Kenapa Perempuan Suka Main Duit Kutu?

Dulu dan sampai sekarang saya tertanya-tanya KENAPA PEREMPUAN SUKA MAIN DUIT KUTU atau bahasa bertamadun sikit iaitu duit undi. Saya perempuan juga tapi saya bukan jenis suka sangat main duit kutu ni.

Seumur idup saya, baru 2 kali saya terjebak dengan kancah duit kutu ni. Kali pertama masa zaman sekolah menengah dulu. Itupun tak main sampai habis sebab ada yang menipu duit tu. Mungkin itu puncanya kenapa saya tak suka sangat nak main duit kutu. KENA TIPU! Tapi, haritu bila kawan ofis ajak main, saya terjebak sekali lagi.

Kenapa perempuan suka sangat main duit kutu ni?

Kalau ada yang jawab sebab untung, tipulah. Mana ada dapat keuntungan apa-apa pun kalau main duit kutu ni. Saya malas nak main duit kutu pun sebab tak ada keuntungan dari segi pertambahan duit pun sebenarnya. Duit kutu ni bukan duit macam kita laburkan dalam “unit trust” yang  pernah saya share sebelum ni (maaf, sekarang saya demand. Terpaksa layan  kalau investor yang nak melabur dengan modal minima RM100 ribu sahaja).

Duit kutu ni lebih kepada simpanan duit yang tak bertambah atau berkurangan tetapi lebih kepada duit kita sendiri yang kita kumpul tiap bulan dan akan dipulangkan semula pada kita bila tiba giliran kita nanti cuma yang bestnya bila main duit kutu ni, kita bolehlah pilih nak bulan berapa untuk dapat duit kutu tu.

Main kutu ni tak ada unsur riba’ atau tak ada unsur yang salah di sisi agama pun. Sama je konsepnya kalau kita simpan duit dalam tabung ayam kita sendiri cuma, kalau nak harapkan kita kumpul duit tu sendiri memang jenuhlah nak tunggu sebab biasalah, bila kita tak ada komitmen pada orang lain, rasanya payah sikit nak konsisten bab menabung ni. Kan?

Lagi satu, kalau nak tunggu duit simpanan kita sendiri tu banyak bila sampai masa yang mana kita memang perlukan sangat duit yang banyak (bayar insurans kereta, bayar cukai harta dan macam-macam lagi), alamat sakitlah kepala kita. Tapi, kalau kita ada main duit kutu ni sekurang-kurangnya kita boleh anggar bila yang kita perlukan bantuan dana duit kutu tu nanti.

Apa-apapun, terpulanglah pada individu samada nak main duit kutu ataupun tak. Macam saya, main kutu dekat ofis sebab so far gaji agak mencukupi dan syok juga bila tiba giliran dapat duit kutu tu nanti! Kita enjoy!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Pelaburan Unit Trust Rahsia Usahawan Kumpul Modal Pusingan

public-bank-mutual-gold

Dulu,  masa zero dalam dunia bisnes, saya selalu tertanya-tanya dari mana orang-orang kaya dekat Malaysia semua ni boleh ada duit kepuk-kepuk. Seolah-olah dekat rumah mereka ada mesin mencetak dan mengecop duit (tahyul betul). Akhirnya, sekarang barulah saya tahu RAHSIA USAHAWAN ni

Mungkin bukan semua, tapi saya yakin 90% daripada usahawan dalam dunia ni memang pakai rahsia ni. Mereka memang berniaga tetapi total duit dalam akaun bank mereka majoritinya hasil PELABURAN menggunakan keuntungan bisnes mereka! Yes, rahsianya ialah mereka melabur duit.

BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK

Kita ada beberapa pilihan tempat pelaburan sebenarnya dekat Malaysia ni. Kita ada pelaburan hartanah (tapi kalau zero knowledge, saya tak galakkan sangat) yang ROI (return on investment) dalam 6% puratanya, kita ada pelaburan ASB berstatus “halam” (gabungan halal dan haram) yang beri pulangan 7%-8% dan BELUM DITOLAK ZAKAT, dan kita juga boleh melabur di Tabung Haji yang akan beri dividen dalam 5% purata atau juga pelaburan unit trust dengan purata ROI 12%-15% bergantung pada keadaan pasaran saham semasa.

