seo
Archive | Video RSS feed for this section

Solat Istikharah Mohon Petunjuk Cinta?

4 Apr

solat istikharah

Solat Istikharah, solat sunat untuk yang bercinta saja ke? Solat Istikharah bukan untuk keperluan itu saja. Solat Istikharah meluas sangat penggunaannya. Untuk yang tahu.

Tapi, saya bukan nak tulis pasal keistimewaan Solat Istikharah kali ni. Mungkin lain kali, saya panjangkan lagi tajuk solat sunat yang istimewa ni ok. Kali ni, saya cuma nak berkongsi 1 video yang agak santai untuk kita dengar sama-sama. Santai sebab melodi lagu ni sumpah menenangkan.

Ada kaitan lagu ni dengan Solat Istikharah. hehehe!!! Tajuk lagu pun Istikharah Cinta. Ohoi!!! Kenapa tiba-tiba saya suka layan lagu macam ni? Hmm, haruslah ada sebab. Apa?

Saya tengah nak ingatkan muka siapa yang keluar dalam mimpi saya waktu saya buat Solat Istikharah masa di Madinah tempohari. hahahah!!!! Okbyeeee :P

 

Istikharah Cinta

Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do’a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Cuba korang dengar lagu  Istikharah Cinta ni. Mendalam kan maksud lirik lagu ni. Hari tu saya ada tanya dekat Facebook saya (Liza Razak) 1 soalan ni “berapa ramai yang lakukan Solat Istikharah sebelum bernikah” tapi tak ramai yang jawab.

Mungkin mereka malu atau tak berani nak jawab, wallahualam.

Korang rasa, Solat Istikharah ni “wajib” ke tidak kita lakukan sebelum mengahwini seseorang? Ada tak yang tak nak buat solat sunat ni dengan alasan, TAKUT nak terima kenyataaan dan saya mohon bantuan (kalau sudi) boleh tak sesiapa yang arif. Terangkan. Petunjuk-petunjuk yang macam mana Allah akan berikan pada kita ya?

VANILLA COKLAT 10 PUNYA PENANGAN

14 Mar

vanilla coklat 10

VANILLA COKLAT 10 punya penangan kemain hebat ya. Search Vanilla Coklat 10 dekat Google sekarang, tengok results please. Masa saya buat carian, keyword Vanilla Coklat 10 ini ada 2,080,000 results!!

Banyak ok jumlah 2,080,000 ni bukan 1 nilai yang sikit. Kemainlah ramai yang mengikuti Drama Vanilla Coklat ni rupanya. Mahu tahulah kan, semalam kan episod akhir drama ni. Pergh!!! meria betul laman Twitter dengan hashtag #VanillaCoklat dekat timeline. hahahahaha!!!!

Saya cuma menonton Drama Vanilla Coklat Episod 1 je. Kurang sopan kan? Jadi, saya kurang pasti best sangat ke episod 10 drama ni yang sampai keyword VANILLA COKLAT 10 ni kemain panas. hahahaha!!! Sebenarnya, drama ni pada saya biasa-biasa saja. Best sangat pun tidak, tak best langsung pun tidak. Mungkin sebab saya tengok jalan cerita drama ni ada ala-ala 1 sinetron Indonesia. Tajuk sinetron tu kalau tak silap “Kawen Muda” kot. Tak ingat.

Tapi, OST Drama Vanilla Coklat TV3 ni bolehlah nak layan. tapi, hafal tu taklah. hehehehe!!! Biasa-biasa saja drama ni. Kalau ada yang kata best pun, mungkin sebab penangan pelakon-pelakon kot. Izzara Aisyah dengan Aiman tu. Nasib baik bukan Neelofa hot tu iya yang berlakon.

p/s: Sebab mereka berblogging bagaimana pulak anda?

Mahu semua lelaki tak keluar rumah mengadap tv. hahahaha!!!! Ok, disebabkan entry ni saya sengaja taip sebab nak tunjuk betapa terornya penangan keyword VANILLA COKLAT 10 ni, jadi haruslah saya tidak akan buat review pasal episod akhir kan? Nak buat review macam mana, kalau tak tengok tv pun semalam. hahahaha!!!

Jadi, ada sesiapa dekat sini yang layan episod akhir Vanilla Coklat ni? Macam mana? Best ke ending drama ni? Berbaloi ikut drama ni dari awal sampai habis? Kalau tak silap, drama BFF pun dah tamat juga kan semalam? Eloklah, semua tamat serentak. hahahaha!!!!

Kalau tak silap, ada drama seram terbaru kan? Ada Iqram Dinzly berlakon. Apa tajuk drama tu? Amukan Pocong ke apa entah. Entah, sejak akhir-akhir ni terlampau banyak drama seram atau lebih tepat drama tahyul dekat tv. Rasa kurang selesa nak tengok dengan budak-budak dekat rumah.

Kita, yang dah dewasa ni bolehlah faham. Tapi, nak menonton drama tahyul dengan budak-budak tak sesuai langsung. Saya suka sebenarnya tengok drama/filem seram ni tapi bila terlampau tahyulnya tak adalah nak melayan sangat kecuali tertengok. hahahahaha!!! Tak berkembang minda kita kalau tengok cerita tahyul banyak sangat.

Ok, pada sesiapa yang nak layan VANILLA COKLAT 10 ke 11 ke sampai habis bolehlah cari je dekat youtube. Cuba search Vanilla Coklat Youtube. Ada je kot. Kalau tak pun, kalau BAIK lagi carilah link vanilla coklat download. bahahahaha!!! Bye

38 Famous People Who Converted to Islam. Bertuahnya!

23 Feb

Video 38 famous people who converted to Islam ini saya baru tonton di Youtube. hehehe! Saja nak kongsi dekat pembaca blog ni. Punyalah setiap hari mengadap youtube tapi baru hari ini tergerak hati nak tonton video 38 famous people who converted to Islam ni. Alhamdulilah, mereka semua diberi petunjuk.

Sayang Anak-Anak Tak?

islam itu indah

Selain video 38 famous people who converted to Islam ni, banyak lagi video-video menarik berkenaan orang-orang popular yang memeluk Islam. Korang yang nak tengok cuma perlu rajin jelah nak cari. hehehe!! Tapi, tak rugi pun tengok video ilmiah macam ni. Sedikit sebanyak boleh buat kita yang dilahirkan Islam ni lebih menghargai agama kita.

Kan? Kita ni manusia kena selalu ingatkan diri sendiri. Kena usaha sendiri untuk mengubah keadaan hidup masing-masing. Kita tak boleh nak duduk dan hidup terus dalam zon selesa kita ni. Selesa memang selesa, tapi selesa dekat dunia ni apalah sangat. Ada duit tapi, jiwa kita entah kemana-mana pun tak ada gunanya.

Mesti ramai yang pergi tengok filem baru dekat wayang hari ni kan? Mesti punya. Cerita lawak mesti ramai nak tengok. Gembira-gembira juga, sambil-sambil layan Adnan Sempit 2 video trailer dekat youtube ni, layanlah sekali Video 38 famous people who converted to islam ni. Sambil menyelam minum air!!

Tadi, dekat timeline Facebook saya ada yang post gambar orang bawa jenazah ke kubur. Haiya, seram sejuk bila ingat mati ni. Ajal kita entah bila kan? Semalam saya ada posted entry Lagu Terakhir Sudirman Hj Arshad, dah lama beliau tinggalkan kita tapi sebab dia banyak beri sumbangan pada Malaysia sampai sekarang nama beliau dikenang. Al-fatihah sekali lagi. Korang dah baca entry best hari ini “Blog Contest Kebaikannya

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.