Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan
25 Jan

Assalamualaikum, best ke cuti lama-lama ni? hahaha! Soalan kurang bijak ya. Ok, kali ni saya nak tulis berkenaan topik “Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan”. Saja-saja je, nak ajak sembang pasal isu kesempurnaan ni. Kalau sudi, boleh teruskan bacaan artikel tidak seberapa ni. Kalau tak, tidak apa.
Semua manusia mahukan kesempurnaan dalam hidup kan?
Tapi, Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan itu lebih bagus. Hebat mana pun kita, hakikatnya kita tak boleh nak sempurna sebab manusia memang tak mungkin jadi sempurna. Kesempurnaan hanya milik Allah s.w.t. Siapalah kita nak ada itu ini, kan?
Kadang-kadang saya kesian tengok manusia sekeliling. Tidak kiralah jauh atau dekat. Termasuklah saya sendiri. Dengan diri sendiri pun saya kesian, inikan pula dengan orang lain. hahaha!!! Iyalah, setiap hari. Saya lihat masing-masing berlumba-lumba nak itu ini dalam hidup. Yang sudah ada duit, nak kumpul duit segunung tinggi lagi.
Mana yang duit tidak seberapa nak banyak macam saya ni, sibuk sangat nak fikir cara terbaik untuk dapatkan duit. Kadang-kadang, kalau akal waras hilang entah kemana-mana. Mesti ada niat dan terfikir nak buat sesuatu yang merepek. Asalkan dapat duit, halal haram entah keman-mana. Sangat bahaya. Semua nak sempurna.
Kalau yang sudah dilahirkan cantik pula. Setiap hari sibuk nak memastikan muka dan penampilan sempurna. Tidak boleh ada cacat cela bila nak keluar berjumpa dengan orang. Kalau ada yang kurang pada muka atau badan mulalah nak berusaha untuk buat sesuatu. Yang penting, semua orang akan puji “awak cantik”. Tetap nak sempurna.
Ishhhh, sebenarnya kalau tulis contoh memang banyak. Susah kan jadi manusia ni?
Tak pernah cukup dengan nikmat yang Allah sudah beri pada kita sejak dari kita dalam perut ibu, sampailah saat ini. Masih tetap nak yang lebih baik daripada apa yang sudah ada sekarang. Setiap hari, otak fikir itu ini. Duit, cantik, kawan, kereta, rumah. Ahhhh!! Macam-macam lah. Semuanya tuntutan duniawi.
Tapi, mulai hari ini saya mahu pegang pada kata-kata Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan. Iya, Mustahil nak sempurna. Jadi, beryukur sahaja dengan apa yang Allah sudah beri dan rezeki yang Allah dah tetapkan pada saya. Tidak banyak, tapi masih mencukupi. Tidak cantik, tetapi masih sihat tubuh badan dan sempurna akal. Syukur sahaja.
Kesempurnaan tidak boleh kita dapat sampai bila-bila. Lagi kita cari, lagi kita kejar untuk jadi yang terbaik. Memang hati kita tidak akan puas. Syaitan pula bertepuk tangan suruh kita kejar hal dunia dan lupakan hal akhirat. Jadi, mahu atau tidak. Kita sendiri kena kuat. Bersyukur dengan nikmat Allah dan insyaAllah akan diberikan rasa “mencukupi” dengan apa yang ada.









