Benda Simple Yang Patut Kita Ikuti

Kita tak perlu pun seisi dunia untuk terus hidup aman tenteram dalam dunia sebenarnya.

Kalau Allah bagi kita rezeki sebuah rumah agam atas bukit, ya Alhamdulillah. Itu bonus. Tapi, kalau tak ada pun…kita boleh saja bahagia.

Kalau tiba-tiba Allah beri kita merasa jadik tuan pada sebuah kereta BMW, ya Alhamdulillah jugak. Itu bahagian rezeki kita. Tapi, kalau tak ada BMW sekalipun..kita masih boleh bahagia.

Pokok pangkalnya, diri kita. Kalau memang spesies tamak nak semua harta benda dalam dunia ni…memanglah kita tak boleh nak bahagia bila kita tak dapat.

Tapi, kalau kita jenis bersyukur dan faham konsep ‘rezeki & ujian manusia lain-lain’, rasanya sikit pun kita tak kisah bila tak dapat itu & ini.

Banyak lagi dalam dunia ni yang boleh buat kita rasa lebih dari cukup. Ada keluarga yang sayang sepenuh hati pada kita, ada kengkawan yang boleh kita ajak gelak ketawa sesamer & ada “strangers” yang boleh ajar kita senyum kambing bila berselisih (sebab tak kenal pun ­čśé)

Benda simple tapi seronok jugak. Maka, ayuhlah kita belajar untuk jadi manusia yang simple dan jangan ngader-ngader sangat jadi manusia complicated asyik nak jadi kaya ­čśé­čśé

Nota kaki lima: Post ni ditaip dengan mobile phone saje (nak jadi simple katanya), jadi sila abaikan kalau font tonggang terbalik ye. Tengkiu!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Acah Syahdu Sangat

Oke hai. Sebenarnya tak tahu keputusan meng”renew” blog ni adalah satu keputusan yang betul atau tidak. Ikutkan hati yang makin malas nak ambik tahu pasal blog, memang sadaqallah lah jawabnya. Nak buat bodoh saja. Biarkan saja blog ni di”suspended” kan sampai sudah.

Tapi, bila mengenangkan kenangan hampir 7 tahun dengan domain Lizarazak.com ni, rasa syahdu (eceh sangat) nak buat bodoh tu. Maka, dengan perasaan 70% saja tahap keikhlasan masa buat bayaran dengan hosting provider paling terbaik iaitu Serverfreak tu, saya selesaikan juga hutang bayar domain ni.

Duit domain dah bayar, cuma ceritanya sekarang entah bila lagi tuan blog nak ada kerajinan macam dulu-dulu untuk update. Biarlah rahsia ­čśŤ

 

 

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Hadiah Hijrah Pada Ulang Tahun Kelahiran

Alhamdulillah, semalam bertukar sudah angka umur saya. Daripada angka 30 kepada angka 31. Terima kasih Allah untuk “pinjaman” umur yang tidak perlu tandatangan berbentuk┬áhitam putih macam pinjaman PTPTN tu. Allah Maha Pemurah tak macam PTPTipu tu.

Saya terima pelbagai jenis ucapan “Selamat Hari Jadi”, “Sanna Helwah” dan ada juga yang ucap “Happy birthday”. Alhamdulillah, ada juga yang baik hati belikan kek hari jadi, ada yang belikan hadiah dan ada juga yang belanja makan. Syukurlah, kerana Allah yang menggerakkan hati mereka untuk memberi.

Tapi, ada 1 hadiah yang paling menyentuh hati saya kali ini. Hadiah “1 Muharram”. Saya sedar, untuk berhijrah bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tidak mustahil kalau betul niat dan caranya. Mungkin saya masih jauh untuk menjadi Hamba Allah yang benar-benar baik tetapi saya CUBA.

Taip CUBA tu senang je. Nak buat tu yang payah. hahahaha! Kelakar juga rasanya

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Kenapa Perempuan Suka Main Duit Kutu?

Dulu dan sampai sekarang saya tertanya-tanya KENAPA PEREMPUAN SUKA MAIN DUIT KUTU atau bahasa bertamadun sikit iaitu duit undi. Saya perempuan juga tapi saya bukan jenis suka sangat main duit kutu ni.

Seumur idup saya, baru 2 kali saya terjebak dengan kancah duit kutu ni. Kali pertama masa zaman sekolah menengah dulu. Itupun tak main sampai habis sebab ada yang menipu duit tu. Mungkin itu puncanya kenapa saya tak suka sangat nak main duit kutu. KENA TIPU! Tapi, haritu bila kawan ofis ajak main, saya terjebak sekali lagi.

Kenapa perempuan suka sangat main duit kutu ni?

