seo
Archive | Review RSS feed for this section

Saya Nak Kurus Punya Pasal

24 Apr

Nak Kurus Punya Pasal, sampai ada yang buat blog khas Saya Nak Kurus! Hebatlah, saya tabik dengan usaha mereka yang nak kurus ni. Ok, ini bukan entry nak perli siapa-siapa ya. Tak ada maksud apa-apa.

Saya tengah main-main keyword. Jujur kan? Ha’ah senang sikit kalau dah jujur awal-awal ni. hahaha!!! Tak payah nak pusing-pusing cerita, putar belit ayat nak karang ayat. Sajalah saya nak test power keyword nak kurus ni tapi nampaknya tak boleh lawan dengan blog Saya Nak Kurus.

VOTE: BLOGGER OF THE YEAR!!!! 

Tempat pertama ok. hahahaha!!! Jangan mimpi nak potong keyword ni. Tapi tak apalah, saja je. Alang-alang saya pun ada keinginan nak kuruskan badan sikit ni. Taklah gempal mana tapi apa salahnya nak kuruskan badan untuk kesihatan. Kan? Badan sendiri, kena pandai-pandai. Bila berat badan naik sikit, ada efeklah. Asyik rasa letih je.

Kacau betul. Balik kerja je, rasa penat habis. Tengok televisyen sekejap, lepas tu terus tidur. Tak boleh jadi macam ni. Kenalah usaha sikit cari tips cara nak kurus. hehehehe!!!! Manalah tahu ada tips yang berkesan. Kemain kan??

Proud car owners, luv your car? 

Saya belek-belek blog Saya Nak Kurus ni. Boleh tahan juga berguna. Ada info berguna. Siap ada ebook. Lepas tu, siap ada 1 entry bertajuk TakNakGemuk’s Super Salad. Comel kan??? Oke, ini bukan entry yang diberi upah oleh tuan blog. Memang saya tengah review sendiri ni. hahahaha!!!! Kira bagus jugalah ada blog macam ni sebab saya yakin ramai je perempuan, even lelaki yang berusaha nak kurus kan?

Cuma malu. Kira kalau ada blog ni bolehlah dapat info tips nak kurus dan cari geng. 1 usaha yang bagus!!

Ada lagi 1 blog yang saya jumpa berkenaan tips diet. Cantik layout blog Jom Diet ni. Serious, saya suka sebab kemas. Tak sakit mata saya nak baca artikel-artikel kesihatan. Jakunnya saya. hahahaha!!! Ini yang best, sambil-sambil belajar main keyword nak kurus saya dapat info baru.

Tapi, paling saya teruja adalah blog Kevin Zahri ni. Pergh!!!! Dah lah smart habis design, lepas tu saya selak-selak banyak betul ebook yang beliau dah hasilkan. Selama ni saya dengar-dengar je nama Kevin Zahri ni tapi tak tergerak hati pula nak buka website beliau. Serios, jatuh cinta. Korang klik dekat banner bawah ni untuk usha website kacak ni.

Perlu ke saya terjebak sekali pergi beli ebook-ebook ni ke ape? hehehehe. tengoklah macam mana nanti. Taklah mahal sangat. Harga boleh tahan mampu lagi. hahahaha!!! Tengok macam mana nanti. Oklah. Cukuplah info pasal tips nak kurus ya. Tak pasal-pasal dapat ilmu baru lepas main keyword ni. Okbye! Jangan lupa join peraduan iPunya Beli & Menang ok. Hadiah lumayan tu!!!!!

 

SINOPSIS MENARA CINTA TV3

19 Apr

SINOPSIS MENARA CINTA TV3. Ada peminat Fasha Sandha tak? Telemovie Menara Cinta ni untuk korang. hahaha!! Saya dah baca sinopsis menara cinta ni, boleh tahan jalan cerita macam best.

Katanya pengambaran Menara Cinta ni dijalankan dekat Paris kan? Wah, untung jadi pelakon ya boleh jalan-jalan sambil bekerja tu. Rezeki namanya. Antara pelakon yang terlibat dalam telemovie ni antaranya Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Zulhuzaimy, Nabila Huda dan juga Rosnah Johari.

Menara Cinta ni akan ditayangkan pada hari Sabtu 21 April 2012 ni, dalam slot Cerekarama TV3. Jam 10 malam macam biasa ya. Siapa yang minat dengan lakonan Fasha Sanda atau Fahrin Ahmad ni bolehlah tunggu depan tv. Saya tak. hahahaha!!! Ok, jom baca sinopsis dulu bawah ni.

