seo
Archive | Artikel RSS feed for this section

Majlis Pertabalan Agong 2012

11 Apr

pertabalan-agong-2012

Pertabalan Agong 2012. Majlis gilang gemilang, Istiadat Pertabalan Agong 2012 baru saja selesai.  Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, ditabalkan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 14 pada hari ini Rabu, 11 April 2012  di Balairong Seri, Istana Negara.

Apa yang bestnya untuk kita rakyat jelata ni apa lagi kan, kalau bukan dapat cuti umum sempena Istiadat Pertabalan Agong 2012. hahahaha!!! Seronoknya dapat bangun lewat sikit hari ini. Esok kerja balik. Dapat 1 hari cuti pun okelah. Syukur dah. Ok, over kemain syukur!

Bab istana ni saya tak berani nak buat ayat sendiri sebab nanti kalau salah, buruk padahnya. Kena ambil ikhtibar kes yang ribut sekarang ni dekat Twitter berkenaan kes “troll” Tengku Mahkota Johor baru-baru ni. Entah siapa silap, wallahualam. Biar pihak berkuasa saja yang menjalankan tugas mereka. Tapi, rasanya kes ni kecil kalau tak ada yang sengaja besar-besarkan cerita.

WAJIB BACA: KEPUTUSAN CONTEST GADGET IMPIAN

Jadi, untuk langkah keselamatan. Kemain. Untuk maklumat berkenaan Istiadat Pertabalan Agong 2012 ni, saya akan ambil info daripada blog-blog lain. Takut salah nama Sultan pun ya juga ni sebenarnya. hahahaha!!! Ok, selamat membaca.

pertabalan-agong-2012

 INFO PERTABALAN AGONG 2012

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan memberi tabik hormat sebaik berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta, hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ditabal secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membacakan pengisytiharan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong pada istiadat pertabalan di Balairong Seri, Istana Negara.

Credit: Rimau Sakti 

 

KUALA LUMPUR: Istiadat pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 bermula pagi ini di Istana Negara di sini dengan upacara pemeriksaan barisan kehormat.

Seramai l07 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 104 anggota lain pangkat, terbabit dalam perbarisan kehormat di anjung utama Istana Negara.

Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah diiringi ke Pentas Diraja oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menerima “Hormat Diraja”, yang diikuti dengan lagu “Negaraku.

“Serentak dengan lagu “Negaraku’ dimainkan, Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda dikibarkan. Selesai upacara itu, Seri Paduka berdua bersemayam di Bilik Seri Maharaja, sebelum berangkat ke Balairong Seri untuk upacara pertabalan yang buat julung kalinya diadakan di Istana Negara baru, Jalan Duta, yang berdiri megah sebagai lambang pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia.

Pertabalan kali ini turut melakar sejarah kerana buat pertama kali Sultan yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.

Upacara hari ini yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut dirakamkan oleh National Geographic Channel dengan kerjasama Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk penerbitan dokumentari bagi siaran di persada antarabangsa.

Dokumentari pertabalan kali ini menumpukan kepada keunikan dan keistimewaan pelantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kedua kalinya. – BERNAMA

Credit gambar: Komando Perang Siber

Program sempena Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah

Program-program khas dari 11 April hingga 21 April tentunya mendapat perhatian rakyat. Walaupun daripada segi amalan dan susunannya tidak banyak berbeza daripada amalan perayaan yang dijalankan pada masa lampau lantaran perlu menjejak turutan tradisi, penegasan Jawatankuasa Induk Pertabalan SPBYDA tertumpu kepada tema “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”.

Istiadat pertabalan Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang bakal dihadiri semua kerabat diraja dan Yang Dipertua Negeri pada 11 April akan diadakan mulai pukul 9 pagi.

Ringkasnya, tema ini menegaskan perihal “tiada rakyat tiada Raja” dan hubungan antara kedua-dua entiti itu harus dipelihara dengan cermat lagi berkesan dalam ertikata kepentingan rakyat tidak diabaikan.

Sempena Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ini, kira-kira 50,000 buku kecil “Raja Kita” akan diedarkan khasnya bagi pelajar sekolah serta generasi muda untuk mengenal dan memperhalusi ilmu pengetahuan darihal institusi diraja khasnya SPBYDA.

SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah akan meraikan sekumpulan kanak-kanak di Dewan Serbaguna Istana Negara Baru pada 21 April mulai pukul 9 pagi.

Pelbagai acara keceriaan kanak-kanak akan berlangsung sekali gus menggagaskan kepentingan kanak-kanak yang dilayani dengan penuh mesra. Program raksasa “Persembahan Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” sebelah malam 21 April di Dataran Merdeka adalah kemuncak perayaan pertabalan.

Pada malam itu diketengahkan pelbagai persembahan budaya pelbagai kaum, hiburan muzik serta nyanyian dan acara-acara selingan yang setimpal dengan malam kemuncak kepada perayaan Raja Kita.

Credit: Mummy Cute

Selamat bercuti untuk semua rakyat Malaysia sempena Majlis Istiadat Pertabalan Agong 2012! Habiskan masa cuti ni bersama orang tersayang ok, jangan buat perkara sia-sia please. hehehehee

Iklan Bersepah, Pembaca Rimas

13 Mar

Iklan Bersepah, Pembaca Rimas. Ok, saya nak minta maaf banyak-banyak kalau ada yang terasa dengan entry saya kali ini. Tapi, tak payahlah nak terasa sangat sebab saya pun ada juga terkena tempias ni. hahaha!!

Rasanya, semua blogger mesti ada letak iklan dekat blog mereka kan?

Tak kisahlah apa tujuan korang berblog pada awalnya. Tapi lama-lama mesti ada juga terselit iklan dekat blog. Saya ada tulis entry bertajuk 5 sebab anda berblogging dulu.  Tapi, masih ada bloggers yang betul-betul berblog tanpa mahukan duit langsung. Memang ada bloggers yang tidak masukkan iklan dalam blog mereka. Tapi, tak ramailah. Kan?

Ok, kita teruskan jelah pada tajuk entry ni. Iklan bersepah, pembaca rimas. Siapa yang setuju dengan kenyataan saya?

Sebenarnya tak salah pun nak masukkan iklan dalam blog kita ni. Cuma, kena pandai letak banner iklan tu pada tempat yang strategik lah kan. Keman strategik ayat. hahahaha!!! Maksudnya macam ni, kalau boleh susun iklan yang kita nak letak dalam blog tu secara teratur. Ikut size yang sama. 

Janganlah banner yang besar, disatukan dengan banner yang kecil. Pembaca tengok pun, boleh tergelak kot. Nampak sangat tak pandai susun. huhuhuhu. Jangan letak iklan bersepah sangat. Kesian dekat pembaca yang datang nak baca entry kita kan?

Saya tak kata blog saya ni tak banyak iklan. Banyak juga cuma saya memang sedaya mungkin elakkan letak banner yang terlampau kecik dan blink blink antara entry. Mengacua pembaca. Kecuali, untuk masa terhad sebab saya join contest tu memang tak boleh nak elaklah kan.

Cuba bayangkan korang tengah semangat nak baca entry dekat 1 blog, lepas tu tengok-tengok bersepah-sepah banner iklan. Kalau iklan yang bagus tak apa, ini tidak iklan UBAT KUAT lah, Ebook murahan lah, kamasutra lah. Menyakitkan hati kecuali memang korang jenis hati bersih suci tak nak maki, tak apalah kot.

hahahahaha!!!! Entahlah, nak komen lebih-lebih pun tak boleh sebab ramai je antara bloggers yang letakkan banner macam ni dekat blog masing-masing tapi jujurnya saya tak kisah kalau blog hiburan atau blog yang memang dihasilkan untuk mendapatkan passive income.

Itu kita kena faham. Mereka memang buat duit online.

Jujur betul. hahahaha!!! Ok, cukuplah. Nanti tulis panjang-panjang ada pula yang melenting. Anggap saja entry ini suka-suka . Saya pun nak buang iklan yang tidak mendatangkan hasil juga sekejap lagi. Tak mahu mendera pembaca dan membuang masa saya. hihihihihi

Cop, korang baca belum entry menarik di blog Denaihati ni? FB dan Twitter mana lebih best dan kenapa. Berilah pendapat korang dekat sana ya!