Kalau ada yang jawab sebab untung, tipulah. Mana ada dapat keuntungan apa-apa pun kalau main duit kutu ni. Saya malas nak main duit kutu pun sebab tak ada keuntungan dari segi pertambahan duit pun sebenarnya. Duit kutu ni bukan duit macam kita laburkan dalam “unit trust” yang ┬ápernah saya share sebelum ni (maaf, sekarang saya demand. Terpaksa layan ┬ákalau investor yang nak melabur dengan modal minima RM100 ribu sahaja).

Duit kutu ni lebih kepada simpanan duit yang tak bertambah atau berkurangan tetapi lebih kepada duit kita sendiri yang kita kumpul tiap bulan dan akan dipulangkan semula pada kita bila tiba giliran kita nanti cuma yang bestnya bila main duit kutu ni, kita bolehlah pilih nak bulan berapa untuk dapat duit kutu tu.

Main kutu ni tak ada unsur riba’ atau tak ada unsur yang salah di sisi agama pun. Sama je konsepnya kalau kita simpan duit dalam tabung ayam kita sendiri cuma, kalau nak harapkan kita kumpul duit tu sendiri memang jenuhlah nak tunggu sebab biasalah, bila kita tak ada komitmen pada orang lain, rasanya payah sikit nak konsisten bab menabung ni. Kan?

Lagi satu, kalau nak tunggu duit simpanan kita sendiri tu banyak bila sampai masa yang mana kita memang perlukan sangat duit yang banyak (bayar insurans kereta, bayar cukai harta dan macam-macam lagi), alamat sakitlah kepala kita. Tapi, kalau kita ada main duit kutu ni sekurang-kurangnya kita boleh anggar bila yang kita perlukan bantuan dana duit kutu tu nanti.

Apa-apapun, terpulanglah pada individu samada nak main duit kutu ataupun tak. Macam saya, main kutu dekat ofis sebab so far gaji agak mencukupi dan syok juga bila tiba giliran dapat duit kutu tu nanti! Kita enjoy!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Pengalaman Temuduga Pegawai Penguatkuasa N41

Pengalaman temuduga Pengawai Penguatkuasa N41 memang 1 pengalaman yang agak nightmare pernah saya lalui. Why? Sebab itulah kali pertama saya ditemuduga sendiri oleh pihak SPA. Haruslah nightmare!

Sebenarnya saya macam ala-ala terpaksa juga untuk cuba apply  pengawai penguatkuasa N41 ni. hahaha! Ikutkan memang tak nak pun sebab malaslah bab nak kena transfer negeri ni. Kalau dapat Sabah atau Sarawak memang meraunglah. Jauh kedaung. Kerja pun agak berisiko tinggi untuk dapat ugutan itu ini.

Tapi, dipendekkan cerita saya cuba juga apply dan selepas 1001 onak duri (tipu) saya pun dipanggil untuk jalani ujian fizikal, pancaindera┬ádan kecergasan┬áni bulan Disember yang lepas. Sebenarnya saya tahu dah yang saya akan GAGAL sebab pakai cermin mata. hahahaha! Tapi, sebagai calon sedang berkhidmat, saya pergi juga dan memang “diluluskan” pun dan terus proceed untuk temuduga pada keesokkan harinya.

Tapi, kalau ada yang tanya saya pengalaman pergi ujian kecergasan untuk jawatan ni, apa yang saya boleh katakan ialah anda perlu berlaku JUJUR pada waktu kejadian ya. Mana yang memang sah-sah rabun, jangan gatal pakai contact lens dan cuba menipu sebab mereka akan berlaku sangat kejam (hehehehe) dengan suruh semua calon yang berjaya untuk jalani ujian mata tu buat senaman mata.

Kena gosok dan tonyoh mata tu. Cuma pada peringkat ni, ikut luck jugaklah. Ada je calon yang main tipu, tak tonyoh pun mata tu betul-betul. Ada jugak calon yang cuba hafal huruf-huruf pada kertas tu tapi lupakanlah hasrat sebab tukang uji tu dah berpengalaman 20tahun. Mereka akan soal secara rawak je.

Ok, cakap pulak pengalaman ditemuduga untuk jawatan pegawai penguatkuasa N41 ni dengan orang atasan SPA dan penguatkuasa sendiri. Nasihat saya, sila pastikan ilmu berkenaan akta-akta pencatutan tu anda dah teror, bab ops titik bagai pun anda mesti tahu, dan kalau anda betul nak jawatan ni, sila baca dan hafal angka-angka dengan jayanya sebab mereka maybe tanya soalan macam ni “berapa nilai rampasan pada tahun lepas?”.

