seo
Tag Archives: 1 malaysia

Jom Share!! Korang Sambut Raya Haji Macam Mana??

16 Nov

Salam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha untuk semua muslim!!! Alhamdulilah, dapat lagi merasa beraya haji untuk tahun ni kan? Tapi, rasanya ramai tahu, yang kalau dekat Malaysia ni. Bukan semua negeri yang “beriya” sambut hari raya Aidiladha ni.

Kalau hari raya Aidilfitri, tak payah nak cerita lah kan. hahahaha! Meriah woo. Entahlah, tak tahu dekat mana silap. Katanya, negeri-negeri sebelah pantai timur je yang sambut Aidiladha ni lebih sikit daripada negeri-negeri lain dekat Malaysia. Ye ke?

Ok. Kalau saya pulak. Even raya haji Aidiladha saja, tapi kami tetap sambut lebih kurang meriah jugak. Rasanya macam sambut Aidilfitri jugaklah. Petang raya ni, kami 1 famili akan berkumpul dan yang  girl masak-masak untuk esok. Lodeh, nasi himpit, ayam masak merah, kari daging semua mesti ada.

Woi beraya woii!! Mestilah ada food. hahahahaha!!! Yummy! Tak sabar nak masak later.

Sebelah malam pulak, semua berkumpul and layan tv. Al-maklumlah, malam-malam raya ni memang melimbun lah drama dekat tv kan?? Paling hebat si Astro. Cerita yang dah main 30 kali pun, dia tayang lagi. bahahaha!!! woot.

Yang best tu, sambil layan tv. Sambil makan lauk pauk yang dah siap. Awal gilak makan, tak sabar tunggu esok kitaorang ni.muahahahaha! Best bila makan ramai-ramai ni. Kalau ada arwah dad dulu, fuhhh. Mesti lah meriah!!! Aww, i missed him. hehehehe

Ok. Cerita pagi raya pulak. Well, adatlah. Time-time raya ni, we all 1 family memang wajib pergi ziarah kubur insan-insan tersayang dah lama meninggal kami. Even dah berpuluh tahun sekalipun, my mom memang dah didik pergi ziarah kubur since kecil lagi. (sumpah, my mom lah manusia yang banyak ajar tentang hidup dan mati.Shes said, kita hidup lawannya mati. Kalau kita selalu ziarah kubur orang,nanti InsyaAllah bila kita yang berada dalam tanah tu, orang pulak akan ziarah. Thnx mom!!!)

So, pagi-pagi lepas sembahyang raya. We all 1 family pergi ziarah kubur arwah dad, kakak and atok. 3 kubur, maksudnya 3 yasin. Senonoh tak senonoh, saya tetap nak jujur. Penat jugak!!hehehe. Tapi, niat nak bersedekah doa yasin tu, kena gagahkan lah. Kadang-kadang, kesian tengok orang yang datang kubur tapi just bawa bunga je.

Tapi, lets think positif tentang orang. Mungkin dia tak tahu jawi. Mungkin jugak dia dari tempat jauh dan terlupa bawa yasin. Kalau betul yang itu tak apa. Tapi, saya cukup terkedu kalau tengok orang ziarah kubur dengan seluar jeans bagai. Kita boleh bezakan orang yang “terpaksa” dengan “sengaja” buat ni. Segila-gila saya, alhamdulilah. Thanks to my mom yang memang super garang bab agama.

Shes told me dulu-dulu. (Ini time free hair terus. Now, still on off tudung jugak lah. Masih belajar). Adab kena jaga. Tahu bezakan tempat yang kita nak pergi. If selalu tak pakai baju kurung, tudung. Suka hati. Tapi, kalau pergi tempat yang “lebih elok” bertutup. Tutuplah sekadar yang mampu. Comel kan mak saya?? hehehe.

