Blogger Guna Cerita Sensasi Untuk Tarik Trafik. Cara Yang Betul Atau Tidak?
4 Jan
Cerita Sensasi dan cerita panas antara perkataan yang selalu bloggers guna untuk tarik trafik ke blog masing-masing. Saya tak kata tak boleh, dan saya juga tak kata silakan guna. Entry ini, bersifat neutral. Chewah! Boleh kita mulakan sekarang?
Ok, Cerita Sensasi dan cerita panas yang macam mana saya maksudkan itu? Alah, tidak mungkin korang tidak faham kan? Saya ambil contoh, isu paling hot saat ini iaitu kes Amalina Bakri Facebook. Tipulah kalau korang tak tahu kes ini kan? Inilah contoh cerita sensasi dan cerita panas yang saya maksudkan (Lebih mudah beri contoh semasa)
Perasan tak, sejak kes Amalina Bakri ni tersebar dekat internet termasuk Facebook dan Twitter. Ramai lah bloggers yang sibuk update blog masing-masing dengan tajuk Amalina Bakri Facebook lah, Nur Amalina Che Bakri lah. Ada perasan? Ok, korang rasa kenapa? Saya tolong jawabkan ya. Ada 2 sebab, mungkin bloggers ni memang niatnya nak sampaikan maklumat (perlu ke sebarkan maklumat yang mengaibkan negara sendiri ni?jawab sendiri) dan mungkin lagi 1, sudah terang-terang kerana mahukan trafik yang mencanak.
Bolehlah merasa income Innity dan Nuffnang yang kacak sikit macam Titan. Eh, termasuk pulak nama mamat ni. Hahahaha!!! Ok, sambung semula isu Blogger Guna Cerita Sensasi Untuk Tarik Trafik ni. Korang rasa, adakah dengan menyebarkan cerita sensasi dan cerita panas ni adalah 1 cara yang betul dikalangan bloggers?
Apa agaknya kesan-kesan dan tanggapan orang ramai (terutama bukan bloggers) pada kita semua? Pada saya, tak salah kalau Cerita sensasi dan cerita panas itu adalah sesuatu yang menggembirakan contohnya perkongsian isu Ustaz Idrus dan Zizan Raja Lawak menyambut tahun baru 2012 baru-baru ini. Agak menggembirakanlah sebab bukan senang artis popular nak turut serta dalam program macam ini.
Tapi, kalau berkongsi cerita sensasi atau cerita panas soal kes Amalina Bakri Facebook yang sah-sah secara logiknya mengaibkan nama negara Malaysia dan menambahkan dosa kita tu.saya rasa tidak perlu tapi ya terpulang dan saya tahu akan ada sesetengah bloggers yang akan jawab “blog masing-masing” hehehehe!!!
Jadi, saya tidak boleh nak komen panjang lah bab tu tapi mungkin entry ini cuma bertujuan untuk meminta pendapat blogger lain yang boleh bersikap lebih terbuka saja. Kalau rasa nak memaki hamun, saya tanpa belas kasihan akan delete saja komen. Boleh berbincang tapi biar dengan cara sopan. Terima kasih.
Jadi, mari kita “open table” tajuk Blogger Guna Cerita Sensasi Untuk Tarik Trafik. Cara Yang Betul Atau Tidak? ini dengan kata-kata Bismillahirrahmannirahim. Chewah!!! Ehem, kalau nak baca tips percuma jadi blogger yang berjaya pun boleh juga atau kalau nak baca 8 tips untuk menghasilkan entry yang berkualiti pun layan juga.









