seo
Archive | Tutorial RSS feed for this section

Rahsia Menulis Artikel Dalam Tempoh 20 minit

11 Jan

Rahsia Menulis Artikel Dalam Tempoh 20 minit. Lain orang, lain cara dan gaya penulisan artikel. Saya ada cara tersendiri waktu menulis. Saya yakin, korang pun sama kan? Begitu juga tempoh masa yang diperlukan untuk menaip artikel sehingga selesai sesuatu artikel itu disiarkan. Kena ada rahsia ke?

Ok, Rahsia Menulis Artikel saya tidaklah unik mana pun. Masih kategori biasa-biasa. Waktu baru-baru saya ceburkan diri dalam dunia blogging ini, saya selalu fikir bahawa semua orang boleh dan pandai menulis dengan baik. Tapi, bila lama-lama dalam dunia ini. Baru saya sedar, bukan semua manusia dilahirkan dan dianugerahkan bakat untuk menulis. Bakat nak jadi blogger paling mesra ramailah! hehehe

Alhamdulilah, saya ada sedikit bakat itu. Tak terlalu hebat, tetapi masih ditahap yang boleh diterima umum.

Menulis blog pun ada rahsianya? Eh, mestilah ada. Semua perkara mesti ada rahsia. hahaha! Banyak lagi rahsia-rahsia lain tapi kali ini saya cuma mahu berkongsi berkenaan Rahsia Menulis Artikel Dalam Tempoh 20 minit sahaja. Betul ke saya menulis artikel hanya dalam tempoh singkat ini? Ya, majoriti artikel saya.

Jadi, apa Rahsia Menulis Artikel Dalam Tempoh 20 minit tu? Ok, saya kongsikan tapi tolong jangan harapkan rahsia yang melampau lain daripada yang lain ya. Saya bukan penulis artikel yang proffesioanal.

1. Tulis isi-isi penting

Ini PALING penting. Perkara wajib saya akan lakukan. Korang cuma perlu klik saja pada “Add new post” dan senaraikan isi-isi penting untuk artikel korang tu. Format, sila abaikan.

2. Fikirkan tajuk

Ini pun penting juga. Bab pemilihan tajuk sebenarnya bergantung pada kekreatifan kita sendiri. Pastikan tajuk yang bersesuaian dengan isi-isi penting yang kita sudah senaraikan tadi. JANGAN menipu pembaca dengan tajuk cerita sensasi, tetapi sebenarnya tiada kaitan. Jujurnya, tak ramai pembaca blog suka ditipu sampai macam tu. Kalau ada ilmu SEO, boleh tunjukkan kepakaran di bahagian tajuk sekali ;)

3. Karang perenggan pengenalan artikel

Ok, next. Cuba fokus untuk hasilkan perenggan pertama. Di sebabkan kita cuma ada masa 20 minit sahaja, biasanya perenggan pertama janganlah dikarang sampai macam karangan SPM yang menyayat hati. hahaha!! “Make it short”. Tekankan tajuk artikel, dan cuba jemput pembaca untuk membaca artikel korang. Itu sahaja!!

4. Olah isi-isi penting

Kan tadi dah ada senarai isi-isi penting artikel kan? Apa saya buat? Olah isi-isi penting artikel tadi menjadi perenggan. 1 isi, 1 perenggan. Jangan masukkan 2 atau 3 isi dalam 1 perenggan. Part ini lama sikitlah. Mungkin di sini yang saya katakan tadi, BUKAN SEMUA MANUSIA mampu menulis artikel. Mungkin, tapi masih boleh belajar. Jangan putus asa!!!

5. Penutup artikel Yang berkait

Kalau tadi, waktu mengarang perenggan pengenalan saya lebih gemar menjemput pembaca blog untuk sama-sama membaca kan? Jadi, untuk bahagian penutup artikel pula, saya akan cuba sekali lagi untuk menjemput pembaca berkongsi pendapat atau apa sajalah. Konsep menulis blog pun sama macam kita melayan tetamu yang datang rumah kita. orang datang, kita jemput dan sebelum tinggalkan rumah, kita pastikan mereka rasa dihargai dengan ajak mereka bertukar-tukar pendapat.

Siap! Ok, Rahsia Menulis Artikel Dalam Tempoh 20 minit ini termasuk tempoh nak “mencantikkan” artikel ya. Kalau nak pastikan artikel tu ada gambar-gambar ke atau video ke apa, itu mungkin kena tambah masa lah kot. hahaha!! Tapi, rasanya pembaca blog saya dah tahu kot. Saya jarang letak gambar, jadi tempoh 20 minit ini biasanya cukup untuk saya sehingga klik pada “publish” . hehehe!!! So, good luck!

Untung Sampai 4 Angka Sebulan Dengan Sistem Dropship Siapa Tak Nak!

12 Dec

Fenomena Bisnes Dropship Pertama Di Malaysia! Ada sesiapa yang dah pernah dengar ke belum? Kalau belum, tak apa saya akan terangkan di sini. Chewah, ada gaya jadi tukang promote tak? hahaha!!! Benda bagus kite kena kongsi, betul tak?