Untuk artikel ini saya cuma fokuskan pada PELABURAN UNIT TRUST sebab tajuk pun dah jelas atas ni kan? Antara rahsia usahawan Malaysia (kebanyakkan orang Cina) boleh kumpul duit yang banyak adalah dengan pelaburan ini. ROI agak besar jumlahnya berbanding pelaburan yang lain, dan biasanya usahawan ni memang ada “DUIT LEBIHAN” untuk mereka labur dan hasilnya akan dijadikan sebagai modal pusingan untuk tempoh 3-5 tahun akan datang.

Yes, mereka bijak sebab mereka tahu konsep pelaburan unit trust adalah pelaburan jangka panjang yang sangat menguntungkan. syaratnya, kena ada mindset yang betul iaitu KEUNTUNGAN HANYA AKAN DAPAT DICAPAI HANYA SELEPAS MINIMA 3 TAHUN dan jangan terkejut pulangan mereka biasanya adalah lama range 80%-100% daripada modal pelaburan mereka iaitu almost 2kali ganda.

Katakan 1 usahawan ni letak modal pelaburan mereka RM50k, selepas buat sikit kira-kira (ta payahlah tunjuk kan? kalau nak suruh tunjuk, email saya ya) selepas 5 tahun, biasanya mereka dah dapat cover modal dan dapat keuntungan 2 kali ganda (kalau kena gaya, boleh dapat lebih) dalam RM100k-RM150k.

Itu baru letak RM50K tapi biasanya usahawan Malaysia yang sudah biasa dengan pelaburan unit trust dan tahu nak pilih bank mana yang terbaik (hint, papan iklan dekat tepi jalan yang besar gedabak tu tunjuk bank public apa?) mereka biasanya akan main dengan 2 pakej pelaburan sahaja iaitu MUTUAL GOLD (RM120K++) dan MUTUAL GOLD ELITE (RM500K++).

Malas nak sebut pulangan yang mereka akan dapat kalau dah jadi ahli GOLD ni. Nama pun GOLD. Mestilah hasilnya menggoda. hahaha! Tapi, kalau ada yang interested nak tahu details, boleh je contact me dan tinggalkan email di ruang komen pun boleh. Actually banyak benefit yang usahawan ni boleh dapat sementara mereka tunggu 5 tahun untuk dapat keuntungan tu, tapi yang paling ramai orang suka ada 2 benefit ni. FREE PERSONAL INSURANCE dan FREE WILL WRITING (orang banyak duit wajiblah tulis wasiat kan??)

Maka, cukuplah setakat ini je perkongsian saya ya sebagai unit trust consultant. Tak ramai yang tahu rahsia usahawan kita ni buat duit dan bina empayar perniagaan mereka, hari ini saya dah kongsikan. Tapi, bukanlah bermaksud mereka hanya bergantung pada hasil keuntungan pelaburan unit trust sahaja, of course ada lagi yang lain

Artikel Berkaitan

Cara Semak KWSP Secara Online

Nah, CARA SEMAK KWSP SECARA ONLINE untuk anda semua. Simple sangat nak semak KWSP secara online sekarang ni. Lepas dah semak, bolehlah invest dalam unit trust. Barulah hidup senang bila dah pencen nanti.

CARA SEMAK KWSP SECARA ONLINE

cara-semak-kwsp-secara-online

Tak susah pun kan nak faham Cara Semak KWSP Secara Online yang saya kongsi ni kan? Tak susah, cuma masa mula-mula tu kenalah rajin sikit. Pergi kiosk ataupun call centre tu yang orang tak rajin nak buat. Tapi, apa kata berpegang pada ayat ini “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian” hahahaha! Bye!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Maksimakan Simpanan Anda Dengan Compound Interest Dalam Unit Trust

Mari saya bukakan mata anda tentang cara memaksimakan simpanan anda dengan Compound Interest dalam Pelaburan Unit Trust. Mungkin ramai yang masih tak tahu tentang UNIT TRUST INVESTMENT ni. Yes, memang ada kenalan-kenalan saya yang masih tak tahu langsung.