Cantik Luaran Belum Tentu Dalamannya Juga Cantik

12 Mar

cantik luaran belum tentu dalamannya juga cantik

Cantik Luaran Belum Tentu Dalamannya Juga Cantik. Kita boleh saja memakai make up berkati-kati untuk kelihatan cantik. Tidak salah untuk mencantikkan diri sendiri. Cuma, pada saya tidak perlu berlebihan untuk kelihatan cantik itu. Pada saya, begitulah.

Setiap manusia, memang Allah sudah jadikan dirinya tersedia cantik. Cuma, cantik kita mungkin berbeza-beza. Kecantikkan yang ada pada kita tidak mungkin sama. Hidung, mata, bibir dan apa saja yang telah dianugerahkan Allah tidak mungkin ada 2 bentuk yang sama di muka bumi ini.

Orang lain yang memandang pada kita juga berbeza. Sesetengah orang, memandang kita dengan  ciri-ciri kecantikkan yang mungkin pada dia itu sudah begitu cantik sedangkan ada orang lain pula, akan melihat kita dengan ciri-ciri kecantikkannya yang lain. Mengikut “level-level” dan citarasa mereka sendiri.

Jadi, pada saya buat apa nak puaskan hati semua orang. Lagi kita berusaha kelihatan cantik dengan memakai make up tebal-tebal, lagi terserlah habis kot kekurangan dalaman kita. Maksud saya, keyakinan diri kita pada Anugerah Allah.

Cantik Luaran Belum Tentu Dalamannya Juga Cantik. Ramai yang berusaha nak kelihatan cantik di luar. Tapi, tak ramai yang sedar bahawa kecantikkan sebenar adalah ada lahir daripada dalaman kita. Hati kita, senang cerita. Pernah tak nampak wanita yang cantik sangat kulit wajahnya, putih dan senang cerita perfect!

Tapi, bila kita senyum pada dia. Haram. Jangan kata nak senyum balik, memalingkan muka lagi adalah. Inilah yang saya maksudkan Cantik Luaran Belum Tentu Dalamannya Juga Cantik. Muka memang dijadikan Allah cantik, sempurna tapi hatinya belum cukup cantik untuk melahirkan aura “cantik” yang sebenar-benarnya.

Kesian. Tapi, memang wujud orang macam ni. Luaran kita boleh menipu tapi hati tak ada sesiapa yang boleh “jaga” kecuali Allah. Cubalah menipu dengan apa cara sekalipun, tapi air muka kita tidak mungkin boleh cantik kalau hati kita tidak bersih. Tak mungkinlah kan kita nak pakaikan make-up dekat hati kita.

Cuba buat!! Tengok lepas letak make up pada hati, kita ada dekat mana lepas tu. hahahaha!!! Tanah perkuburan. hihihihi.

Ok, cakap memang senang. Cantik Luaran Belum Tentu Dalamannya Juga Cantik. Aah, memang senang je tapi bagaimana nak dapatkan kecantikkan dalaman tu? Hmm, susah saya nak jawab sebab soal hati ni bukan kita sendiri yang pegang. Tapi, kalau nak juga tips mudah. Bolehlah saya kongsi. Senang. Jangan dengki dengan kelebihan orang lain sebab bila kita dengki, automatik hati kita tak tenang. Syaitan tepuk tangan, tambahkan lagi busuk hati kita tu. Kalau hati dah busuk, pakai make up sekilo pun, terserlah juga pada wajahItu sahaja. Good luck!!

Eh, nak lagi tips paling mudah untuk “cantikkan hati” tak? Hah, senang. Pergi je dekat Youtube, search lah koleksi-koleksi zikir pengubat hati ke, ceramah-ceramah agama atau apa saja. Nak lagi tenang, pergi dengar Lagu Lau Kana Bainana Habib. Jangan asyik sangat layan Adnan Sempit 2, video-video berunsurkan agama ni perlu juga sekali sekali untuk kita hayati bersama. hihihi.

Fikir sejenak. apa yang kita ingin dalam  hidup ini sebenarnya?

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.