Doodle Hari Merdeka

logo-hari-merdeka-2015

 

 

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Solat Lewat Kerana Bola Sepak

Macam-macam karenah manusia ni kalau kita perati. Kalau nak ajak pergi surau, dia punya alasan ada 8000. Tapi, kalau pergi stadium laju dia lain macam. Rasanya, kalau dah nazak pun mungkin sanggup pergi.

Okay, okay. Mesti orang yang kaki pergi stadium tengok bola akan maki hamun bila baca artikel ni tapi hmm hmm hmm takpelah kot sebab ini blog saya. hahahaha!

(eh kau, dah lah malas nak update blog. Bila dah update, main kasar pulak)

Tapi, betul kan? Malam Awal Muharram orang pergi surau baca doa Akhir dan awal tahun, tapi ada sekelompok orang ni sibuk bersorak sakan tengok bola. Macam kurang adab juga kot. Itu pandangan sayalah.

Mungkin saya silap. Mungkin saya kolot tapi macam saya katakan tadi. Itu pandangan peribadi saya. Terpulanglah, masing-masing ada hak memilih.

Tak lama lagi ada final bola kan? Kita tengok macam mana masing-masing dok berebut beli tiket bola sepak. Hari tu, ustaz tempat saya belajar ada share pengalaman dia berborak dengan salah seorang peminat fanatik JDT.

Saya cuba kongsikan dialog mereka ya, tapi of course tak 100% sama sebijik sebijanlah dengan apa yang keluar daripada mulut ustaz tu. Saya ubah sikit ikut ayat saya.

Ustaz: Bang, dari mana?

Kaki bola: Baru balik dari stadium. Alhamdulillah, syukur saya dapat jugak tiket ni (aku gelak. serious, aku gelak)

Ustaz:  Pukul berapa beratur tadi?

Kaki bola: Syukur ustaz, saya dapat bangun awal. Sampai stadium 3:30 pagi.

(tak waras betul. hahahaha)

ustaz: Saudara Subuh dekat mana?

Kaki bola: Ustaz, Allah ni takkan menyusahkan kita. Islam ni mudah je, Ustaz. Dekat mana-mana boleh solat.

Ustaz: Ya betul. Saudara sempatlah ya bersolat Subuh tadi. ALhamdulillah

Kaki bola: Sempat, Ustaz. Lepas dapat je tiket…saya terus solat. Tapi, dah 7:30 pagi. Tapi, solatlah ustaz

HAHAHAHAHAHAHAHA rasa nak gelak guling-guling dalam surau waktu tu tapi nasib baik boleh kawal perasaan. Melampau betul fanatiknya

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Program Tempahan Qurban Secara Online Sudah Bermula

Assalamualaikum, kepada Muslimin dan Muslimat mesti dah sedia maklum kan yang kita akan sambut Hari Raya Haji tak lama lagi. Dah puas beraya sakan, sekarang dah sampai masa untuk kita fokus dengan ibadah seterusnya iaitu melakukan ibadah qurban.

Sebelum ni pun, saya dah banyak juga berkongsi berkenaan PROGRAM TEMPAHAN QURBAN ONLINE bersama pihak EQURBAN. Rasanya sudah 3 tahun saya menjadi sebahagian dari pihak yang bertanggungjawab untuk sama-sama mewarwarkan program ini.

Tiada paksaan dalam beribadah sunat, tapi jika kita ada lebihan rezeki, apalah kiranya kita sama-sama keluarkan sedikit untuk diberikan pada mereka yang kurang bernasib baik. Kalau kita di Malaysia, makan daging kambing, lembu itu sudah menjadi perkara biasa tapi tidak untuk saudara seislam kita di Kemboja. Nasib mereka berbeza dengan kita di Malaysia.

Mungkin ada pihak yang beranggapan bahawa PROGRAM TEMPAHAN QURBAN yang dijalankan oleh pihak EQURBAN hanya fokus pada urusan jual beli daging qurban untuk keperluan sepanjang hari raya haji sahaja. Sebenarnya tanggungjawab mereka tidak terhenti di situ ya.

“Dengan bermula hanya 10 ekor lembu tempahan pada Hari Raya Qurban 2009, pihak EQURBAN terus berusaha membantu umat islam khususnya di Kemboja dan dengan pelbagai strategi akhirnya cita2 kami untuk membuat jualan 1000 ekor akhirnya telah diizinkan ALLAH.”