Ok. enuff hal kubur. Next, biasanya lepas habis 3 kubur tu. We all akan pergi beraya ke rumah family kakak ipar. Cool tak, rumah diorang seberang jalan dari kubur tu. hahahaha! Makan time!!! Nasi beriyani biasanya. yummy!!! I cant wait for tomorrow.yeah!!!

Then, balik rumah. Kitaorang ni tak ramai saudara sedarah dekat Malaysia ni. So sadis kan? Itu yang bila raya Aidifitri, masing-masing cabut berayadi Brunei. Dekat sana, memang meriah habis!!!!! Ramai saudara. Tapi, kalau raya haji ni, tak lah ke sana lagi. Biasanya, depends lah. Tapi, tahun ni. InsyaAllah. Esok lepas ziarah kubur we all gerak ke Singapore to meet saudara. Yay!!!! Hope kami tak berebut parking dengan rakyat Singapore.muahahaha!!

Oklah. enuff kot membebel. Korang lak sambut raya haji camner ek? Sama ke tak macam we all? Ke tak sambut at all? Ada masak-masak tak? Lauk apa, please share with us!!!hehehe. Oh ya, tumbang korban berapa ekor kali ni? We all, insyaAllah buat Qiqah untuk adik lelaki saya. Dia je yang belum!! hahahahaha!! So, share ar!!!!hehehehe

Perlu Ke Nak Guna Lebih Daripada 1 Mobile Phone Lines Ek?

20 Oct

Hah!!! Agak-agak topik kali ni ada terkena batang hidung sendiri tak? Ehem. Saya mengaku awal-awal lah. Memang 100% terkena 1 badan. hahahaha!!! Oh yes, currently saya ada 2 line handphone. Digi dan Maxis. Ahaks!!! How about you guys???

Alah, santai lah. Share je. hehehe.

Bukan apa, kadang-kadang saya terfikir jugak. Kenapa lah buang-buang duit kan nak pakai sampai 2 line phones kan? Kalau dah kata 2 lines tu, sah-sah lah ada 2 handphones… Iya dak??? Kalau macam tu, bukan takat buang duit beli simcard. Tapi, buang duit nak kena beli 2 handphones pulak dah. Erk. Itu kalau sayalah.

Kalau korang yang ada 3, 4 or maybe lagi banyak lines macam mana pulak???hahahaha!!! Ada berapa banyak pulak handphone korang nak beli? -__-

Beli simcards and buy more than 1 handphones tu satu hal kan? Tapi, ada 1 lagi hal yang buat saya terfikir. Macam mana nak bawak semua handphones tu? If saya, ada 2 handphones. So, oklah kot. Masih boleh larat lagi nak pegang sana sini. Masuk poket seluar jeans pun boleh lah. Tapi, kalau ada 3 or 4 handphones….nak letak dekat mana???? Ada special bag ke untuk simpan handphones tu???hehehehe

Aww. Itu maybe antara issues lah kot yang saya terfikir kalau bab topik ni. Agak-agaklah kan, apa alasan korang ek sampai nak ada lebih daripada 1 line phones???? Perlu ke? Adakah sebab tuntutan atau kehendak diri sendiri yang mengada-ngada? Penting sangat ke????

Agak-agak apa alasan korang ek? Kalau saya, jujur saja eh. Oleh kerana saya seorang blogger. So, saya ada kawan-kawan virtual which is saya tak pernah jumpa pun. So, ada sedikit rasa tak berapa nak percaya if saja-saja nak share no phone yang saya guna untuk keep in touch dengan family and kawan-kawan lain.

Al-maklum lah. Kita ni kena sediakan payung sebelum hujan.hahahaha! Bukan bermaksud saya nak kata kawan-kawan virtual ni tak boleh dipercayai tapi for me tak salah kalau kita nak berhati-hati kan? So, kalau in case, macam ada kawan-kawan virtual yang “main-main” or kacau. Senanglah saya abaikan aja phone tu. Tak perlulah saya nak risau kot-kot family ada contact ke ape kan? Cuz family ada 1 line yang special. hahahaha!!!