Saya memang tak kuasa jawab soalan merepek macam tu. Pada saya, soalan macam tu sebenarnya soalan memang nak menggagalkan calon. Mereka dah ada calon untuk diserap sebenarnya. Cakaplah saya fitnah tapi hakikatnya memang macam tulah pun kalau nak dapat jawatan kerajaan. kahkahkah! bye

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Laptop Baru 2015 Asus X452L Series

Asus X452L Series

Alhamdulillah, untuk tahun 2015 ni hadiah untuk diri sendiri adalah sebuah laptop Asus X452L Series yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri bergabung dengan duit sumbangan ikhlas pihak-pihak yang comel (hahahaha)

Kenapa pilih Asus X452L Series ni? Ada 2 sebab je. Pertama, sebab saya dah mula suka dan falling in love dengan jenama Asus lepas beli dan guna handphone Asus. Serious cakap, Asus memang terbaik setakat ni. Intel punya makanan, memanglah mantap. Itupun, kalau tahu jaga dengan betul.

Kalau pesen tak jaga, Asus ke apa jenis handphone pun tetap tak guna dibeli. Buang duit.

Sebab kedua kenapa saya beli Asus X452L Series ni adalah kerana size nya kot. Tak berat sangat walaupun kita beli laptop yang murah dalam lingkungan RM1700-1900 sekalipun. Kalau laptop lain, ada jugaklah cuma harga lain. So, saya tetap pilih Asus idaman hatiku. Mudah-mudahan dengan adanya laptop baru ni, saya akan jadi blogger yang lebih rajin update blog. hahahaha!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Uncle Car Wash

Macam biasa, bila hujung minggu je mulalah menggelabah cari carwash nak bagi kilat kereta. Tapi, harini tempat carwash yang saya selalu pergi tu tutup pulak. Jarang betul kedai cina tutup time hujung minggu tapi agaknya harini ada hal agaknya.

Wah, bersangka baik sangat. hahaha!

So, saya pusing-pusing. Akhirnya saya ambil keputusan untuk pergi je kedai carwash yang ownernya seorang lelaki India. Kedai paling kelam kabut yang pernah saya masuk. Biasalah, bila kerja anak-beranak. Yang bapak marah anak, yang abang marah adik. Normallah tu.

Sambil saya tengok diorang cuci kereta saya, saya pandang uncle India tu. Baru saya ingat, uncle tulah yang selalu bawa 1 baldi dekat tangannya, sehelai kain buruk disangkut pada bahunya dan pusing-pusing area kedai makan, kedai runcit dan taman perumahan area rumah saya. uncle India ni akan tanya pada orang samada diorang nak suruh dia cuci kereta sementara tunggu makanan siap.

Saya memang cam sangat muka uncle India ni. Muka tua dan nampak letih masa cuci kereta-kereta orang. Sejak saya sekolah lagi dia dah buat kerja cuci kereta macam tu, dan saya pernah juga tanya pada mak “boleh dapat banyak ke pakcik tu cuci kereta tepi jalan je, mak?”. Bukan nak perkecilkan kerja dia tapi lebih kepada rasa kesian.

Tengah leka saya tengok uncle India tu buat kerja, tiba-tiba anak lelakinya datang sapa saya “kak, kereta sudah siap”.┬á

Saya ambil kunci, saya hulur duit pada uncle India tu dan saya pun tanya pada dia “uncle, u dulu cuci kereta dekat taman sana ke?” dan dia terus senyum. Putihnya gigi dia!!! hehehehe! Uncle tu angguk dan dari riak wajah dia, saya tahu dia bangga. Bukanlah bangga yang poyo tu tapi bangga dengan hasil usaha dia sendiri.

Hebat hebat hebat. Kalaulah semua orang-orang Melayu boleh buang rasa malu macam uncle India ni, rasanya tak ramailah Melayu yang jadi pengemis bila tua.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Bila Blog Sudah Dilupakan!

Oleh kerana sudah hampir 3 bulan saya tidak rajin untuk update blog bersarang ni, saya pun tak tahu macam mana nak mulakan semula mood berblogging ni. Tadi saya dapat 1 email, blogger hebat Rohaizad nak start projek blog beliau yang baru.

Mantaplah bro. Nanti kalau dah dapat mood berblog tu, bolehlah campak-campak sikit dengan sini. hahaha! Lepas dapat kerja baru ni, saya agak lost. Bukan lost yang tak baiklah. Lost yang banyak manfaat (kot).

Busy kerja, bila balik kerja, badan dah layu. Kalau bangun pun hanya untuk makan (makan tu wajib!)

Esok pagi, sambung semula kerja. Mungkin saya perlu konsisten ambil minuman kesihatan berasaskan sarang burung walet yang Fouziah Gous jual kot. Lagipun duit bonus kan dah masuk, bolehlah beli lebih sikit.

