seo
Archive | Tutorial RSS feed for this section

Part 1: Blogger vs WordPress, Mana Satu Lebih Berkualiti?

18 Oct

Blogger vs WordPress. Topik ni kita dah biasa baca kan? Blogger, platform percuma manakala wordpress platform berbayar sebab kita perlu keluarkan kos untuk hosting. Mana satu yang lebih berkualiti ya? Blogger vs wordpress. Siapa yang menang? hahahaha!

*Hosting terbaik mengikut pengalaman saya ialah Serverfreak

Dalam entry Tonton Full Episode Drama Tahajjud Cinta Online, saya ada buka peluang untuk sesiapa tanya berkenaa blog dan nampaknya ada seorang yang bertanya tentang blogger vs wordpress. Hmm, jadi ini yang saya dapat kongsikan buat masa ini! untuk kelebihan dan kekurangan, nanti saya akan tulis entry baru.

Blogger vs WordPress


Post editor

Blogger dan wordpress keduanya membenarkan kita untuk upload gambar kan? Tapi, bezanya sekiranya korang guna blogger. Korang cuma boleh upload gambar sahaja manakala kalau korang guna wordpress dengan mudah dan pejam mata (ok,ayat nak bagi panas) boleh upload file, gambar dan lagu. hehehehe!! Best!

Themes

Themes merupakan sesuatu yang sangat penting untuk “attract” pembaca berkunjung ke blog kita. Lagi-lagi, untuk kunjungan kali pertama. Blogger, memang banyak themes yang menarik. Korang boleh cari dengan mudah sangat. WordPress pun sama, ada banyak themes percuma. Apa yang membezakan themes blogger dan WordPress? Theme wordpress jauh lebih elegan dan nampak proffesional (sesuai untuk perniagaan)

Features

Apa yang blogger dan wordpress sediakan untuk pemiliknya? Ok, simple. Blogger ada 1 je rasanya. Template designer, di mana owner dibenarkan untuk “design” sendiri theme blog ikut kesukaan diorang. Manakala, wordpress pula ada features yang SANGAT MENARIK yang mana tidak boleh didapati sekiranya korang guna blogger. Plugins! (senang hidup guna plugins wordpress ni)

Ruang Komen

Bila kita menulis entry, biasanya akan ada pembaca yang meninggalkan komen. Untuk blogger, disebabkan tak ada plugins yang boleh handle komen-komen yang masuk, kebarangkalian untuk dapat komen berbentuk SPAM tersangatlah tinggi. Tapi, kalau korang guna wordpress akan ada plugins yang kita boleh guna untuk handle komen-komen yang masuk. Sekurang-kurangnya, kalau ada “robot” yang sibuk nak  menyepam komen kita tu kiranya belum tentu lagi lepaslah.

Navigation

Setiap kali kita post entry baru di dalam blogger, ianya akan ditanda dengan  ”label” untuk memudahkan pembaca blog kan? Tapi, kalau guna wordpress pula. kita akan guna “category dan tag”. Kalau korang nak tahu, tag ni adalah sangat penting ya untuk ambil hati si Google tu. Tag=keyword biasanya sama dan sangat penting dalam elemen SEO.

statistik blog

Statistik blog adalah sangat penting kalau korang nak cari sedikit pendapatan daripada blog ok. Kiranya bukti yang kita boleh beri pada advertiser untuk menyakinkan diorang untuk beriklan diblog kita. Tapi, untuk yang ini blogger dan wordpress tak ada masalah. Cuma, kalau guna wordpress macam saya katakan tadi ada banyak plugins (saja kasi panas.hehehehe) termasuk untuk statistik ni. Just install dan selesai! Kalau blogger pula, kita perlu guna tools daripada webiste lain dan daftarkan blog kita. Tapi, biasanya features agak limited (ikut pengalaman saya)

Search Engine Google

Ok, yang ini memang saya cakap awal-awal blogger paling best. Blogger dengan Google sedarah sedaging. hahahaha! Memang agak mudah untuk “tackle” Google kalau korang guna blogger berbanding wordpress tapi rileks sebab macam saya sebut tadi, wordpress ada plugins untuk membantu.weeeee!!!! (nak menang juga!!)