SINOPSIS MENARA CINTA TV3

SINOPSIS-MENARA-CINTA-TV3

Penggambaran Menara Cinta di Paris, menyaksikan kehidupan pasangan suami isteri yang tiada lagi persefahaman dalam melayari bahtera rumah tangga lalu mengambil keputusan untuk bercerai. Selepas berpisah Sofea meninggalkan rumah Rizwan dengan ditemani kekasih barunya, Danial. Sofea akhirnya berkahwin dengan Danial dan tinggal di England.

Ibubapa Rizwan memujuk Rizwan segera berumahtangga dan mendapatkan zuriat. Hubungan rapat semasa menjalani proses penceraian dimahkamah bersama Nur, peguam syarie Rizwan membuahkan bibit kemesraan antara mereka. Lantas mereka akhirnya bertunang.

Ketika hampir tarikh majlis perkahwinan mereka, Rizwan dihantar oleh syarikatnya untuk bertugas sebulan di Paris. Takdir Allah SWT mempertemukan Rizwan dan Sofea di kota Paris. Sofea pula telah bercerai dengan Danial. Rizwan bimbang akan kehilangan cinta Sofea, lantas tanpa berfikir panjang Rizwan bernikah dengan Sofea di Paris.

Sekembalinya ke Malaysia, Rizwan memohon maaf kepada Nur kerana terpaksa memutuskan pertunangan mereka. Nur menyaman Rizwan di mahkamah syariah dan menuntut ganti rugi RM! juta kerana memungkiri janji untuk berkahwin.

Sofea pula tertekan kerana Danial mengugut menyebarkan foto peribadi ketika mereka berbulan madu dulu. Akhirnya tekanan melampau itu membuatkan Sofea tiba-tiba rebah dak sukar bernafas. Doktor mengesahkan dia adalah membawa virus HIV. Adakah Rizwan masih setia menerima Sofea? Dapatkan Sofea dan Rizwan mengecapi kebahagiaan untuk bersama?

Saksikan Menara Cinta di slot Cerekarama pada Sabtu, 21 April ini , jam 10 malam. Siapa yang tak nak tengok, boleh tengok program Mania Astro lah kot. Saya dah layan minggu lepas. Boleh tahan best jugalah berbanding Akademi Fantasia dulu. Credit gambar, EDTV

Program Mania Astro Ria Tawar Hadiah Sehingga RM500K!

9 Apr

program-mania-astro-ria

Program Mania Astro Ria ni dah lama rupanya. 2 Minggu dah program Realiti Tv Mania Astro Ria ni bersiaran tapi sebab saya baru selesai ibadah umrah, jadi baru tahulah pasal program ni. Al kisahnya.

Ok, apa itu Program Mania ni? Hmm, sebenarnya saya tahu pasal program ni pun lepas saya perasan ada iklan Innity berkelip-kelip dekat header blog saya ni tadi. hahaha!! Bila saya klik, ok baru tahu pasal program ni. Kira tak sia-sialah Innity masukkan iklan ni dekat blog saya. 

Mania Astro Ria ni telah mula tayangannya pada 17 Mac 2012. Saya berlepas ke Tanah Suci Mekah pada 19 Mac 2012 tapi rasanya waktu ni saya tengah sibuk uruskan persiapan umrah. Tak sempat nak layan pun. Mengikut info yang saya jumpa dekat internet, program ni menyediakan hadiah agak lumayan iaitu RM500K bagi Juara. Pergh!!!!!

Wajib Baca: Majlis Sepetang Bersama Blogger Anjuran Denaihati

Antara penyanyi yang tersenarai dalam program Mania Astro Ria ni:- 

1. Stacy AF6
2. Jaclyn Victor
3. Hafiz AF7
4. Shila Amzah
5. Hazama AF9
6. Atilia
7. Akim AF7
8. Alyah
9. Adira AF8
10. Estranged
11. Kristal
12. Awi Rafael

Tiga peserta hotseats melalui undian ramai:

13. Ebi AF5
14. Hot Seats
15. Hot Seats

Kredit : Lagu Best Best

Program Mania Astro Ria ni diacarakan oleh Aznil Hj Nawawi. Mesti santai je program ni. Nanti nak cuba tengoklah program ni. Kalau best, layan terus. Kalau tak best, tutup tv. hahahaha!!! Katanya, kesemua artis yang terlibat dalam program ni dilatih oleh 3 ikon muzik terkenal di rantau Asia iaitu M.Nasir, Aubrey Suwito dan Ahmad Dhani. Memang semua nama besar-besar ni  ;)

Ok, kalau nak komen panjang-panjang lagi kenalah tengok dulu kan? Nanti saya nak cuba layan 1 episod Program Mania Astro Ria ni. Mana tahu best kan? Program ini ditayangkan pada setiap hari Sabtu jam 9 malam. Untuk fans, bolehlah lawat  Facebook MANIAAstro Ria juga.

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.