seo
Archive | Personal RSS feed for this section

Tiada Rupa, Payah? Katanya. Tak Cantik, Orang Tak Suka? Merepek!

17 Feb

Rupa paras memang menjadi keutamaan bagi kebanyakkan manusia. Tiada rupa, payah. Katanya. Tak cantik, orang tak suka. Katanya. Entah siapa yang kata, saya pun tak tahu. Mungkin yang berkata itu sendiri tiada keyakinan pada rupa dia. hahaha!!!

Baru-baru ini, saya pergi ke ceramah Prof Dr Muhaya. Rasanya, sudah ramai yang tahu pasal Prof Muhaya ni kan? Seorang pakar mata dan juga pakar inspirasi. Kalau tak pernah dengar ceramah beliau, korang boleh search saja dekat Youtube. Mesti ada cuma tak sebanyak koleksi ceramah Ustaz Kazim Elias lah.

Ok, dalam ceramah petang itu. Prof Muhaya ada sebutlah berkenaan masalah manusia-manusia ni. Salah satu daripadanya, masalah terlalu sibuk memikirkan apa orang akan kata pada diri dia. Samada dia cantik atau tidak. Risau orang lain akan mengata diri dia yang tidak cantik macam orang lain.

Prof Muhaya kata, masalah ini bukan berpunca daripada orang lain, tetapi jelas-jelas masalah ini diri kita sendiri yang reka. Terlalu memikirkan apa orang kata tentang rupa paras kita, bentuk fizikal kita, sempurna ke tidak diri kita.

Kalau kita boleh berfkir secara waras, dan tidak mengikut kata syaitan yang ada di sekeliling kita ni. Mesti perkara ni boleh jadi mudah. Macam ni, fikir saja bahawa setiap manusia tiada yang sempurna. Kalau Allah beri dia cantik rupa paras, pasti ada kekurangan di dalam dirinya yang kita tidak nampak atau belum nampak. Kalau Allah beri kita tidak cantik paras rupa pula, mungkin ada sesuatu dalam diri kita yang Allah dah beri untuk kita gunakan untuk “menutup” kekurangan rupa paras kita. Mesti ada punya.

Lagi 1, sebagai orang Islam kita tidak boleh bersangka buruk dengan kejadian Allah SWT. Apa yang Allah sudah beri, pasti itu adalah yang terbaik pada kita. Allah kan tahu hati kita. Nanti kalau Allah dah beri cantik rupa paras, cantik pula yang lain-lainnya pun susah juga. Mana tahu, kita akan meninggi diri.

Jadi, Allah sengaja tidak beri kecantikkan pada paras rupa sebab Allah sayangkan kita. Bimbang kita menggunakan kecantikkan yang DIA sudah beri ni pada jalan yang tidak betul. Lihat saja contoh yang ada keliling kita. Tak nak sebut, dan tidak perlu sebut.

Prof Muhaya ada kata lagi, tak perlu nak bangga-bangga sangat dengan kecantikkan rupa paras dan fizikal kita sebab hakikatnya tubuh badan kita ni hanya “topeng” saja yang Allah beri pinjam sementara kita di atas muka bumi ni. Sebenarnya, kita ni hanya roh yang berkeliaran saja. Semua sama. Roh, tanpa jasad.

Takut? Memanglah takut. Sebab itu Allah pinjamkan tubuh badan kita sekarang ni untuk “balutkan” roh kita ni. Jadi, janganlan risau kalau ada kurang rupa paras atau kurang bentuk fizikal. Itu topeng sahaja. Ingat, kita ni asalnya ciptaan Allah yang tiada nilai awalnya. MANI.

Ada apa dengan air mani? Berapa nilai air mani kalau dijual? Tak berharga. Jadi, sama-samalah kita bersyukur sebab Allah dan menaikkan martabat kita daripada setitis air mani kepada seorang hambaNYA yang punya tubuh badan. Sempurna atau tidak, itu diluar bidang kuasa kita.

Semuanya milik Allah SWT. Biar tiada paras rupa yang sempurna, asalkan kita tahu jaga apa yang sudah diberi percuma. Salam Jumaat!

Mohon Petunjuk Bukan Menunjuk

15 Feb

hidayah Allah

Mohon Petunjuk Bukan Menunjuk. Petunjuk dengan menunjuk, 2 perkataan yang jauh bezanya. Rasanya, kalau tanya dengan adik-adik sekolah rendah pun mereka boleh faham. Apa itu petunjuk, dan apa itu menunjuk sebenarnya? Biar saya berikan maksudnya mengikut pemahaman saya. hehehehe!

Ok, petunjuk bermaksud hidayah daripada Allah SWT yang kita terima dengan izin Allah. Semua perkara dalam dunia ni, apa saja yang kita lakukan sehari-hari, tiap jam dan setiap saat sebenarnya adalah berkat petunjuk Allah. Allah yang gerakkan hati/roh kita untuk melakukan sesuatu perkara.

Lain pula dengan maksud menunjuk. Menunjuk maksudnya, kita bermegah-megah dengan kelebihan yang kita ada pada orang lain. Kalau orang kaya, menunjuk dengan harta yang dia miliki. Kalau orang bijak pandai, sibuk menunjuk dengan ilmu yang dia dan kalau dia cantik, dia sibuk menunjuk pada manusia kecantikkan dia.

Hah, sekarang dah faham beza petunjuk dengan menunjuk?

