3 dalam 1 Cerita untuk Permulaan Bulan Ramadhan
15 Aug
Macam-macam peristiwa terjadi kan lately. Ribut di bazaar Ramadhan Jasin, pemergian salah seorang blogger Malaysia, kes sengal Salleh Gregor Samsa yang keliru dengan agamanya sendiri pun tak kurang hebat jugak. Fuh, baru awal puasa ni, nanti dah dekat nak raya lagilah banyak cerita sedih kes kemalangan maut pulang ke kampung pulak. Oh, tak sanggup.
Kejadian ribut di bazaar Ramadhan Jasin dan Pemergiaan seorang sahabat blogger dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini agak memberi kesan dalam life saya dan im sure pada diri korang yang lain juga. Kan? Apa tidaknya, both berlaku masa umat Islam baru saja beberapa hari menunaikan ibadah puasa.
Agak terkejut tapi semuanya dah tersurat.
Takziah saya ucapkan pada semua mangsa yang terlibat dalam kejadian ribut di bazaar Ramadhan Jasin dan mengikut sumber, dua peniaga dan seorang pengunjung bazaar Ramadhan berkenaan terbunuh, dua daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi beberapa jam selepas dimasukkan di hospital. Takziah saya ucapkan buat keluarga mangsa. Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Berita penuh tentang kejadian ini boleh lah korang baca di sini dan boleh tengok video kejadian kat bawah ni.
Takziah juga saya ucapkan pada keluarga Allahyarhamah Zaza, salah seorang rakan blogger kita semua yang telah dipanggil menghadap Illahi baru-baru ni selepas terlibat dengan 1 kemalangan jalan raya. Masa dapat tahu berita ni, saya terkejut sangat sebab jujurnya saya baru sangat-sangat usha blog arwah. Sebelum ni, saya tak pernah berpeluang kenal pun sebab blogger pun bukannya sikit kan? huhuhu.
Itu yang bila terbaca hal pemergian arwah buat saya mengucap panjang. Selalu macam tu kan? Baru nak kenal atau baru nak cuba dekat, “sesuatu/seseorang” tu akan tinggalkan kita. So sad. Lagi-lagi pula, bila saya baca entry arwah yang seolah tahu yang dirinya akan “pergi” tinggalkan kita. Tanda dah ada, tapi tak ada sapa yang perasan kan? Sedekahkah Al-Fatihah buat arwah ya. Mudah-mudahan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin. Info lanjut, boleh korang baca di blog ini dan kalau mahu,jengah saja ke blog arwah Zaza sendiri di sini
Untuk kes Salleh Gregor Samsa ni saya tak tahu nak ucapkan apa. Nak ucap takziah juga kang nampak macam doakanbeliau meninggal pulak kan.hohoho. Apa saja, tapi untuk sesiapa yang still ketinggalan keretapi Tanah Melayu (hahahaha!). Salleh Gregor Samsa dan selepas ini saya sebutkan sebagai SGS dan bukan GCB ye ialah seorang manusia yang telah mempermainkan hukum berpuasa. Bolehlah korang berhibur sambil hentak kaki membaca diskusi “kurang bijak” SGS dalam imej bawah ini ok.
Dah baca diskusi “kurang bijak” si SGS tu? Ok, sekarang bolehlah beri komen yang bijak-bijak untuk beliau. hahahaha! Simpati sangat dengan orang macam ni. Dia hampir terlupa siapa diri dia jika bukan Allah S.W.T yang berkehendak menjadikannya di dunia ni. Dia terlupa yang hidup mati dia di tangan Allah yang berkuasa. Dia memang manusia yang tidak tahu bersyukur pada tanggapan saya dan untuk itu, saya ucapkan salam PEMALANGAN untuk dia. maceh.
Boleh baca entry-entry blogger lain berkaitan kes SGS ni di blog mofasad, ohtidak dan Rohaizad
Mudah-mudahan,kita semua dapat ikhtibar dan sedikit pengajaran dengan apa saja yang telah berlaku sekeliling kita ok. Ajal maut itu boleh datang menjemput bila-bila masa saja. Beringatlah (untuk saya yang hina ni jugak) sebelum terlambat dan selalulah berbangga menjadi manusia yang beragama ISLAM!