Storan gambar

Heh! Blogger ada limit ya sekirannya korang nak upload gambar. Saya tak ingat berapa besar yang dia beri tapi semestinya wordpress lagi best sebab boleh upload seberapa banyak gambar as long as storan yang kita dah buy tu mencukupi lah.hehehehe!

Apa lagi ya perbezaan Blogger vs WordPress? Nanti kalau saya ingat, saya akan tambah lagi dan kalau korang ada idea nak tambah bokeh kongsi dalam ruang komen ya! Selepas ini, baru saya tulis entry berkenaan kelebihan dan kekurangan penggunaan blogger dan wordpress pula.

Kalau orang tanya saya, blogger vs wordpress siapa menang, sah-sahlah saya jawab wordpress sebab saya kan pengguna wordpress!hahahaha. Apa-apapun, untuk pengguna wordpress mungkin boleh baca entry tips penting untuk pengguna wordpress

P/S: Dah habis baca entry blogger vs wordpress? Ok, bolehlah baca entry hangat hari ini iaitu Top 10 Outgoing Links September 2011, (Gambar) MyKad Baru Tahun 2012 dan Blogger Cabar MP Shah Alam Bertumbuk!

Semak Saman Trafik Secara SMS, Online dan Email

17 Oct

Semak saman trafik? Kenapa tiba-tiba saya suruh semak saman trafik ya? hahaha! Saja, apa salahnya semak saman trafik kita sendiri kan? Biarlah tahu sekarang daripada tahu kemudian tapi waktu tu hutang dah melimbun.

Jangan jadi macam saya tahun lepas. Lambat semak saman trafik, lepas tu sekali saya semak. Itu dia ada RM600! hahahahaha! Entah bila masa saya buat salah atas jalan raya agaknya. Mungkin polis trafik tu buat lawak agaknya. hehehehe (Banyaklah kau punya buat lawak)

Alah, semak saman trafik korang ya. Salah tetap salah, hutang tetap hutang. Jadi, perlu dibayar. Lagi-lagi kalau kita ni orang Islam, hutang wajib bayar. Shopping sakan boleh, hutang atas kesalahan sendiri kedekut pula nak bayar. heh! Oh ya, kepada umat islam yang ingin melakukan ibadah Qurban sambil beramal untuk rakyat Kemboja boleh buat melalui E-Qurban ok.

Ok, malas nak tulis panjang. Dekat bawah ni, saya tunjukkan cara macam mana korang boleh semak saman trafik korang ok. Ada macam-macam cara. Korang boleh guna telefon bimbit, seman secara online di website atau minta laporan dihantar ke email pun boleh. Pilih saja! ;)

Semak  Saman Trafik  secara SMS

POLIS SAMAN< NO KAD PENGENALAN>dan hantar ke 15888 / 32728

POLIS SAMAN< NO KENDERAAN>dan hantar ke 15888 / 32728

Contoh : POLIS SAMAN WKK0043 dan hantar ke 15888 / 32728

Semak  Saman Trafik  secara Online

MyEG Services – http://www.myeg.com.my

RILEK e-Services -https://www.rilek.com.my/rilek-prod/index.php

Semak  Saman Trafik  Melalui Email .

Taip POLIS SAMAN [NO ic / No kereta] [emel] dan hantar sms ke 15888

Credit to:  Puan Bee (Cek Saman Trafik ( SMS dan Email ) dan Denaihati (Semak saman trafik online)

Hmm, saya berhutang dengan Pharmalif untuk tulis entry berkaitan blog kan? Beliau ada tanya dan kalau boleh minta saya terangkan kelebihan dan kekurangan blogspot dan wordpress. InsyaAllah, nanti saya tulis dalam minggu ini juga. Sementara ni, korang sila semak saman trafik masing-masing.hahahaha!