Korang rasa, antara 2 perkataan ni. Mana 1 yang korang mahukan dan tercari-cari setiap hari? Haruslah petunjuk kan? Pada saya, tiada gunanya kita hidup dalam dunia ni 100 tahun sekalipun tanpa dapat petunjuk Allah. Setahu saya, petunjuk ni ada jenis-jenisnya juga tapi yang ini saya kurang arif. Kena rujuk pakcik Google lah kot. hahaha!!!

Kenapa saya kaitkan 2 perkataan ini? Ok, sebenarnya saya sedar sejak kebelakangan ini memang artikel di blog saya yang tak best ini agak ke arah keagamaan. Jadi, saya tidak hairan bila ada yang rajin bertanyakan tentang ini. Hmm, bila dah ditanya saya risau pula kalau timbul perasaan menunjuk.

Saya tidak ada niat lain sebenarnya. Rasanya saya memang dah lama beritahu, bila saya menulis entry di blog saya ni. Saya lebih selesa bercerita berkenaan diri saya sendiri berbanding orang lain. Pertama, mendatangkan dosa kalau saya mereka-reka cerita. Kedua, memang saya tak suka. hahahaha!!!

Ok, jadi mungkin kebetulan saya sendiri di dalam proses mengubah cara hidup. Secara tidak langsung entry di dalam blog saya ni pun turut kena tempias lah. kan? hahahaha!!! Bila saya menulis tentang hidayah Allah atau apa saja tentang agama, sebenarnya saya bukan mereka-reka cerita. Itu memang cerita saya cuma saya olahkan supaya tidak nampak macam begitu peribadi.

Kalau nak baca diari yang memang sangat peribadi tentang diri saya, boleh baca Tumblr saya. Link cari sendiri. hahaha!! Itu memang saya guna ayat pasar habis-habisan. Macam bercakap dengan diri sendiri depan cermin pun ada juga. Tapi, kalau tak suka baca ayat makian digalakkan jangan baca Tumblr saya.

Saya menulis untuk berkongsi dengan pembaca blog ini. Mana yang elok, mana yang boleh dijadikan panduan ambillah. Kalau saya buat dosa dulu, korang jangan buat macam saya. Kalau saya dah membuang masa dengan melupakan Allah terlalu lama, korang jangan ikut. 

Itu tujuan saya menulis. Saya mohon petunjuk Allah dan bukan niat saya mahu menunjuk pada umum tentang tahap iman saya yang sah-sah masih cetek ini. Mohon jangan salah faham. Nampaknya saya sendiri selesa menulis artikel berunsur keagamaan walaupun tak banyak. Manusia berubah, mungkin. Ingat, ilmu tak pernah berhenti ;)

Hidayah Allah, Semua Manusia Perlukannya

10 Feb

hidayah Allah

Manusia Perlukan Hidayah Untuk Hidup. Masih ada yang tidak berapa jelas maksud hidayah? Tak apa, saya boleh terangkan secara ringkas dekat sini. Hidayah bermaksud petunjuk iaitu sesuatu yang datangnya daripada Allah SWT. Tiada petunjuk, sesatlah kita dalam dunia ni.

Masalahnya, isu hidayah ni bukan semua orang yang ambil berat. Jujurnya, saya sendiri macam kurang yakin soal hidayah Allah ini suatu masa dulu. Maksud saya, waktu saya masih jahil. Ya, saya tahu maksud hidayah cuma keyakinan saya masih 50-50 ketika itu. Wujud ke manusia yang tiba-tiba saja dapat hidayah Allah?

Hah, macam itulah. Saya macam selalu tertawakan bila ada ustaz-ustaz yang bercakap soal si polan dapat hidayah itu ini. Sangat tiba-tiba. Rasa nak je tuduh ustaz tu mereka-reka cerita. Tapi, diulangi. Itu waktu saya jahil sangat-sangat. Masih belum terbuka hati atau lebih tepat, belum dapat hidayah/petunjuk daripada Allah SWT.

Ironinya, sekarang. Maksud saya saat ini. Saya adalah manusia yang sangat-sangat berharap hidayah Allah. Setiap hari, tanpa gagal saya akan berdoa perkara yang hampir sama. Doa saya ringkas tapi bagi saya itu sudah cukup membayangkan betapa saya memang memerlukan bantuan Allah.

Iya, bantuan yang dulunya saya perkotak katikkan. Teruk gila kan?

Phewww!!! Doa saya ringkas “Ya Allah, janganlah Engkau berhenti memberikan taufik & hidayahMU padaku dan janganlah Engkau membolak balikkan iman ku terhadapMU”. Itu sahaja doa saya setiap hari. Dulu, kalau solat pun jangan harap saya nak tadah tangan berdoa. Nampak? Betapa egonya saya?

Mengaku diri Islam, percaya Allah wujud tapi tetap ego nak meminta doa.

Tapi, sekarang ni saya tahu tanpa hidayah Allah…kita bukan siapa-siapa. Apa sahaja yang kita lakukan dalam dunia ni, jika tanpa bantuan hidayah Allah memang sesat. Bayangkan saja, kita ada pelita tapi sumbunya rosak. Tiada api, tiada cahaya. Bawa masuk dalam hutan, sesat kan?

Macam itulah juga kehidupan kita. Manusia Perlukan Hidayah Untuk Hidup.  Bagaimana nak dapatkan hidayah Allah? Maaf, saya tidak berapa arif bab ini cuma secara personal. Saya berani katakan, untuk dapat hidayah Allah SWT manusia perlu ingat Allah .  Ingat, maksud saya bila nak lakukakn sesuatu perkara kurang baik.. hati tetap merasa takut. Iya, takutkan Allah. InsyaAllah, lambat laun ada masanya hidayah Allah akan turun bantu kita ;)  

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.