Dengan hanya yuran bulanan SERENDAH RM20 je, kita dah boleh berniaga dengan Sistem Bisnes Dropship Sinar Niaga ni ok. Kalau kita nak sewa tapak jualan dekat mana-mana kedai, boleh ke dapat kadar serendah ni??? Memang tak lah kan. Huhuhuhu. Lepas tu, Sempena promosi ‘Year End Sales’ (YES) 2011 yang berlangsung sehingga 31 Disember 2011, anda hanya perlu membayar RM120 sahaja untuk permulaan. Jimat RM40!

Kemain murah!!! Rasanya, bila kita beli apa-apa produk pun mesti kita harapkan ada “extra bonus” kan?? (Akulah lah tu.hahahaha!!) So, kalau korang tempah pakej Sinar Niaga ni korang akan dapat bonus!! Apa bonus menarik tu, sila dapatkan di Website Sinar Niaga. Jangan lepaskan peluang maa!!!

fenomena bisnes dropship pertama di Malaysia

Ok, dekat sini saya kongsikan sikit macam mana sistem Sinar Niaga ni akan dijalankan. Senang sangat!! Saya beri contoh promosi melalui Facebook. Korang mesti dah ada facebook kan? Ah, memang senang buat  bisnes Dropship ni kalau kita dah ada akaun Facebook. Cuma, untuk bagi  ”clear” saya ringkaskan di sini untuk korang.

Pihak penyedia servis dropship akan memberikan anda akses kepada produk dengan harga borong. Sebagai contoh, harga borong sehelai baju ialah RM31.00 + RM7.00 kos penghantaran.

Anda menjual baju tersebut di Facebook dengan harga pasaran yang mampu anda jual. Sebagai contoh, anda menjual baju yang dengan harga pasaran iaitu RM50.00 + RM7.00 kos penghantaran. Pelanggan membuat pembayaran sebanyak RM57.00 kepada anda sedangkan anda hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM38.00 sahaja kepada pihak dropship untuk baju tersebut.

Dalam situasi perbezaan harga inilah keuntungan anda. Dalam contoh yang diberikan, anda berjaya memperolehi untung sebanyak RM57.00 – RM38.00 = RM19.00! Cukup mudah.

Mudah bukan??? Tulis banyak-banyak tapi tak ada bukti pun buang masa kan? Korang boleh teruskan bacaan mengenai Fenomena Bisnes Dropship Pertama di Malaysia ni di website Sinar Niaga. Dekat situ, korang boleh baca testimoni (bukan rekaan ya) oleh mereka yang sudah berjaya BUAT DUIT dengan Bisnes Dropship Sinar Niaga ni.

Dengar cerita Pelajar Sarjana Muda Menjana Pendapatan RM2788 Sebulan!, Saya baca, saya yang rasa nak melompat kegirangan!hahahaha!! SAYA MESTI Daftar Bisnes Dropship ni!!!!

Paling mengujakan, Otai Besar Bisnes Dropship Sinar Niaga ni iaitu Adly Mukhtar telah berkongsi pentas bersama 3 orang speaker lain bagi mengetengahkan idea kreatif masing-masing di APEC Young Entrepreneur Summit (YES) 2011 dalam sesi Creative Art dan semestinya Pakej Sinar Niaga pun dah dikongsikan bersama. 3 speaker iaitu Datin Seri Tiara Jacquelina (The Secret Life of Nora), Tuan Haji Burhanuddin (Animasi Upin & Ipin) dan Leon Tan (War Of The Worlds : Goliath)

bisnes dropship

Jangan main-main, saya memang YAKIN 100% Bisnes Dropship Sinar Niaga ni akan jadi fenomena yang luar biasa di Malaysia dan tidak lama lagi ke seluruh Asia pulak! Saya memang dah tertarik, jadi tak lama lagi saya sendiri nak join Bisnes Dropship paling mudah ni! 1 Metod bisnes yang mudah bagi mereka yang ada impian nak jadi usahawan Malaysia! Wehoo!!!

Jom ah kita sama-sama menjadi usahawan dengan bantuan Bisnes dropship Sinar Niaga ni. Diulangi, Sempena promosi ‘Year End Sales’ (YES) 2011 yang berlangsung sehingga 31 Disember 2011, cuma perlu bayar RM120 sahaja untuk permulaan. Jimat RM40! Jom Tempah sebelum promosi tamat. wahaha!!

Good luck untuk semua!!!!! Ehem, Gadget Bertuah siapa yang bertuah ya? Perhatian kepada peserta-peserta Gadget Impian by Denaihati. hehehe!!!

Part 1: Blogger vs WordPress, Mana Satu Lebih Berkualiti?

18 Oct

Blogger vs WordPress. Topik ni kita dah biasa baca kan? Blogger, platform percuma manakala wordpress platform berbayar sebab kita perlu keluarkan kos untuk hosting. Mana satu yang lebih berkualiti ya? Blogger vs wordpress. Siapa yang menang? hahahaha!