Dengan peningkatan jualan, hasil tempahan qurban secara online anda dan juga tempahan secara terus inilah yang memberi ruang yang luas untuk pihak EQURBAN terus membuat sumbangan kepada pembangunan minoriti islam terutama dalam konteks pembangunan ekonomi dan pendidikan. Antara kejayaan termasuklah menaiktaraf masjid, pembinaan sekolah, pembinaan kolam ikan, ladang getah seluas 20 hektar.

PROGRAM-TEMPAHAN-QURBAN-SECARA-ONLINE

Masih banyak lagi usaha yang kita semua perlu lakukan untuk membela nasib saudara seislam di Kemboja khususnya dan seluruh dunia amnya. Inilah masanya kita sama-sama muhasabah diri dan tanya pada diri kita sendiri “apakah sumbangan aku untuk saudara seislamku?”

Rezeki yang kita ada bukanlah untuk keperluan kita sendiri sahaja tapi ada hak-hak orang lain di dalamnya. Ambillah kesempatan sempena hari raya haji yang akan tiba tak lama ni untuk kita “berkorban harta” sedikit. Tidak banyak, sumbanglah sedikit. Tidak mampu seekor lembu, ambillah 1 bahagian dan niatlah perkara yang baik-baik. InsyaAllah, Allah bukan menilai ibadah kita pada harganya tapi pada keikhlasan kita.

Jika ada yang berminat untuk melakukan TEMPAHAN QURBAN SECARA ONLINE bersama EQURBAN, tempahan boleh dibuat sekarang di sini dan tarikh akhir adalah pada 30/9/2014 jam 12.00 tengah malam. Mudahan2an pada tahun ini kemeriahan seperti tahun-tahun sebelumnya akan kekal dinikmati. Amin

 

Artikel Berkaitan

Minta Maaf Versi Kosong-Kosong

Ini semua penangan Adik Iklan Hari Raya 2014 Telekom Malaysia yang comel sangat minta maaf versi kosong-kosong. Tahun ni saya tengok ramai betul yang guna style adik comel ni minta maaf bila bersalaman dengan saudara mara termasuk saya.

Spontan je pun. Kakak-kakak ipar pun sama. Kalau tahun-tahun lepas, biasanya ayat lebih panjang, tapi kali ni penangan iklan raya Telekom Malaysia 2014 ni, semua dah jadi kontot. “kosong-kosonglah ya”. hahahaha! Senang hidup zaman sekarang. hehehe

Kalau anda nak tonton video iklan raya Telekom Malaysia 2014 bertajuk “Adik” ni, anda boleh search saja di Youtube atau kalau malas macam saya ni (hahaha!) boleh juga tonton di blog hootoh.my yang ada masukkan video iklan raya ni dalam post mereka baru-baru ini.

Rasanya, adik comel dalam iklan raya TM 2014 ni akan “laris” lepas ni. Saya tak berapa pasti samada adik ni memang pernah berlakon dalam mana-mana drama ataupun belum. Tapi, kalau belum pernah, rasanya lepas ni dah boleh ganti adik Mia Sara kot sebab sama comel dah ni macam Mia juga.

Oklah, dikesempatan ini, saya selaku pemilik blog yang tidak seberapa nak glamour ni tetap nak minta ampun ya pada semua pembaca dan peminat (dasar perasan) blog Lizarazak.com. Pastinya sepanjang saya berkongsi maklumat di blog ini, saya ada terlepas kata-kata yang mungkin buat sesetangah pembaca rasa marah dan kecil hati. Saya minta maaf “kosong-kosong” ya.

 

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Tenangnya Keluarga Mangsa Pesawat MH17

Sudah kecoh isu pesawat MH17 yang terhempas selepas dikatakan ditembak semalam. Walaupun tiada ahli keluarga yang terlibat dalam insiden tragik ni, tapi sebagai manusia mestilah saya pun sedih dan terkesan juga. Sama macam anda semua. Kita semua ada hati.

Setiap jam saya tonton berita terkini dekat tv. Paling tak nak kalah bab berita terkini konon-konon mestilah berita dekat ASTRO AWANI. Dia punya tahap ulang tayang berita yang sama adalah selang 15minit. Sampai dah naik hafal. Tapi, biarlah. Kalau dah bosan, saya tutup tv.

Entahlah, mungkin saya je agaknya yang perasan hal ini atau mungkin anda yang lain pun perasan juga? Saya perhatikan, ahli keluarga mangsa yang ditemuramah kali ini nampaknya macam “orang-orang alim”. Kenapa saya cakap macam ni? Cara mereka pada saya sangat tenang bila bercerita berkenaan mangsa. 

