Ada Jual Lagi Tak Ubat Kanser DS Factor?

Maafkanlah tuan blog ini yang selalu sangat mungkir janji. Konon nak rajin update blog, tapi rajin tu cuma tinggal kenangan saja. Saya rajin buka gmail, dan rajin juga terbaca email orang nak buat tempahan ubat kanser DS FACTOR yang saya pernah kongsikan di sini. Tapi, maaflah sebab sibuk sampai tak sempat nak reply.

Hari ini saya sudah balas semua email berkaitan. Ada yang nak tahu khasiat ubat kanser DS FACTOR ni, ada juga yang tanya tentang keberkesanan ubat ni (jawapan sama je, kita sekadar berusaha. Allah yang izinkan okay) dan ada juga yang jenis tak banyak tanya, terus order. Walaupun harga agak mahal, tapi saya yakin semua sudah sedia maklum. Kalau buat rawatan di hospital, lagi double triple mahal. Setuju?

Okay, jadi entry kali ini saya cuma nak beritahu yang kalau ada yang nak order UBAT KANSER DS FACTOR ni, boleh terus email saya di lizarazak84[at]gmail.com dan kalau boleh letak “subject” email tu DS FACTOR besar-besar ya. Macam saya katakan tadi, saya sibuk. Jadi, kalau ada masa baca email pun, saya akan utamakan email yang penting-penting saja (mak cakap, menolong orang tu penting)

Okay, semua sudah sedia maklum ke belum? Saya sekarang ni tengah angau tengok drama akasia terbaru #TEMANLELAKIUPAHAN lakonan mantap Siti Elizad dan hero Ungku Ismail. Jadi, saya nak sambung marathon drama ni. hahahaha! Nak join? Pergi download dulu, lepas tu baru join. Okay? Good. Bye

Artikel Berkaitan