*Hosting terbaik mengikut pengalaman saya ialah Serverfreak

Dalam entry Tonton Full Episode Drama Tahajjud Cinta Online, saya ada buka peluang untuk sesiapa tanya berkenaa blog dan nampaknya ada seorang yang bertanya tentang blogger vs wordpress. Hmm, jadi ini yang saya dapat kongsikan buat masa ini! untuk kelebihan dan kekurangan, nanti saya akan tulis entry baru.

Blogger vs WordPress


Post editor

Blogger dan wordpress keduanya membenarkan kita untuk upload gambar kan? Tapi, bezanya sekiranya korang guna blogger. Korang cuma boleh upload gambar sahaja manakala kalau korang guna wordpress dengan mudah dan pejam mata (ok,ayat nak bagi panas) boleh upload file, gambar dan lagu. hehehehe!! Best!

Themes

Themes merupakan sesuatu yang sangat penting untuk “attract” pembaca berkunjung ke blog kita. Lagi-lagi, untuk kunjungan kali pertama. Blogger, memang banyak themes yang menarik. Korang boleh cari dengan mudah sangat. WordPress pun sama, ada banyak themes percuma. Apa yang membezakan themes blogger dan WordPress? Theme wordpress jauh lebih elegan dan nampak proffesional (sesuai untuk perniagaan)

Features

Apa yang blogger dan wordpress sediakan untuk pemiliknya? Ok, simple. Blogger ada 1 je rasanya. Template designer, di mana owner dibenarkan untuk “design” sendiri theme blog ikut kesukaan diorang. Manakala, wordpress pula ada features yang SANGAT MENARIK yang mana tidak boleh didapati sekiranya korang guna blogger. Plugins! (senang hidup guna plugins wordpress ni)

Ruang Komen

Bila kita menulis entry, biasanya akan ada pembaca yang meninggalkan komen. Untuk blogger, disebabkan tak ada plugins yang boleh handle komen-komen yang masuk, kebarangkalian untuk dapat komen berbentuk SPAM tersangatlah tinggi. Tapi, kalau korang guna wordpress akan ada plugins yang kita boleh guna untuk handle komen-komen yang masuk. Sekurang-kurangnya, kalau ada “robot” yang sibuk nak  menyepam komen kita tu kiranya belum tentu lagi lepaslah.

Navigation

Setiap kali kita post entry baru di dalam blogger, ianya akan ditanda dengan  ”label” untuk memudahkan pembaca blog kan? Tapi, kalau guna wordpress pula. kita akan guna “category dan tag”. Kalau korang nak tahu, tag ni adalah sangat penting ya untuk ambil hati si Google tu. Tag=keyword biasanya sama dan sangat penting dalam elemen SEO.

statistik blog

Statistik blog adalah sangat penting kalau korang nak cari sedikit pendapatan daripada blog ok. Kiranya bukti yang kita boleh beri pada advertiser untuk menyakinkan diorang untuk beriklan diblog kita. Tapi, untuk yang ini blogger dan wordpress tak ada masalah. Cuma, kalau guna wordpress macam saya katakan tadi ada banyak plugins (saja kasi panas.hehehehe) termasuk untuk statistik ni. Just install dan selesai! Kalau blogger pula, kita perlu guna tools daripada webiste lain dan daftarkan blog kita. Tapi, biasanya features agak limited (ikut pengalaman saya)

Search Engine Google

Ok, yang ini memang saya cakap awal-awal blogger paling best. Blogger dengan Google sedarah sedaging. hahahaha! Memang agak mudah untuk “tackle” Google kalau korang guna blogger berbanding wordpress tapi rileks sebab macam saya sebut tadi, wordpress ada plugins untuk membantu.weeeee!!!! (nak menang juga!!)

Storan gambar

Heh! Blogger ada limit ya sekirannya korang nak upload gambar. Saya tak ingat berapa besar yang dia beri tapi semestinya wordpress lagi best sebab boleh upload seberapa banyak gambar as long as storan yang kita dah buy tu mencukupi lah.hehehehe!

Apa lagi ya perbezaan Blogger vs WordPress? Nanti kalau saya ingat, saya akan tambah lagi dan kalau korang ada idea nak tambah bokeh kongsi dalam ruang komen ya! Selepas ini, baru saya tulis entry berkenaan kelebihan dan kekurangan penggunaan blogger dan wordpress pula.

Kalau orang tanya saya, blogger vs wordpress siapa menang, sah-sahlah saya jawab wordpress sebab saya kan pengguna wordpress!hahahaha. Apa-apapun, untuk pengguna wordpress mungkin boleh baca entry tips penting untuk pengguna wordpress

P/S: Dah habis baca entry blogger vs wordpress? Ok, bolehlah baca entry hangat hari ini iaitu Top 10 Outgoing Links September 2011, (Gambar) MyKad Baru Tahun 2012 dan Blogger Cabar MP Shah Alam Bertumbuk!

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.