Sampai 1 tahap, saya pulak yang keluarkan soalan kurang bijak dekat ibu saya “mak, kenapa makcik ni relax je anak dia meninggal?”. Ibu saya jawab spontan “orang ada ilmu agama, tahu takdir ni kan lain..”.

Ya, betul juga. Kalau tengok cara mereka menjawab soalan-soalan dengan agak tenang, dan tidak terlalu beremosi, memang saya pun rasa mereka ni golongan yang agak alim. Sedih, mestilah sedih kehilangan anak, menantu, cucu,saudara terdekat yang lain tetapi syukurlah mereka boleh kawal emosi dan tidak keterlaluan tunjuk kesedihan.

Mudah-mudahan semua mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 semalam ditempatkan di kedudukan yang baik di sisi Allah SW.T, diberikan pangkat syahid dunia, dan bahagia di alam sana. Rezeki mereka “pergi” dalam bulan Ramadhan yang mulia ni, 10 malam terakhir dan malam Jumaat. Doakan yang terbaik buat mangsa. Al-Fatihah

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Jangan Sambut Hari Ibu Gaya Orang Barat

Assalamualaikum, lamanya menjauhkan diri dengan blog sendiri. Mesti blog sendiri pun menyampah dengan tuan dia. hahaha! Maaflah, busy urus itu ini. Demam pun boleh kacau mood juga sebenarnya. Tapi, sempena nak hari ibu ni mari kita gagahkan juga menaip.

Eleh, macamlah susah sangat nak menulis blog. hihihihi

Berbalik pada tajuk “jangan sambut hari ibu gaya orang barat”. Kenapa saya kepoh sangat nak membebel pasa perkara ni? Ok, sebabnya ialah sejak 2-3tahun kebelakangan ni kalau anda semua perasan yang orang Malaysia kita dah mengada-ngada sangat semua benda dia nak tiru macam ala-ala orang barat.

PROMO HARI IBU : AL-QURAN PELANGI FALISYA RM90 SAHAJA!

Kalau tak menyimpang keluar daripada landasan agama tu memanglah tak kisah tapi rasanya kita kan masih orang Timur. Adan dan cara kita berbeza. Nak buat apa ikutkan sangat cara sambutan orang barat? Kenapa mesti sambut hari ibu dengan bawa ibu-ibu kita ke dinner atau pesta apa-apalah yang “tidak berapa senonoh”. Ada pertunjukkan yang bukan-bukan, langsung tiada ciri-ciri keagamaan?

Ada pulak tu yang lagi best punya perangai. Bagi tiket free macam-macam tapi diri dia sendiri TAK JENGUK pun ibu. Ikut gaya orang kaya-kaya. Hulur duit, lepas tu ghaib batang hidung. Ya Ampun, anak jenis apakah ini? Kalau orang barat, ya memang ibu bapa mereka yang tua ni lebih suka “privacy”. Kira memang diorang sukalah dapat hadiah macam ni, walaupun anak-anak tak bersama dengan mereka.

Tapi, kita ni orang melayu, orang Islam.

Kan ke lebih elok kalau masa sambutan hari ibu tu nanti, kita sama-sama berkumpul adik-beradik. Tak payah bawak apa-apapun tak apa sebenarnya sebab ibu kita ni bukannya nak harta kita. Dia cuma nak KITA. Hah, sebab tulah tak payah nak ikut cara orang Barat sambut hari ibu sangat.

Mereka ada cara mereka sendiri. Tapi, kita sebagai orang Islam ni cuba buat cara sendiri. Datang rumah, berkumpul adik-beradik, buat solat berjemaah, masak sama-sama, makan sama-sama (walaupun tak sesedap dekat restaurant tapi percayalah TETAP SEDAP!) dan BONUS untuk ibu kita, urutlah badan dia. hahahaha!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Kes Flight MH 192 Pulak

Kes Flight MH 192 pulak. Belum lagi habis kes MH 370, dah ada kes baru. Dekat Malaysia juga. Petunjuk apakah ini? Tapi, nasib baik untuk kes flight MH192 sebab  semuanya selamat selepas pilot dapat buat pendaratan cemas dengan cukup baik. Umur masih panjang.

Apakah agaknya pengajaran yang kita sebagai rakyat Malaysia boleh ambil ya dari kes kehilangan pesawat MH370, kes feri terbalik dan terbaru kes flight MH192 pulak yang nyaris juga terhempas kalau pilot tak cekap ni? Mula-mula malas nak ambil tahu tapi selaku umat Islam, rasanya kita kena ambil serious juga kes macam ni.