Hal dunia ni, kalau dikejar memang sampai kiamatlah tak selesai kerjanya. Sebab tu saya cuba jugk balancekan dengan urusan “sana” saya. Kalau ada kesempatan, saya pergi belajar ilmu agama sikit-sikit dekat surau belakang rumah.

Itupun selalu jugak ponteng bila badan letih sangat. Susah nak istiqamah ni.

Doakanlah yang baik-baik untuk saya. Mudah-mudahan tahun 2015 ni akan jadi tahun di mana saya tidak malas nak update blog sendiri. hahaha! Selamat menempuh pengalaman di tahun baru 2015 ni okay ­čÖé

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Blogger, Tapi Tak Tulis Berkaitan Blog Pun!

Artikel terkena dekat batang hidung sendiri. Sejak akhir-akhir ni, saya mengaku yang saya semakin tidak ada masa nak update sekerap dulu. Komitmen kerja yang memerlukan saya ke sana ke sini, sampai tak ada masa nak menghadap laptop selalu untuk update artikel best-best.

Selama ni best ke? hahahahaha!

Komitmen kerja pun ya, komitmen pada bisnes Al-Quran kami yang nampaknya semakin berkembang pun ya juga jadi punca saya tak dapat nak update blog ni. Kalau dulu, kami fokus menjual Al-Quran Pelangi sahaja, tapi macam sekarang ni dah ada pelbagai jenis Al-Quran termasuk Al-Quran Istimewa Mushaf Al-Madinah, Al-Quran Terjemahan 30 jilid berkotak, A-Quran Terjemahan 30 jilid beg,Al-Quran kulit keras, Al-Quran corak jalur dan Al-Quran Pelangi macam Wardina Saffiyah guna pun ada.

KLIK GAMBAR UNTUK INFO LANJUT

Banyak kot senarai Al-Quran kami sekarang. Bayangkan pula macam mana kami nak manage tempahan Al-Quran banyak-banyak ni. Sakit juga sebenarnya. Porak poranda hidup kalau musim orang dapat gaji dan serbu nak order. Tapi, itu semua rezeki Allah beri. Alhamdulillah.

Cukuplah 2 komitmen ni je yang saya share. Walaupun mungkin ada sesetengah orang yang nampak kerja ni macam mudah tapi tak pada saya. Susah kot. Bila siang, bekerja dengan orang. Bila malam, nak kena uruskan bisnes sendiri. Selesai je semua, terus lompat katil. Tidur.

Bila masanya nak ngadap blog sendiri yang dah bersarang ni???

Memang jarang sangat dah sekarang ni saya nak update blog. Kalau ada pun, saya tak sempat nak update berkaitan tips blog itu dan ini lagi macam dulu-dulu. Sekarang pun, saya perasan ramai blogger yang dah tak minat nak share berkaitan tips blog. Tak pastilah diorang pun sama busy macam saya ataupun diorang ada alasan lain.

Ke memang dah tak musim update blog pasal tips blog bagai hah? Entah, jawab sendirlah ya. hehehehe Salam. Eh cop, jangan lupa ya. PROGRAM TEMPAHAN QURBAN ONLINE SUDAH BERMULA okay. Boleh tempah sekarang kalau berminat, jangan buat last minute!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Hari Raya Paling Suram

Tak tahulah kenapa, rasanya raya kali ni memang tak semeriah tahun lepas. Mungkin sebab kita pun masing-masing masih tak ada mood nak beraya sakan selepas berlakunya beberapa peristiwa tak berapa nak best untuk negara kita ni, salah satunya nahas MH17 yang terhempas tu.

Dah jadi macam badi pun ya juga. Saya pun macam takut nak naik pesawat buat masa terdekat ni. Memang ajal tu ditangan Allah tapi kalau dah takut, nak buat macam mana. hehehe.

Berbalik pasal isu hari raya kali ni paling suram dan tak meriah sangat. Biasanya, dekat taman perumahan kami tinggal ni meriah dengan bunyi mercun. Tapi, kali ni tak lama sangat. Kalau ada pun, masa minggu pertaman raya je haritu. Lepas tu dah jadi sunyi sepi macam taman tak hidup. Boring!

Tapi tak tahulah kalau dekat kawasan kampung-kampung tetap meriah cara sambutannya. Al-maklumlah saya tak ada kampung nak balik beraya. Kesian betul dekat diri sendiri. Nasib badan. Raya anda semua macam mana pulak? Tetap meriah macam tahun lepas atau sama macam apa yang saya rasa? suram jugak?

Nampak gaya Malaysia masih lagi dalam keadaan berkabung. Nak sambut raya meriah-meriah sangat, rasa bersalah dan simpati pada keluarga mangsa-mangsa nahas MH17. Bila tak sambut sangat, macam ni lah jadinya. Raya, tak serupa raya. Open house pun memang tak banyak tahun ni. Maka, kenalah redha saja.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts