seo
Archive | Nuffnang RSS feed for this section

Tips Menulis: Masa, Idea dan Mood!

26 Sep

Blogger hanya penulis di dalam blog dan bukannya robot. Kadang-kadang, idea ada tapi mood tak ada pun susah juga. Kan? Mood ni bukan boleh kita paksa-paksa. Pada saya, perkara macam ni biasa. Kita manusia, perlukan masa rehat.

Kalau perasan, hari Jumaat dan Sabtu baru ni saya langsung tak update blog Lizarazak.com ni. Entry terakhir dalam blog ni ialah informasi berkenaan Jadual Peperiksaan PMR 2011 untuk rujukan adik-adik kita. Sebenarnya, saya sengaja tak update.

Jadi blogger perlukan masa rehat. Bila kita menulis, kita berfikir. Lainlah kalau saya menulis entry copy paste. Memanglah senang kerja tapi saya tak nak jadi blogger yang tak ada etika macam tu. Saya minat menulis. Even, kalau saya buat review filem atau drama-drama tv sekalipun. Saya tak akan copy paste kecuali sinopsis je lah.

Pada saya, seorang penulis akan dapat kepuasan bila dia dapat menulis dan bukan mencuri hasl tulisan orang. ahaks!! Berbeza tahu perasaan dia! hehehe.

Blogger kerjanya menulis. Menulis perlukan masa dan idea. Sebab itu kita kena rancang betul-betul bila waktu yang sesuai untuk kita menulis entry, kena cari betul-betul waktu yang kita rasa akan dapat menulis dengan baik dan waktu tulah idea kita kemungkinan akan datang mencurah-curah. wahahaha!!

Bukan main tembak je tau nak jadi penulis ni. Macam saya, biasanya saya akan menulis entry sebelum tidur (2 pagi – 3 pagi) sebab saya tahu waktu ini idea saya akan datang macam air terjun. kahkahkah!!! Alasan? Sebab semua orang dah tidur dan tak ada gangguan bunyi bising.

Sebenarnya, setiap orang ada cara dia. Ada yang suka bising. Ada yan tidak. Tapi, jaranglah saya dengar penulis suka menulis waktu bising. kahkahkah!!! Ok, 2 perkara yang penting. masa dan idea. Lagi 1, ini pun penting juga. Mood menulis!

Pergh. Ini paling kritikal. Korang tak akan boleh update blog kalau tak ada mood nak menulis kan? Setuju tak? penulis ni, biasanya dia tak ada masalah menulis tapi bila mood dia hilang…selamat jalan romeo lah blog! hahahaha.

Tapi, jangan risau. Bukan perkara peliklah pada blogger. Blogger memang perlukan masa rehat! Jangan paksakan sangat diri tu nak update blog sebab risaukan trafik jatuh. Alahai, jangan sampai jadi hamba blog ok. Bahaya! Unless, korang memang full time blogger dan 100% income dari situ. Maybe bolehlah paksa-paksa diri sikit kot.hehehehe

Jangan paksakan diri sangat. Kalau rasa tak ada mood, berehatlah sekejap. Tapi, jangan lama-lama sangat. Tengok macam saya. 2 hari bercuti menulis ok apa!!wakakakaka!!! Now, dah rasa segar bugar balik nak ngadap dashboard. ahaks!!!

Rasa lebih semangat nak menulis!!! wehoooo!!! So, to bloggers jangan lupa rehatkan otak jika perlu. Kita manusia dan bukan robot. ngeh!! Good luck semua! Korang dah register untuk join Denaihati Blog Directory belum? Cepat-cepat buat now! Lagi cepat join, lagi cepat dapat faedah ;)

p/s: Dengar cerita, Filem KL Gangster 2 dah nak mulakan pengambaran!! hebat hebat

p/s/s: Ramai pulak request nak tahu prestasi innity saya ek? Agak-agak innity lagi hebat ke nuffnang? hahahaha!! Nanti sya update ok

Kita Tengok Siapa Lagi Mantap, Nuffnang Atau Innity!