Allah dah beri peringatan berkali-kali. Kalau manusia tidak ambil juga ikhtibar, alangkah ruginya. Mungkin CEO MAS sudah boleh duduk berfikir dan buat keputusan cepat untuk ikut jejak langkah syarikat penerbangan Brunei untuk mewajibkan pramugara dan pramugari memakai uniform kerja yang lebih mengikut syariat dan hentikan jualan minuman keras di atas pesawat. Setuju?

Bagi kita pula, jangan pandang ringan tentang kes misteri kehilangan pesawat MH370, kes feri terbalik dan karam, kes kematian mengejut Karpal Singh dalam kemalangan dan terbaru KES FLIGHT MH192 yang hampir saja meragut nyawa lagi ni sebagai BERITA BIASA-BIASA saja.

Kita pun kena ambil ikhtibar. Tak mungkin semua benda ni jadi takpa sebab. Mesti ada hikmah dan pengajaran yang Allah nak beritahu. Sama-samalah kita renung dan muhasabah diri semula. Kembali semula pada kitab agung iaitu Al-Quran. Apa-apapun, tahniah pada pilot FLIGHT MH192 yang berjaya lakukan pendaratan cemas dengan selamat. Alhamdulillah

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Kempen Keluarkan Semua Duit ASB Bermula

Jom KELUARKAN DUIT ASB! Ok, tajuk ke macam nak gaduh. Sebenarnya tak nak gaduh pun macam isu Wardina Safiyyah dan Ustaz Don kesayangan hamba itu (menyempat). Artikel ini adalah untuk diri sendiri sebab dah tak sabar nak melabur dengan cara yang lebih Islamik.

Saya tidak mahu cerita tengan hukum melabur dengan ASB,ASN atau mana-mana saja unit saham dekat Malaysia ni. Sebab saya bukan mufit agama pun. Saya cuma ambil keputusan untuk keluarkan duit ASB saya yang dah disimpan dari kecil tapi dividen tak berapa sangat pun (tapi, tetap ada pertambahan cuma tak banyak) sebab saya dah buat sedikit kajian dan ada pihak yang dah berjaya buat saya faham tentang isu hukum melabur dengan ASB ni.

Saya akan keluarkan semua duit ASB saya dan melabur dalam UNIT TRUST ISLAMIC yang diikhtiraf oleh Malaysia dan paling best saya labur dan saya akan urus sendiri sebab saya adalah unit trust consultant. Lebih selamat kan? Saya ada kenalan yang memang dah ada pengalaman 10 tahun dengan unit trust dan semestinya dialah yang akan bantu saya dalam urusan switching dana saham.

Untung much? InsyaAllah. kalau takut dengan risiko melabur, memang sampai ketua lah kita takut. Saya dah buat research. Memang dah ramai yang melabur dengan cara ini, dan ada yang lebih bijak sebab dan ready nak hadap hari bersara dengan duit yang banyak. Mereka ni semua guna duit KWSP untuk saving. Simpan sekarang, lagi 10 tahun pencen, InsyaAllah duit dah beranak berganda-ganda. Better than ambil duit dan beli benda bukan-bukan!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Tolonglah Hormat Keluarga Karpal Singh

Tak boleh ke nak hormat keluarga Karpal Singh ya? Cuba letak diri anda semua di tempat keluarga Karpal Singh sekarang. Dah lah tengah sedih dengan berita kematian mengejut, keluarga Karpal Singh nak kena melayan karenah orang ramai yang kutuk-kutuk mendiang pulak.

Semalam, subuh-subuh lagi saya dah dapat gambar mendiang Karpal Singh yang berlumuran darah di bahagian muka akibat kes kemalangan maut tu. Tak ngeri langsung sebab mungkin lately ni kita asyik dihidangkan dengan tajuk dan muka orang kemalangan je dekat front page harian metro, sampai dah naik lali.

Cuma, rasa macam nak memaki pulak orang yang menyebarkan gambar tu. Sebenarnya tak perlu kot nak kena ada orang beritahu yang perkara menyebarkan gambar macam tu tak elok. Kan dah besar dan dah boleh fikir. Cubalah faham dan hormat sikit perasaan ahli keluarga Karpal Singh tu. 