Maaf cakap, tapi rasanya anda mungkin dah pun lepaskan peluang yang sepatutnya anda dah lama dapat. Orang Cina sudah lama kaya dengan cara pelaburan unit amanah dekat Malaysia ni, cuma kaum kita saja baru nak tahu taktik jana wang ini. Ini bukan SCAM atau FOREX ke apa entah yang sibuk orang main tu. Takpe, anda bolehlah rujuk semula artikel-artikel saya yang ini, juga yang ini dan yang ini ya untuk dapat idea sikit tentang UNIT TRUST.

PROGRAM WAKAF AL-QURAN RAMADHAN 2014

Kali ni saya nak tunjukkan pada anda macam mana nak maksimakan simpanan anda dengan conpound interest unit trust investment. Tahukah anda bahawa “compounding interest” adalah salah satu senjata orang-orang kaya untuk menjadi lebih kaya? Dalam membuat pelaburan “compounding interest” adalah satu faktor yang sangat penting dalam menambah banyakkan wang terkumpul anda. Internet Marketer Hebat Malaysia, Irfan Khairi pun ada sebut hal ini!

Inilah istilah yang tepat dan untuk mudahkan anda faham tentang COMPOUND INTEREST ini adalah ianya sistem di mana “Wang bekerja untuk Wang” @ “Money at work”. Inilah rahsia yang kebanyakan kita tidak tahu pun, padahal ianya sangat penting dalam bab kewangan ni okay.

Sesiapa sahaja pun membuat pelaburan untuk menjana pertumbuhan kewangan. Selain daripada pulangan modal, dividen dan bonus, pelabur juga menjana lebih kewangan hasil daripada kesan compound interest sepanjang tempoh pelaburan. Lebih awal seseorang itu melabur, maka lebih banyaklah manfaat kesan kompaun yang diterima. Saya sertakan 1 contoh di sini ya:-

Jika Ali menyimpan RM1,000 setiap tahun pada usia 18 tahun hingga 27 tahun, dengan kadar purata pulangan tujuh peratus setahun, simpanannya akan mencapai RM98,294 pada usia 55 tahun. Ini bermakna dengan modal simpanan RM10,000, Ali telah menikmati pulangan sebanyak RM88,294 hasil kesan kompaun pelaburan!
Berbanding Abu yang mula menyimpan pada usia 28 tahun, dengan jumlah simpanan RM1,000 setiap tahun selama 28 tahun, dengan kadar purata pulangan tujuh peratus, simpananya mencecah RM86347 pada usia 55 tahun. Dengan modal simpanan RM28,000, pulangan pelaburan Abu hanya berjumlah RM58,347.
Walaupun modal simpanan Abu lebih banyak daripada Ali, nilai simpanan Ali tetap jauh lebih tinggi disebabkan menyimpan pada usia muda. Inilah kelebihan ketara membuat pelaburan di awal usia, ‘dibantu’ pula oleh kesan kompaun dalam jangka masa panjang. Bak kata pepatah Inggeris, ‘the early bird catches the worm.’ Siapa cepat dia dapat. :)
Penat pulak nak teruskan artikel ni. hehehehe! Saya Unit Trust Consultant yang menetap di Johor Bahru, jadi siapa yang nak buat appointment boleh contact saya di lizarazak84[at]gmail.com dan saya akan terangkan dengan lebih detail lagi. 

Artikel Berkaitan

Contoh Mudah Unit Trust Investment VS EPF

Contoh Mudah Unit Trust Investment VS EPF ni terpaksalah saya kongsi jugak sebab ramai yang request nak tahu CARA MUDAH UNIT TRUST INVESTMENT ni gandakan wang anda. Mula-mula nak ajar step by step tapi dah ada yang tak sabar,amiklah contoh ni dulu.

Contoh Mudah Unit Trust Investment VS EPF

394134_299831663483627_790559050_n

 

Reti tak tu macam mana nak kira “return” yang kita akan dapat? hehehe. Kalau tak tahu, janganlah bersedih sebab memang ini bukan kerja asal semua orang tapi inilah salah satu kerja UNIT TRUST CONSULTANT. Dekat atas tu ada perbezaan keuntungan Okay, mari saya tunjuk 1 je contoh mudah unit trust investment vs epf ni pada anda ya. Tarik nafas, lepas tu lepas. hahaha! Jom!

FORMULA:

FV = PV x (1+r)^n

FV – future value , PV – present value , r – interest rate , n – bilangan tempoh

CONTOH MUDAH UNIT TRUST INVESTMENT CALCULATION:-

FV = PV x (1+r)^n

FV=5000(1+12%)^5

** 12% ini adalah tidak tetap. tapi di sinilah bezanya Unit Trust dengan EPF dan simpanan lain-lain. Orang takut nak invest dengan Unit trust sebab takut % ni jatuh tapi kalau anda faham KONSEP UNIT TRUST iaitu PELABURAN/SIMPANAN JANGKA PANJANG (minima 3 tahun-5tahun), dan tahu selok belok pelaburan secara UNIT SPLIT ni, dia tak akan risau. Yang ini kalau nak info lanjut, kena meet up 😛

Total return untuk simpanan 5 tahun dengan UNIT TRUST adalah RM8812

 


 

CONTOH MUDAH EPF saving CALCULATION:-

FV = PV x (1+r)^n

FV=5000(1+6%)^5

** 6% ini adalah tetap. Fikir logik macam ni jelah, EPF ni apapun terjadi memang 6% ajelah yang mereka akan beri anda sebagai pulangannya. Fikirlah sendiri. hehehehe!

Total return untuk simpanan 5 tahun dengan UNIT TRUST adalah RM6690

Faham tak? Apa? tak faham contoh mudah unit trust investment ni lagi? Tak apa. Pelang-pelan kayuh, nanti saya bagi artikel lagi. hahahaha! Sebelum tu, meh jemput cuci mata dekat ZARALEGACY.COM

 

Artikel Berkaitan

Perbezaan ASB Dengan Unit Trust Islamic Fund Secara Mudah

Sejak dah jadi UNIT TRUST CONSULTANT JOHOR BAHRU yang sah ini, makin banyak soalan tentang duit duit duit dan duit pada saya. Saya bukan kaki songlap duit tau.

Rupa-rupanya, RAMAI sangat bangsa kita yang langsung tidak tahu menahu berkenaan unit trust atau orang jawa sebut unit amanah. Lihatlah betapa ketinggalan zamannya bangsa kita dengan bangsa cina. Jauh!

Tu lain kalilah saya cerita ya. Semalam, ada seorang kenalan yang suruh saya terangkan apa perbezaan kalau dia labur duit dengan ASB dengan dia labur duit dalam unit trust. Bawah ni saya berikan info untuk anda yang nak tumpang sekaki ya.

Perbezaan ASB Dengan Unit Trust Islamic Fund

ASB

1. ASB adalah amanah saham yang diuruskan oleh kerajaan khas untuk BUMIPUTERA sahaja.

2.ASB masih dikategorikan sebagai tidak patuh syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti.Sila klik di sini. Yang bertanda * adalah Islamic Fund.

3.ASB menawarkan satu bentuk pulangan saja,iaitu dividen. Berdasarkan pulangan yang lepas,ASB memberikan pulangan 6%-7% setahun.

4.Tiada yuran pengurusan atau yuran tahunan.

5.Harga untuk jual dan beli adalah sama.RM1.00 seunit.Kalau labur RM10,000,ASB jamin dapat semula modal RM10,000.Jaminan pelaburan modal tidak akan lupus adalah tidak sah menurut ulama 4 mazhab.(sumber :Ustaz Zaharuddin)

6.Anda boleh mengeluarkan duit pada bila2 masa waktu bekerja.Dan terus dapat duit on the spot.

7.Suruhanjaya Sekuriti telah menyatakan bahawa ASB adalah tidak patuh syariah.Boleh Klik disini untuk rujukan anda.

Unit Trust Islamic Fund

1.Unit Trust di urus oleh badan swasta dan terbuka kepada semua.Ada dua pilihan pelaburan.1)Pelaburan Syariah. 2)Pelaburan Konvensional.

2.Unit Trust Islamic Fund adalah patuh Syariah.Dan telah dinyatakan dengan terang dan jelas di dalam prospektus dan laporan Suruhanjaya Sekuriti.Public Mutual mempunyai panel penasihat syariah seperti yang dinyatakan di dalam prospektus.(ZI Syariah).

3.Memberikan 2 bentuk pulangan.1) Dividen. 2)Pertambahan Unit.Sebagai contoh, anda membeli rumah pada harga RM150’000, 5 tahun kemudian anda boleh menjualnya dengan harga RM300’000.

4.Setiap pelaburan dikenakan servis charge 5.5%.Yuran tahunan 1.5%.

5.Boleh mengeluarkan duit pada bila2 masa,tetapi pembayaran akan dibuat melalui debit akaun atau pun cek dalam masa 10 hari bekerja.

6.Harga jual dan beli sentiasa berubah- ubah.Dan tiada jaminan modal pelaburan.Ini bermakna memberi peluang kepada pelabur untuk membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi.

7.Terdapat beberapa jenis pelaburan yang boleh di sesuaikan denagan profile risiko pelabur. Seperti Dana Aggresive, Imbang dan Konservatif.

Ok, dah jelas belum dengan status syariah ke tidak ASB tu? Terpulang pada individu. Saya tak kata haram ya sebab saya bukan mufti johor. Saya cuma unit trust consultant johor saja. hehehehe!

p/s: anda di johor bahru? nak labur dalam unit trust tapi tak nak tanggung risiko? boleh labur guna duit kwsp! 😛

Artikel Berkaitan

Simpan Duit Dalam Unit Trust Dan Anda Boleh Tidur Nyenyak

tips-unit-trust

Kenapa saya berani buat statement macam ini? Adakah kerana saya sudah mula melabur dengan unit trust? Ok, sebenarnya saya sudah mula jatuh cinta dengan ilmu UNIT TRUST di Malaysia. Rupa-rupanya memang senang gandakan duit dengan pelaburan UNIT TRUST ni.

Saya rasa sebagai Unit Trust Consultant, saya perlu didik dan ajar rakyat Malaysia untuk berani melabur duit dalam UNIT TRUST ini. Orang kaya yang sudah kaya, memang mereka sangat familiar dengan cara pelaburan UNIT TRUST ini tetapi mereka tidak dedahkan.

Kenapa? Oh, bukan sebab mereka kedekut ilmu tapi saya anggap mereka tiada masa nak berkongsi dengan anda semua. Jadi, inilah tugas kami. Mungkin, ada orang cakap “alah, unit trust consultant ni keje nak cari komisen saja”. Ya, memang sesetengah agent, memang niatnya begitu. Cari client, cakap sikit-sikit, dapat close sale dan lepas tu dapat komisen then “jalan”.

Saya sendiri tidak suka cara itu. Langsung tiada tanggungjawab. Rasanya, kita tahu dalam Islam pentingkan tanggungjawab dan amanah ni. Hmm, tapi biarlah. Hak masing-masing.

Ok, sambung berkenaan agenda simpan duit dalam unit trust (invest). Orang kita ni sebenarnya takut sebab beberapa alasan yang lepas saya buat sedikit survey.

1) Mereka takut nak bagi duit cash – takut duit lesap

2) Mereka tak percaya KEHEBATAN unit trust itu sendiri – padahal inilah rahsia orang-orang kaya lipatgandakan duit mereka!

3) Mereka takut kena tipu dengan agent – memang kena hati-hati 

4) Mereka tak percaya duit RM50000 boleh beranak sampai RM 1 juta. Ingatkan cerita dongeng – nanti saya terangkan ya!

Mula-mula nak sambung bebel lagi pasal UNIT TRUST ni tapi mata mengantuk pulak. Tapi, jangan risau sebab saya akan sambung since ramai yang PM dekat Facebook personal saya tak sabar nak tahu macam mana nak invest dengan saham dana Islamik. InsyaAllah

Artikel Berkaitan