Itu reason saya. Seriously sebab privacy je kot. So, kalau korang macam mana pulak??? Adakah sebab untuk urusan kerja korang perlukan 1 line, urusan family dan teman terdekat korang perlukan 1 lagi line phone, dan untuk sesi mengorat ada 1 lagi line phone????hahahahahha!!!! Jom share!!!

Pembentangan Bajet 2011- Anda Puas Hati?

16 Oct

Pembentangan Bajet 2011 dan selamat berlangsung. Keputusan pun dah diumumkan. Dibawah ini merupakan laporan penuh Pembentangan Bajet 2011 yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak. Jom kita layan laporan Pembentangan Bajet 2011 ni sesama jom!!!!  *sila baca p/s tu nanti ok*

Laporan terkini/langsung Pembentangan Bajet 2010. Antara Ringkasan/Intipati Bajet 2011 adalah :


1) Malaysia sudah pulih dari kemelesetan ekonomi negara dengan KDNK berkembang kepada 9.5 peratus bagi tempoh separuh pertama 2010 berbanding tempoh sama tahun lalu.

2) Bursa Malaysia mencatatkan 1,496 mata pd 14 Oktober 2010 iaitu indeks tertinggi sejak 2008

3) Peningkatan 11% menjadikan mata wang ringgit antara yang paling kukuh di rantau ini.

4) Swasta perlu sahut cabaran untuk jadi peneraju pertumbuhan ekonomi. Berani menanggung risiko dan merebut peluang. Kerajaan akan menyediakan ekosistem yang sesuai untuk diterjemahkan

5) Peranan swasta berimpak tinggi 1Malaysia Development Malaysia bersama sebuah syarikat di Abu Dhabi akan membina sebuah pusat kewangan Islam di Kuala Lumpur (KLIF). Kerajaan akan sediakan pelbagai insentif bagi menarik pelabur melabur di KLIF

6) Projek MRT akan dibina bagi meningkatkan jaringan di Lembah Klang kerana ia akan dirangkaikan dengan mod pengangkutan lain termasuk bas dan teksi

7) KWSP akan membina pelbagai prasarana perumahan negara dengan nilai RM10 bilion dalam tempoh sehingga 2020

8 ) Projek bersepadu dibina dengan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara serta membina sebuah menara 100 tingkat

9) GLIC akan kurangkan pegangan saham syarikat Bursa Malaysia bagi meningkatkan kecairan ekonomi negara.

10) Yayasan Hartanah Bumiputera akan berikan peluang kepada bumiputera untuk miliki hartanah komersial di bandar-bandar utama. Ini bagi mengingkatkan kepemilikan hartanah komersial di kalangan bumiputera

11) Kerajaan tambah peruntukan sebanyak RM146 juta untuk meningkatkan lagi aktiviti hiliran.

12) Taraf perintis dan elaun cukai pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga, pengecualian duti import, pengecualian duti import dan eksais dilanjutkan kepada kenderaan hibrid.

13)Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020 ( WARISAN MERDEKA : SATU LAGI PENCAKAR LANGIT DI KUALA LUMPUR )

14) Peruntukan RM3.8 bilion untuk sektor pertanianP/s : Akan cuba diupdatekan dari masa ke semasa sekiranya berkesempatan.

15) KWSP KINI BOLEH LABUR HINGGA 20 PERATUS DALAM PASARAN LUAR NEGARA

16) Sektor pelancongan – 1) peruntuk RM85 juta untuk sedia kemudahan infrastruktur utk bina hotel dan penginapan di luar bandar 2) pejalan kaki berbumbung sekitar KLCC – Bukit Bintang 3) susun semula jabatan penerbangan awam

17) Dewan gamat seketika apabila duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam dimansuhkan.

