Sikit
- 100% HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
- 94% CLOSED ~ Contest: Menangi wang RM50
- 92% Sticky note: Contest 3 in 1 for you-closed
- 65% Tips menjadi blogger yang bermoral
- 63% Earnings Nuffnang bertambah lagi!
- 59% Your lover cheated, forgive him/her or say bye bye?
- 51% Permohonan Maaf AdukaTaruna Kepada Rakyat Malaysia, Saya Terima!
- 50% Kenapa lelaki je yang banyak keluar modal waktu dating?
- 48% Perempuan akan nampak manis kalau ada 5 perkara ni
- 48% Part time job
FOLLOW ME
Hal Penting