10 Aug

Mari kita menjadi lalang hari ini. hahahaha! Ok, malas nak sembang belit-belit. Sebenarnya, hari ini saya nak buat eksperimen selama 1 bulan. Saya nak tengok Earning Nuffnang atau Innity yang ok untuk blog Lizarazak.com ni. Saja-saja!

Ada orang kata, Innity ni kalau trafik blog kita betul-betul hebat je boleh buat duit. Tapi, saya malas lah nak dengar cakap-cakap orang. Lagipun, saya boring sebab Nuffnang pun macam slow tak ada BE sangat. Oklah jugak baru cashout bulan lepas punya earning RM400. Oklah, buta duit raya kan? hahaha!!

Ayat 1000 Dinar Dalam Bilik Melacur, Hinanya!

Saya rasa macam rugi pula sebab dah ada account Innity tapi tak letak pun dalam blog Lizarazak.com ni. Katanya kalau sekarang apply Innity dah susahkan nak approve? Jadi, saya tak nak lah sia-siakan.hehehehe.

So, saya ambil masa 1 bulan daripada hari ini (10/8/2011) untuk lihat performance Innity kali ni. Mana tahu trafik dah naik sikit (sikit je), maybe earning Innity naik sikit.hahahaha!!!! Nuffnang, bagi rehat dulu status Glitterati tu. Tak apalah.

Tapi saya dah lupa sebenarnya nak letak format iklan yang macam mana supaya kita dapat maksimakan earning Innnity ni. Ada sesiapa otai yang nak bagi tips???hahahahaha.

5 Sebab Anda Berblogging

1 Jul

Berblogging memang best. Itu kata saya. Saya ada alasan-alasan saya sendiri. Kenapa saya berblogging. Sudah masuk tahun ke 4 saya dalam dunia blogging ni. Mungkin bukan 1 jangka waktu yang membanggakan tapi saya tak kisah. Saya suka dengan dunia blogging ni.

Setiap orang mesti ada sebab-sebab kenapa dia berblogging. Mana ada orang yang bua sesuatu tanpa alasan. Kan? Logik akallah. Kucing masuk toilet, mesti nak melabur atau minum air kan? hahahahaha! Ok, apa kata kali ni kita listkan 5 sebab kita berblogging.

Tapi, kalau tak cukup 5 pun tak apa. Ada 1 pun jadilah. Saya mulakan 5 sebab saya berblogging dulu ok:-

  • Terlalu minat dengan bidang penulisan. Tak tulis di blog, saya akan tulis di atas kertas juga.
  • Berkongsi minat. Saya suka bidang hiburan dan motivation. Kalau baca blog saya, mesti boleh agak. Saya suka tengok TV,jadi saya boleh tulis review dalam blog ni. Saya memang dari kecil suka baca buku motivasi, jadi saya boleh berkongsi dengan semua. Ini yang bestnya ada blog!
  • Inginkan kepuasan. Faham tak maksud kepuasan? ok, macam ni. Saya minat menulis dan saya ada medium untuk saya share kan apa yang terbuku dalam hati saya dalam blog. Orang baca. Ada rezeki, orang komen. Saya akan rasa puas! Lain rasanya kalau kita ada perkara yang nak diceritakan tapi tak ada medium nak luahkan. Boring ah!!hehehehe
  • Kewangan. Tipu kalau saya kata, saya tak ada langsung niat mencari duit dengan blogging ni. Hello, jujur please.hahahaha! Ada blog, ada idea, ada ilmu sikit, usaha, then dapat duit. Cuma dengan blog ayam ni je pun boleh dapat paling sikit pun RM300 sebulan. Cuma dari Nuffnang saja. Ada rezeki, siap dapat RM400 menang contest.hahaha! Tipu kalau saya kata, saya tak happy. Kamon!!!! hahahahaha

Dah cukup 5. Ada lagi sebenarnya tapi sebab syarat nak 5 sebab anda berblogging, jadi dahlah. Cukup. ahahahahahaha!!!! Boleh macam tu???? -..-
Korang pulak macam mana? Sebab apa korang berblogging jugak? Ikut trend? Ikut kawan? Nak luahkan emosi korang? Nak jadi reporter? Macam mana?

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.