18) Cukai jualan telefon bimbit dikecualikan cukai jualan…ke atas semua jenis telefon bimbit

19) Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit

20) UNIK akan ditubuh di bawah JPM untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan tempatan

21) Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

22) Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

23) RM213 juta diperuntuk untuk mengangkat tinggi bahasa Malaysia dan mempersada Bahasa Inggeris. Akan ambil guru jati daripada luar negara untuk pertingkat bahasa Inggeris

24) Kerajaan akan menubuhkan Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri

25) Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk kaji tentang gaji termasuk gaji minimum.

26) Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan berbanding RM300 hingga RM400. Gaji tersebut termasuk elaun akan melebihi RM1000 sebulan. Ia bermulai 1 Januari 2011.

27) Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon konvensional untuk memenuhi permintaan pelabur runcit terhadap pelaburan pendapatan tetap untuk meningkatkan kerancakan pasaran bon

28) 40 taska dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, 90 hari cuti bersalin.

29) Kerajaan akan melaksanakan Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka mulai Jun 2011

30) RM1.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk pelbagai program kebajikan. Termasuk program kebajikan warga emas yang dijangka meningkat 15% berbanding seluruh penduduk negara, bantuan kepada OKU …

31) Rebet bil elektrik di bawah RM20 sebulan akan diteruskan dengan peruntukan RM150 juta

32) Pelepasan cukai ke atas ibu bapa, rawatan di nursing home dan pergigian, cadangan diperluaskan seperti bayaran gaji pembantu khusus, keperluan harian lain seperti lampin pakai buang, selain pelepasan cukai RM5,000.

33) Pembeli rumah dapat pinjaman 100 peratus kepada mereka yang berpendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM3,000 untuk pembelian rumah pertama

34) Penduduk luar bandar RM6.9 bilion disediakan utk sediakan kemudahan asas di luar bandar termasuk naik taraf jalan di Sabah dan Sarawak, bekalan air dan elektrik di Sabah dan Sarawak serta Semenanjung

35) Harga barang – Kerajaan akan wujudkan portal interaktif untuk rakyat mengetahui perkembangan terkini harga barang melalui internet dan SMS

36) : Kerajaan akan teruskan projek PIA/PIAS dengan peruntukan RM500 juta. Baik pulih kemudahan awam, pendawaian semula dll. Pelaksanaan projek seperti ini akan bantu kontraktor kelas F di seluruh negara

37)Elaun Pengerusi JKKK dan JKKP, tok batin, pengerusi kampung baru dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa kini. Elaun kehadiran mesyuarat dinaikkan daripada RM30 kepada RM50

38) Elaun bulanan imam dinaikkan daripada RM400 kepada RM750 manakala imbuhan guru KAFA daripada RM500 kepada RM800 sebulan bermula Januari 2011

39) Kadar tol 4 lebuh raya PLUS tak akan naik untuk tempoh 5 tahun bermula serta merta

40) 25 klinik 1Malaysia akan ditambah lagi

41) Kerajaan setuju mansuhkan sistem penilaian kecekapan awam dan diganti dengan sistem penilaian yang lebih sesuai menjelang Jun 2011

42) PERUNTUKKAN RM365 JUTA UNTUK PENYELIDIKAN DAN PENGANJURAN SUKAN

43) Naikkan had pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM300,000 pada masa kini untuk kakitangan kerajaan

44) Kerajaan memperuntukkan RM350 juta untuk melaksanakan pelbagai program membanteras jenayah dalam usaha mewujudkan persekitaran selamat di negara ini

45) RM6.9 BILION UNTUK INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR

Credit to : Donnyien.com

p/s: Persoalannya…adakah korang semua berpuas hati dengan laporan Bajet 2011 ni???? Saya tak!!! Sebab sedih tol tak freeeeee terus.hahahahaha!!!! So, korang amacam?? Part mana yang korang rasa puas hati dan part mana yang rasa macam INI TIDAK ADIL!!! hahahaha

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.