Ok, nak beralik cerita lawak sikit. Saya janji, lawak ni sikit je. Semalam, orang sibuk cerita pasal 2 kes Karpal dan Kapal. Sebutannya kan lebih kurang sama  je. Saya bersembanglah dengan mak petang-petang semalam,

saya : mak, kapten kapal tu yang salah mak. Dah terlanggar batu agaknya, lepastu tak bertanggungjawab

mak : sejak bila tukang bawak kereta kita panggil kapten? nama baru ke?

aku : (blur)

mak: memang kita sebut kapten ye?

aku: mak cakap pasal kapten mana ni mak?

mak : yelah, kapten yang bawak karpal singh tulah

aku : ija cakap pasal KAPAL kat lautlah, bukan KARPAL dekat darat tu

Huwaaaa!!! Bukan dengan mak je terkena macam ni. 2,3 orang jugaklah yang terkena macam ni. Gara-gara sebutan kapal dengan karpal dah nak dekat dan kes pun memang tengah hangat sama-sama. Keliru sudahnya!!!! hahahahahahah

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Tricks Nak Dapat Geran Cradle CIP-Catalyst Bernilai RM150,000

Tricks Nak Dapat Geran Cradle CIP-Catalyst Bernilai RM150,000 ni maksudnya saya dah dapat ke belum? Mestilah belum cuma saya nak kongsi dengan anda semua salah satu cara mudah nak cuba nasib untuk dapatkan GERAN CRADLE CIP-CATALYST ni

Sebelum tu, biar saya berikan info sedikit tentang Geran Cradle CIP-Catalyst ini pada anda yang masih belum pernah dengar.

APA ITU CRADLE?

Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), an agency under the Ministry of Finance, Malaysia (MOF) is a not-for-profit organisation that manages the RM100 million Cradle Investment Programme since its inception in 2003. An additional RM50 million was recently added to this allocation under the 10th Malaysian Plan for 2011 and 2012.

APAKAH OBJEKTIF CRADLE?

Through the Cradle Investment Programme, we aim to:

Create an ecosystem that supports a strong and innovative business-building environment for technology entrepreneurs.
Achieve commercialisation efficiency and sustainable entrepreneurship for budding technology entrepreneurs per our credo of Catalysing Sustainable Technopreneurs.
Represent the Government’s effort at boosting quantity and quality of innovations and technology start-ups.

Mula-mula macam rajin nak terangkan berkenaan GERAN CRADLE CIP-CATALYST ni dalam bahasa melayu tapi lepastu malas pulak sebab nanti silap maksud, anda jugak yang tak faham. Jadi, saya copy paste saja (sebenarnya memang malas)

Dipendekkan, secara ringkasnya kalau anda ada idea bisnes yang best-best dan menepati bidang skop yang memang dipersetujui oleh pihak Cradle ni, kiranya anda layak untuk cuba apply Geran Cradle CIP-Catalyst Bernilai  beriban ni. Antara skop bidang yang layak adalah:-

KLIK PADA GAMBAR UNTUK TEMPAHAN

ICT

  • Mobile/wireless tech
  • Creative multimedia & content development
  • Shared services outsourcing
  • Hardware design
  • Software development (Bio-informatics, consumer productivity applications, data mining & business intelligence, electronic design automation, enterprise & business services, gaming & interactive entertainment, Internet & e-Commerce, networking, communications & connectivity, open source, operating systems, security)
  • Internet-based businesses

Non-ICT

  • Biotechnology (Bio-informatics, Bio-chemicals, Bio-diagnostics tools, agriculture and food tech)
  • Advanced materials
  • Advanced manufacturing-related tech
  • Renewable energy / waste management / recycling tech
  • High-technology consumer & business products
  • Others
  • Semi-conductors (manufacturing of integrated circuits, microprocessors, logic devices, chipsets, memory chips)
  • Life sciences (neuroscience, organic chemistry, potential drug target & method of treatment inventions, protein & nucleic acid-based inventions, small molecule chemistry & pharmaceuticals, medical devices, drug delivery systems, molecular biology assays, tools & techniques, analytical chemistry)
  • Clean technology (energy consumption, power management, alternative fuels & materials)

Ok, berbalik pada tajuk kontroversi di atas iaitu Tricks Nak Dapat Geran Cradle CIP-Catalyst Bernilai RM150,000, okay saya cuma mampu bagi 1 tips je. Sekiranya anda memang tiada pengalaman untuk buat kertas kerja atau kesuntukkan masa, saya cadangkan anda jangan buang masa dah. Cepat-cepat dapatkan khidmat pakar!

Siapa? Anda pergi google.com.my dan type keyword “servis membuat kertas kerja”. Cara ini membantu cuma agak lambat dan anda belum pasti lagi sahih ke tak sahih. Untuk mudahkan kerja anda, saya cadangkan anda contact Tuan Ahmad Zahirudin Ahmad Fauzi yang dah biasa dalam bidang ini. Contac beliau di Facebook peribadi di https://www.facebook.com/zahir75 dan semoga berjaya mencuba nasib untuk dapatkan geran cradle cip-catalyst ya.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts