Kenapa Perempuan Suka Main Duit Kutu?

Dulu dan sampai sekarang saya tertanya-tanya KENAPA PEREMPUAN SUKA MAIN DUIT KUTU atau bahasa bertamadun sikit iaitu duit undi. Saya perempuan juga tapi saya bukan jenis suka sangat main duit kutu ni.

Seumur idup saya, baru 2 kali saya terjebak dengan kancah duit kutu ni. Kali pertama masa zaman sekolah menengah dulu. Itupun tak main sampai habis sebab ada yang menipu duit tu. Mungkin itu puncanya kenapa saya tak suka sangat nak main duit kutu. KENA TIPU! Tapi, haritu bila kawan ofis ajak main, saya terjebak sekali lagi.

Kenapa perempuan suka sangat main duit kutu ni?

Kalau ada yang jawab sebab untung, tipulah. Mana ada dapat keuntungan apa-apa pun kalau main duit kutu ni. Saya malas nak main duit kutu pun sebab tak ada keuntungan dari segi pertambahan duit pun sebenarnya. Duit kutu ni bukan duit macam kita laburkan dalam “unit trust” yang  pernah saya share sebelum ni (maaf, sekarang saya demand. Terpaksa layan  kalau investor yang nak melabur dengan modal minima RM100 ribu sahaja).

Duit kutu ni lebih kepada simpanan duit yang tak bertambah atau berkurangan tetapi lebih kepada duit kita sendiri yang kita kumpul tiap bulan dan akan dipulangkan semula pada kita bila tiba giliran kita nanti cuma yang bestnya bila main duit kutu ni, kita bolehlah pilih nak bulan berapa untuk dapat duit kutu tu.

Main kutu ni tak ada unsur riba’ atau tak ada unsur yang salah di sisi agama pun. Sama je konsepnya kalau kita simpan duit dalam tabung ayam kita sendiri cuma, kalau nak harapkan kita kumpul duit tu sendiri memang jenuhlah nak tunggu sebab biasalah, bila kita tak ada komitmen pada orang lain, rasanya payah sikit nak konsisten bab menabung ni. Kan?

Lagi satu, kalau nak tunggu duit simpanan kita sendiri tu banyak bila sampai masa yang mana kita memang perlukan sangat duit yang banyak (bayar insurans kereta, bayar cukai harta dan macam-macam lagi), alamat sakitlah kepala kita. Tapi, kalau kita ada main duit kutu ni sekurang-kurangnya kita boleh anggar bila yang kita perlukan bantuan dana duit kutu tu nanti.

Apa-apapun, terpulanglah pada individu samada nak main duit kutu ataupun tak. Macam saya, main kutu dekat ofis sebab so far gaji agak mencukupi dan syok juga bila tiba giliran dapat duit kutu tu nanti! Kita enjoy!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Beli Buku Usahawan Akhirat

USAHAWAN AKHIRAT

Tak rancang pun nak beli buku USAHAWAN AKHIRAT ni. Senang cerita, sebenarnya TERBELI masa ikut kawan pergi kedai buku. Inilah masalah terbesar bila bawa ulat buku pergi kedai buku. Tak boleh keluar selagi tak capai satu atau dua buah buku.

Saya belum habis baca buku USAHAWAN AKHIRAT hasil gabungan tulisan Mohd Zaini Mohd Ariff dan juga Prof Muhd Kamil Ibrahim ni tapi sempat juga saya selak-selak helaian dalam buku ni. Review ringkas saya, buku ni sesuai kalau nak baca secara santai sebab penggunaan bahasa “pasar” kita je.

So, agak mudah nak faham. Saya memang tak suka baca buku yang ayat madah berhelah. Tak faham!

Lagi satu, tulisan dalam buku USAHAWAN AKHIRAT ni tak kecil macam cacing dan tak besar macam raksasa. Kiranya, tulisan pun membantu jugak untuk enjoy membacanya. Kalau nak baca sebelum tidur pun boleh. Best best.

Saya suka baca buku bergenre kisah benar penulis sendiri macam buku USAHAWAN AKHIRAT ni. InsyaAllah, kalau ikut pengalaman saya baca buku Prof Kamil yang pertama dulu berkenaan cerita beliau ke Tanah Suci Mekah dulu, memang penulisan beliau sangat ringkas dan padat. Rasanya buku terbaru ni pun sama!

Tak sabar nak teruskan baca buku ni. Walaupun saya bukanlah seorang usahawan lagi, tapi saya ada cita-cita nak jadi usahawan yang berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Solat Lewat Kerana Bola Sepak

Macam-macam karenah manusia ni kalau kita perati. Kalau nak ajak pergi surau, dia punya alasan ada 8000. Tapi, kalau pergi stadium laju dia lain macam. Rasanya, kalau dah nazak pun mungkin sanggup pergi.

Okay, okay. Mesti orang yang kaki pergi stadium tengok bola akan maki hamun bila baca artikel ni tapi hmm hmm hmm takpelah kot sebab ini blog saya. hahahaha!

(eh kau, dah lah malas nak update blog. Bila dah update, main kasar pulak)

Tapi, betul kan? Malam Awal Muharram orang pergi surau baca doa Akhir dan awal tahun, tapi ada sekelompok orang ni sibuk bersorak sakan tengok bola. Macam kurang adab juga kot. Itu pandangan sayalah.

Mungkin saya silap. Mungkin saya kolot tapi macam saya katakan tadi. Itu pandangan peribadi saya. Terpulanglah, masing-masing ada hak memilih.

Tak lama lagi ada final bola kan? Kita tengok macam mana masing-masing dok berebut beli tiket bola sepak. Hari tu, ustaz tempat saya belajar ada share pengalaman dia berborak dengan salah seorang peminat fanatik JDT.

Saya cuba kongsikan dialog mereka ya, tapi of course tak 100% sama sebijik sebijanlah dengan apa yang keluar daripada mulut ustaz tu. Saya ubah sikit ikut ayat saya.

Ustaz: Bang, dari mana?

Kaki bola: Baru balik dari stadium. Alhamdulillah, syukur saya dapat jugak tiket ni (aku gelak. serious, aku gelak)

Ustaz:  Pukul berapa beratur tadi?

Kaki bola: Syukur ustaz, saya dapat bangun awal. Sampai stadium 3:30 pagi.

(tak waras betul. hahahaha)

ustaz: Saudara Subuh dekat mana?

Kaki bola: Ustaz, Allah ni takkan menyusahkan kita. Islam ni mudah je, Ustaz. Dekat mana-mana boleh solat.

Ustaz: Ya betul. Saudara sempatlah ya bersolat Subuh tadi. ALhamdulillah

Kaki bola: Sempat, Ustaz. Lepas dapat je tiket…saya terus solat. Tapi, dah 7:30 pagi. Tapi, solatlah ustaz

HAHAHAHAHAHAHAHA rasa nak gelak guling-guling dalam surau waktu tu tapi nasib baik boleh kawal perasaan. Melampau betul fanatiknya

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Ambil Peluang Melakukan Ibadah Qurban Kambing Di Mekah

Ambil Peluang Melakukan Ibadah Qurban Kambing Di Mekah

Ibadah Qurban sememangnya kita sudah sedia maklum, salah satu bentuk ibadah yang sangat mulia di sisi agama Islam. Pada yang masih tidak faham fadhilat melakukan Qurban, mungkin sudah sampai masanya untuk anda sama-sama mengambil berat berkenaan ibadah ini.

Ada sesetengah kita anggap, ibadah qurban ini hanya untuk orang yang sudah kaya raya. Yang tidak tahu nak habiskan wang yang ada di mana lagi. Silap besar ya. Sebenarnya ibadah Qurban ni terlalu banyak rahsia tersembunyi yang kita tidak akan tahu jika kita tidak pernah melakukannya iaitu mengeluarkan duit kita sendiri, hasil titik peluh kita sendiri untuk ibadah ini.

Bukan semua yang rela “rezekinya diambil” macam ini saja. Kononnya kita sudah penat lelah mencari rezeki, bila dapat duit, duit itu sudah jadi harta mutlak kita. Padahal, rezeki itu sebenarnya adalah milik Allah. Dengan ibadah Qurban inilah, kita menunjukkan rasa SYUKUR kita pada rezeki yang Allah sudah berikan pada kita selama ini. yes, SYUKUR.

Kalau nak tunggu kita kaya raya baru nak keluarkan sikit harta kita untuk melakukan ibadah Qurban, bimbang pulak umur kita tidak panjang. Tapi, terpulanglah pada individu. Masing-masing ada permintaan tersendiri pada Allah. Mungkin dengan cara melakukan ibadah Qurban ini akan menjadi penyebab termakbulnya doa kita yang selama ini terhijab oleh Allah, dan mana tahu ibadah Qurban  ini jugalah yang akan keluarkan kita daripada masalah yang kita tidak nampak jalan keluar selama ini.

Tidak mustahil, sebab memang sudah banyak perkongsian yang saya sendiri dengar dari mulut orang-orang yang sudah melakukan ibadah Qurban sebelum ini. Apa-apapun, buat anda yang rasa-rasa mahu melakukan ibadah Qurban, masih sempat ya kalau nak join TEMPAHAN QURBAN KEMBOJA ONLINE. Tarikh last tempahan adalah pada 30 September 2014 dan anda boleh rujuk harga di sini

Alhamdulillah, tahun ini pihak E-QURBAN buka peluang pada kita semua untuk melakukan ibadah Qurban di Mekah pula. Syukur sangat-sangat kan? Kalau nak pergi sendiri ke Mekah, alamatnya tak tahu bila.Mujur ada pihak E-QURBAN yang memudahkan urusan kita. Cuma, untuk ibadah Qurban Mekah ni, hanya KAMBING sahaja yang dibuka dengan harga RM400 seekor untuk 1 nama.

Sekiranya ada yang berminat nak melakukan ibadah Qurban kambing di Mekah tahun ini, ada sedikit kelebihan rezeki tu bolehlah membuat tempahan anda di website RASMI E-QURBAN

 

Artikel Berkaitan

Blogger, Tapi Tak Tulis Berkaitan Blog Pun!

Artikel terkena dekat batang hidung sendiri. Sejak akhir-akhir ni, saya mengaku yang saya semakin tidak ada masa nak update sekerap dulu. Komitmen kerja yang memerlukan saya ke sana ke sini, sampai tak ada masa nak menghadap laptop selalu untuk update artikel best-best.

Selama ni best ke? hahahahaha!

Komitmen kerja pun ya, komitmen pada bisnes Al-Quran kami yang nampaknya semakin berkembang pun ya juga jadi punca saya tak dapat nak update blog ni. Kalau dulu, kami fokus menjual Al-Quran Pelangi sahaja, tapi macam sekarang ni dah ada pelbagai jenis Al-Quran termasuk Al-Quran Istimewa Mushaf Al-Madinah, Al-Quran Terjemahan 30 jilid berkotak, A-Quran Terjemahan 30 jilid beg,Al-Quran kulit keras, Al-Quran corak jalur dan Al-Quran Pelangi macam Wardina Saffiyah guna pun ada.

KLIK GAMBAR UNTUK INFO LANJUT

Banyak kot senarai Al-Quran kami sekarang. Bayangkan pula macam mana kami nak manage tempahan Al-Quran banyak-banyak ni. Sakit juga sebenarnya. Porak poranda hidup kalau musim orang dapat gaji dan serbu nak order. Tapi, itu semua rezeki Allah beri. Alhamdulillah.

Cukuplah 2 komitmen ni je yang saya share. Walaupun mungkin ada sesetengah orang yang nampak kerja ni macam mudah tapi tak pada saya. Susah kot. Bila siang, bekerja dengan orang. Bila malam, nak kena uruskan bisnes sendiri. Selesai je semua, terus lompat katil. Tidur.

Bila masanya nak ngadap blog sendiri yang dah bersarang ni???

Memang jarang sangat dah sekarang ni saya nak update blog. Kalau ada pun, saya tak sempat nak update berkaitan tips blog itu dan ini lagi macam dulu-dulu. Sekarang pun, saya perasan ramai blogger yang dah tak minat nak share berkaitan tips blog. Tak pastilah diorang pun sama busy macam saya ataupun diorang ada alasan lain.

Ke memang dah tak musim update blog pasal tips blog bagai hah? Entah, jawab sendirlah ya. hehehehe Salam. Eh cop, jangan lupa ya. PROGRAM TEMPAHAN QURBAN ONLINE SUDAH BERMULA okay. Boleh tempah sekarang kalau berminat, jangan buat last minute!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Program Tempahan Qurban Secara Online Sudah Bermula

Assalamualaikum, kepada Muslimin dan Muslimat mesti dah sedia maklum kan yang kita akan sambut Hari Raya Haji tak lama lagi. Dah puas beraya sakan, sekarang dah sampai masa untuk kita fokus dengan ibadah seterusnya iaitu melakukan ibadah qurban.

Sebelum ni pun, saya dah banyak juga berkongsi berkenaan PROGRAM TEMPAHAN QURBAN ONLINE bersama pihak EQURBAN. Rasanya sudah 3 tahun saya menjadi sebahagian dari pihak yang bertanggungjawab untuk sama-sama mewarwarkan program ini.

Tiada paksaan dalam beribadah sunat, tapi jika kita ada lebihan rezeki, apalah kiranya kita sama-sama keluarkan sedikit untuk diberikan pada mereka yang kurang bernasib baik. Kalau kita di Malaysia, makan daging kambing, lembu itu sudah menjadi perkara biasa tapi tidak untuk saudara seislam kita di Kemboja. Nasib mereka berbeza dengan kita di Malaysia.

Mungkin ada pihak yang beranggapan bahawa PROGRAM TEMPAHAN QURBAN yang dijalankan oleh pihak EQURBAN hanya fokus pada urusan jual beli daging qurban untuk keperluan sepanjang hari raya haji sahaja. Sebenarnya tanggungjawab mereka tidak terhenti di situ ya.

“Dengan bermula hanya 10 ekor lembu tempahan pada Hari Raya Qurban 2009, pihak EQURBAN terus berusaha membantu umat islam khususnya di Kemboja dan dengan pelbagai strategi akhirnya cita2 kami untuk membuat jualan 1000 ekor akhirnya telah diizinkan ALLAH.”

Dengan peningkatan jualan, hasil tempahan qurban secara online anda dan juga tempahan secara terus inilah yang memberi ruang yang luas untuk pihak EQURBAN terus membuat sumbangan kepada pembangunan minoriti islam terutama dalam konteks pembangunan ekonomi dan pendidikan. Antara kejayaan termasuklah menaiktaraf masjid, pembinaan sekolah, pembinaan kolam ikan, ladang getah seluas 20 hektar.

PROGRAM-TEMPAHAN-QURBAN-SECARA-ONLINE

Masih banyak lagi usaha yang kita semua perlu lakukan untuk membela nasib saudara seislam di Kemboja khususnya dan seluruh dunia amnya. Inilah masanya kita sama-sama muhasabah diri dan tanya pada diri kita sendiri “apakah sumbangan aku untuk saudara seislamku?”

Rezeki yang kita ada bukanlah untuk keperluan kita sendiri sahaja tapi ada hak-hak orang lain di dalamnya. Ambillah kesempatan sempena hari raya haji yang akan tiba tak lama ni untuk kita “berkorban harta” sedikit. Tidak banyak, sumbanglah sedikit. Tidak mampu seekor lembu, ambillah 1 bahagian dan niatlah perkara yang baik-baik. InsyaAllah, Allah bukan menilai ibadah kita pada harganya tapi pada keikhlasan kita.

Jika ada yang berminat untuk melakukan TEMPAHAN QURBAN SECARA ONLINE bersama EQURBAN, tempahan boleh dibuat sekarang di sini dan tarikh akhir adalah pada 30/9/2014 jam 12.00 tengah malam. Mudahan2an pada tahun ini kemeriahan seperti tahun-tahun sebelumnya akan kekal dinikmati. Amin

 

Artikel Berkaitan

Ayat-Ayat Al-Quran Sebagai Doa

Dekat page Al-Quran Pelangi Murah kali ni saya ada kongsikan beberapa ayat dalam Al-Quran yang boleh kita amalkan sebagai doa harian. Saya dah tak ingat mana sumbernya tapi saya ambil di Facebook juga. Mudah-mudahan perkongsian yang ringkas dan tak seberapa ni berguna.

AYAT-AYAT AL-QURAN SEBAGAI DOA 

Untuk elak suami/isteri dan anak-anak bergaduh :
Surah Al Baqarah – Ayat 102

Anak-anak pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa’- Ayat 79

Anak-anak lembut hati/elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa – Ayat 69,
Surah Al Hasyr – Ayat 22-24

Anak-anak malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding :
Ayat akhir surah At Taubah

Bagi anak-anak yang suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air dan spray keliling rumah.

Saya ada lagi senarai ayat-ayat Al-Quran yang lain tapi untuk kali ni, saya kongsikan yang ini saja dululah ya. Kalau bagi semua nanti, pening pulak nak cari ayat-ayat dalam Al-Quran. hehehe! Kalau rasa perkongsian ni bermanfaat, bolehlah panjang-panjangkan artikel ni.

Artikel Berkaitan

NIAT PUASA DI BULAN RAMADHAN

NIAT PUASA DI BULAN RAMADHAN untuk kita sama-sama baca ya. Esok dah mula berpuasa bagi umat Islam di Malaysia. Dekat negara lain, saya tak pasti pulak kalau ada yang tercepat atau terlewat sehari. Bila dah mula berpuasa nanti, bolehlah booking buffet ramadhan casa ombak kan?

 

NIAT PUASA DI BULAN RAMADHAN

NIAT PUASA DI BULAN RAMADHAN

Dekat atas ni ada 2 niat. NIAT PUASA DI BULAN RAMADHAN ni kita boleh pilih samada nak niat setiap hari ataupun untuk sebulan terus. Dulu, masa kecik-kecik sya jarang niat sebulan. Sekarang bila dah besar, selalu tidur lewat malam. Takut tak terjaga sahur, jadi memang saya niat sebulan terus. Nak selamat. hehehe! Selamat berpuasa ya semua. Semoga Ramadhan tahun ini akan dapat merubah kita menjadi Hamba Allah yang kebih baik dari hari ini. Amin

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Boleh Kaya Ke Menabung Dengan 3 Tabung Ni?

Hobi saya daripada dulu lagi, suka memerhatikan tingkah laku orang sekeliling. Kadang-kadang, saya boleh duduk  berejam dekat sesuatu tempat tanpa berbuat apa-apa kecuali MEMERHATI! Yes, memang itu hobi saya. Buang masa? Tak juga.

Saya bukan perhati kosong. Saya nak belajar tentang hidup. Bila di negeri kelahiran saya, Johor Bahru ni tempat lepak saya adalah di pasar raya kelas pertengahan. Johor Premium Outlet tu saya tak suka pergi kecuali ada kawan-kawan yang ajak untuk shopping, barulah saya teman.

Teman, bukan beli sangat pun. Barang-barang terlampau mahal. Handbag yang tahap kucing-kucing saya, kalau nampak diorang buat alas tidur pun dah harga kemain tinggi berbelas-belas ribu. Kalau cantik tak apa, masalahnya tak cantik. hahahahaha! Kosser nak beli.

Ok, berbalik pada cerita tempat lepak saya tadi.

Seronok sebenarnya kalau pergi pasar raya biasa-biasa ni. Rasa macam tenang walaupun dengar suara pakcik-pakcik jual ikan terpekik terlolong tapi saya rasa seronok tengok gelagat masing-masing. Pada saya, walaupun hidup mereka MUNGKIN tak berharta sangat tapi saya rasa mereka bahagia. Mereka bergelak sakan dengan kawan-kawan, mereka bergurau senda dengan kucing jalanan, mereka makan seadanya je yang ada depan mata.

Kalau saya ke Kuala Lumpur pulak, biasanya kami cuma lepak dekat KLCC ataupun Pavillion. Tempat orang-orang kaya katanya. Siapa entah yang cop macam tu agaknya. Saya pernah masuk Pavillion dengan RM2 je dalam poket sebab lupa cucuk duit. hahahahaha!! Tak kaya pun? Caner?

2 tempat ini pun seronok jugak untuk dijadikan tempat belajar tentang hidup. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Dekat sinilah kita akan tengok anak-anak orang Islam (mak bapak pun sama) pakai baju macam tak cukup kain, bawak handbag berjenama berpuluh ribu, yang bertudung tapi baju ketat, bila Maghrib ramai anak-anak Islam yang masih lagi tengok movie, eh macam-macamlah.

Saya tak kata saya bencikan individu tu ya. Kan saya cakap, saya memerhati untuk belajar tentang hidup. Sikit pun tidak bencikan mereka yang berhabis duit bershopping sakan pada benda-benda dunia. Cuma, saya berdoa saja supaya Allah pelihara orang-orang kaya ni yang diberikan Allah rezeki melimpah ruah ni daripada menggunakan duit tu pada perkara-perkara keduniaan semata-mata.

Kita bersangka baik saja. Mereka sudah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai orang Islam dengan baik termasuk sudah berzakat dan sedekah.

Semua orang nak kaya termasuk saya tapi kaya dalam Islam bukanlah maksudnya kita kaya dengan wang ringgit saja. Definisi kaya dalam Islam, lebih terperinci rasanya. Orang kata, kalau nak kaya kenalah menabung. Maka, kita pun kenalah menabung. kan?

Cuma, saya ada cara saya sendiri bila menabung. Saya ada 3 tabung. Pertama, tabung peribadi untuk saya gunakan duit tu buat beli barang keperluan saya sendiri. Kedua, tabung bisnes untuk saya simpan modal perniagaan bila diperlukan nanti dan tabung ketiga ialah tabung akhirat. Saya tak tetapkan berapa jumlah yang saya perlu masukkan dalam tabung ketiga tu. Kalau dekat tangan saya ada duit dan saya nampak tabung “akhirat” saya ada depan mata, saya masukkan saja. Duit tu nanti saya gunakan bila perlu (tak perlu sebut untuk apa)

Boleh Kaya Ke Menabung Dengan 3 Tabung Ni? Wallahualam. Saya tak kaya lagi dengan wang ringgit tapi yang pasti dengan cara menabung macam ni, hidup saya macam lebih tenang dan santai betul rasanya. Hidup rasa CUKUP. Allah lah kot yang masukkan perasaan merasa cukup ni dalam hati saya.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Ibadat Kita Untuk Siapa?

Mulanya saya mahu berkongsi berkenaan Unit Trust tetapi rasanya ada ilmu akhirat lain yang perlu saya kongsikan sementara masih ada isi pentingnya dalam kepala otak yang semakin menua ni (mengaku pulak kau?). Ibadat kita untuk siapa dan untuk apa sebenarnya?

Saya ada pengajian ilmu dekat surau Maghrib tadi. Soal jawab ibadat itu ini. Pendekkan  cerita jelah ya. Lepas ustaz jawab soalan, dan terangkan apa yang patut tiba-tiba adalah seorang hamba Allah ni dok bertanya soalan best “ustaz, tak berdosa ke kalau kita buat ibadat contohnya solat banyak-banyak, puasa selalu tapi sebenarnya bersebab. Macam buat solat Dhuha, sebab kita harapkan ganjaran murah rezeki”

Ustaz jawab panjang lebar tapi saya cuba ringkaskan. Ustaz cakap, kita tak berdosa cuma kita masih belum sampai tahap PENGHAMBAAN yang sebenar-benarnya pada Allah selagi masih ada dalam hati kita ni mengharapkan ganjaran daripada Allah bila melakukan sesuatu ibadat.

Tersentap jugaklah dibuatnya. Then Ustaz cakap lagi, tapi bukanlah pelik kalau kita ada sifat mengharapkan ganjaran ni sebab kita bukanlah tahap wali-wali Allah. Mereka memang beribadat secara total kerana merasakan diri mereka tu adalah HAMBA dan kerja HAMBA itu memang buat apa saja suruhan tanpa banyak soal dan tidak layak mengharapkan ganjaran apa-apa!

Lagi, ustaz huraikan sikit firman Allah dalam ayat Al-Quran berkenaan makam Syurga yang terbahagi kepada 2 tu. Rupa-rupanya syurga pun ada tahapnya. 1, syurga untuk orang yang melakukan suruhan Allah masa di dunia tetapi mereka memang buat ibadat tu untuk rebut ganjaran dan janji Allah di syurga nanti. Mereka akan masuk syurga, akan dapat kesenangan syurga tapi syurga mereka bukanlah syurga yang setaraf syurga para Nabi, Rasul dan wali-wali Allah.

So, ustaz suruh kami semua balik dan katakan balik pada diri ibadat yang mana satu yang kami lakukan hanya semata-mata kerana Allah, kerana sedar kita hamba yang memang patut buat segala suruhan tanpa banyak soal dan kita buat tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (walaupun, memang akan diberi ganjaran dari sisi Allah).

Seingat saya, macam tak ada. huhuhuhu!! Sedihnya. Solat Dhuha untuk tambah rezeki. Puasa tapi mengharapkan nak raya cepat, berterawih tapi tetap terbayang juga fadhilat dan paha yang berlipat kali ganda orang kata. Alah, macam-macam lagilah sebenarnya!

Takpelah, syukur juga sebab diizinkan Allah datang pengajian Maghrib tadi. Bolehlah tambah ilmu ni sikit. InsyaAllah akan cuba perbaiki tahap iman. Walaupun gerak kemain lembap, tapi tak apalah. Kita cuba. hehehehe

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts