seo
Archive | Video RSS feed for this section

ADNAN SEMPIT 2 VIDEO TRAILER

21 Feb

adnan sempit 2 video trailer

ADNAN SEMPIT 2 VIDEO TRAILER. Korang dah layan  trailer Adnan Sempit 2 ni? Saya dah, lepas tu gelak-gelak!! Filem Adnan Sempit 2 ni rasanya macam boleh pecah panggung. Mungkinlah. Kena tunggu 23 February 2012 ni.

Saya harap sangat Filem Adnan Sempit 2 ni best macam yang pertama dulu. Sampai sekarang pun, saya boleh ulang lagi filem yang pertama ni ok. Sumpah lawak dan rasanya ada pengajaran juga dalam filem ni. Ada pros dan cons. Ada baik buruknya. Baiknya, boleh buka sikit mata masyarakat yang selalu pandang rendah pada kedudukan mat rempit dekat Malaysia ni.

Buruknya pula, mungkin filem ni tidak berapa sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Bukan apa, risau je kanak-kanak ni pergi slumber je ikut aksi-aksi mat rempit kan?? Wooo serious bahaya kalau bab ini. Tapi, biasalah semua filem sekarang ni ada buruknya. hehehehe. Pandai-pandailah ibu bapa nak control anak-anak bila tengokfilem Adnan Sempit 2 ni ya nanti!!! hahaha!

Ok, nanti saya akan kongsikan Sinposis Adnan Sempit 2 ni. Tapi, untuk masa sekarang ni korang layanlah dulu video trailer ni ok. Saya dah layan dan memang gelihati. Ni baru trailer. hahahahaha!!!! Good lucklah untuk semua team produksi Filem Adnan Sempit 2 ni. Kalau dah ada download untuk Adnan Sempit 2 full movie mohon jasa baik bagitau.hahaha!!!

ADNAN SEMPIT 2 VIDEO TRAILER

Video Trailer ni dimuatnaik oleh pelakon filem ni juga iaitu Yana Samsudin. Korang boleh ke Fanpage Yana Samsudin sekali ya.  Kalau nak tahu perkembangan filem Adnan Sempit 2 ni dekat Facebook boleh like Fanpage Adnan Sempit 2 tapi belum banyak update lagi kot.  Oh ya, apakata korang tolong baca entry comel iPhone 4S Gadget Impian Yanmie ni dan buat apa yang patut. Dapat pahala ni. hehehehe

Maulidur Rasul 2012 Putrajaya Berselawat Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin

7 Feb

Maulidur Rasul 2012 masih lagi terasa. Kami, orang Johor memang sambut Maulidur Rasul agak lama. Berminggu-minggu. Tempat korang pula macam mana ya? Mesti sama meriah kan? Ada tak selawat, berarak, makan dalam dulang dan ceramah Maulidur Rasul bagai? Mesti ada punya!!

Sempena Maulidur Rasul 2012, TV Al-hijrah ada buat rakaman program Putrajaya Berselawat Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin kan? Saya tak berkesempatan nak tengok. Jadi, dengan gagahnya saya cari dekat Youtube dan akhirnya alhamdulilah dapat dah video program hebat ni!! hehehehe. Jemput layan ya!

maulidur rasul 2012

Putrajaya Berselawat Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin

 

Hebat tak? Budak kecil pun sama-sama berselawat. Ya Allah kalau ada anak nanti saya teringin saya nak masukkan anak-anak ke sekolah Tahfiz. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti. Sejuk perut kot dapat anak-anak macam ni. huhuhuhu!!! Kepada yang beragama Islam, Salam Maulidur Rasul 2012 ya. Jangan perkecilkan sunah-sunah Nabi kesayangan kita ;)

Mimpi Rasulullah, Video Pengalaman Dr. Haron Din Bertemu Baginda

27 Jan

Mimpi Rasulullah. Pengalaman Dr. Haron Din Bertemu Mimpi Rasulullah sangat menyentuh perasaan. Untung dapat Mimpi Rasulullah!!!! Agak-agak kita manusia biasa ni boleh ke hah dapat mimpi macam ni. Alah nak juga.

Kalau dulu, mak selalu cakap kalau kita dapat Mimpi Rasulullah, InsyaAllah kita akan dapat masuk syurga. Tak tahulah setakat mana kesahihannya tapi kalau fikir logik. Ada betulnya jugaklah kan. Tengoklah siapa pula yang bermimpi tu. Bukan calang-calang alim ulama.

Layan video pengalaman Dr. Haron Din ni Mimpi Rasulullah buat saya rasa makin sayang dan cintakan rasul kita Nabi Muhammad S.A.W. Penyayangnya baginda pada umat beliau. Beri bantuan dalam mimpi je pun boleh. Ya Allah, sebak wei sebak!!!!

Hmm, kalau cerita lebih-lebih pun tak best. Tak berguna juga. Apa kata korang layan dulu video Dr Haron Din Mimpi Rasulullah dekat bawah ni dulu ok.

Semoga perkongsian video Dr Haron Din Mimpi Rasulullah ni dapat memberi pengajaran kepada semua pembaca diblog saya yang tak seberapa ni. Rasanya dekat Facebook pun sudah ramai yang berkongsi video ni. Kan? Sebarkanlah. Perkara baik. Tak rugi. Salam Jumaat!!

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.