Informasi – Cerita Tentang Solat Dhuha

11 Oct

Dhuha secara bahasa ertinya waktu terbitnya matahari. Dhuha menurut istilah ahli fiqih bermaksud naik matahari sampai tergelincir matahari. Solat Dhuha ni bagus untuk mohon Allah murahkan rezeki kita sehari-harian ni.

Bekerja macam nak rak macam mana pun, tapi hakikatnya rezeki kita memang dah dijanjikan oleh Allah sebenarnya. Dulu, saya tak pernah buat Solat Dhuha ni. Ya, memang teruk. Nama je Islam tapi perkara simple saya abaikan.

Sebab tu rezeki tersekat-sekat. hahahaha! Saya jujur dan bukan nak pekung sendiri suka-suka. Tapi, saya sekadar nak berkongsi apa yang saya dah amalkan. Dulu, masa saya buat Umrah di Mekah tak tergerak langsung hati saya nak buat Solat Dhuha ni padahal mak setiap hari lakukannya. Belum terbuka lagi hati waktu tu agaknya.

Tapi, baru-baru ni saya macam rasa tergerak hati pula nak buat Solat Dhuha. Biasalah, kita manusia. Ada masa, saya rasa “sempit” sebab tak ada duit. Waktu tu, ada program TwtUpKaseh ke apa ntah anjuran komuniti Twitter. Saya dah terniat nak beri sikit duit tapi sampai waktu macam duit tak ada pula. Langsung tak ada duit.

Waktu tu, saya tawakal saja. Saya ambil wudhu dan lakukan Solat Dhuha ni buat pertam kalinya dalam hidup saya. (nak gelakkan silakan.hahahaha!) Niatnya 1 je. Saya nak beri sikit rezeki saya kalau Allah izinkan. Saya solat. Saya sujud dan dah selesai. Saya berdoa.

Saya pergi kerja macam biasa. Saya buka email macam biasa, tadaaa!!! Ada rezeki masuk untuk blog Lizarazak.com ni. Waktu tu saya menggigil sebab ya saya tahu inilah rezekinya yang Allah bagi sebab saya minta waktu Solat Dhuha tadi.

Alhamdulilah, walau tak banyak duit tu tapi sebahagiannya adalah milik anak-anak yatim dekat TwtUpKaseh tu. Terima kasih dekat manusia yang sudi jadi “tukang sampaikan” duit tu pada mereka. Siapa? Bukan ahli komuniti tapi kawan saya. Korang nak tahu, buat apa? Tak penting. hahahahaha!!! Dipendekkan cerita, marilah kita selalu-selalu lakukan Solat Dhuha untuk permudahkan rezeki masuk.weeeee

Saya percaya sekarang ni dan yakin seyakinnya. Rezeki Allah itu luas, dari segenap sudut. Selagi niat dan hati kita baik, untuk sesuatu perkara yang baik. Allah akan “bukakan” jalan dan rezeki untuk kita. Saya kongsi cerita simple ni bukan untuk menunjuk. Saya tak baik. Diulangi, saya tak baik. hahahaha! Tapi, saya harap dapat tolong sesiapa yang tengah dalam kesusahan sekarang ni. Pejam mata, tetapkan niat korang, ambil Wudhu dan lakukan Solat Dhuha. Allah Maha Mendengar ya.

Dekat bawah ni, saya sertakan rujukan macam mana untuk lakukan Solat Dhuha ya. Jujurnya, masa nak Solat Dhuha first time dalam hidup saya tu. Saya buka internet (Gelaklah lagi.hehehehe) saya cari rujukan dan Doa Dhuha sekali. Jangan malu untuk mulakan sesuatu yang baru dalam hidup kita ok ;)

Ruang waktu dan waktu afdal Solat Dhuha

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakan Solat Dhuha

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Video Doa Solat Dhuha dan maksud

Credit to: tunfb,  Lupee.info dan Albakri88

p/s:  Lepas Solat Dhuha, korang jangan lupa baca informasi berguna dalam blog Denaihati tentang Pesanan Sifu untuk jadi Blogger berjaya ok. Wajib baca semua komen-komen tu!! Salam takziah juga saya ucapkan buat keluarga jemaah haji yang jatuh bangunan di Madinah.

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.