seo
Archive by Author

Beza Antara Friends dan Best Friends

15 May

Salam, macam dah lama tak update blog kesayangan ni kan? Tapi, untuk sesi pemanasan semula mari kita layan gambar di bawah. hahahaha!!! Simple but nice. Sekarang ni, virus 9GAG makin meluaskan empayar (ayat tak boleh tahan). Sebenarnya, laman web macam ni tak berapa nak tengok tapi bosan-bosan terlayan juga.

Mana-mana gambar yang tak elok tu, janganlah tengok. Sendiri buka, sendiri tahu bataslah kan. hehehe!!! Tapi, kalau tak nak ada dosa terus jangan buka. Memang laman web 9GAG ni kurang sesuai untuk tujuan baik-baik. Sila faham maksud. Tapi, saya tak lah baik sangat sampai tahap tak layan terus.

Oke, sekarang cuba lihat gambar yang saya ambil daripada laman web 9GAG ni. Beza antara friends dan best friends. Saya layan gambar ni, dan baca dialognya je sudah cukup buat saya gelak. Banyak yang betul!!! Hahahaha!!! Lagi kita rapat dengan seseorang, lagi  ”tak senonoh” perangai kita dengan dia ya. Ikut suka hati. hehehe!!!

Hmm, sebut pasal best friends. Teringat dekat kawan lama. Tapi, cerita lama bolehlah tutup saja buku. Sayangilah dan hargai kawan-kawan kita semua. Buruk baik mereka, hormatilah mereka dan jaga hati. Selamat berhibur dengan 9GAG!!! Sayang kamu semua  ;)

Kesan Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta – Ramai Wanita Bakal Bekerja?

8 May

Kesan Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta – Ramai Wanita Bakal Bekerja? Ini antara kesan dengan perlaksanaan kadar gaji minimum sektor swasta baru-baru ini. Ok, kalau fikir daripada 1 sudut memang ok sangatlah kan? Bila wanita bekerja, sikit sebanyak bolehlah ringankan beban suami yang selama ni menyara keluarga seorang diri.

Tapi, itu kalau fikir daripada 1 sudut jelah. Cuba, fikir daripada sudut yang lain pula. Isteri pergi kerja, keluar rumah pagi, balik kerja petang. Kalau rajin, masak. Kalau penat, keluar makan. Anak-anak pula, kena hantar pusat asuhan. Tak termasuk lagi kes dalam kelambu lagi. Mampu ke nak melayan tanggungjawab sebagai isteri?

kadar gaji minimum swasta

Apa pendapat korang tentang isu yang diketengahkan dalam Kosmo Online ni? Ramai wanita bakal bekerja. 

“KUALA LUMPUR – Pelaksanaan kadar gaji minimum bagi sektor swasta mampu menarik pekerja tempatan terutama wanita untuk bekerja di subsektor perkhidmatan hotel dan restoran, persidangan Dewan Negara diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, kerajaan yakin usaha itu juga dapat mengimbangi jumlah pekerja tempatan dengan pekerja asing di subsektor tersebut.

Berdasarkan Laporan Penyata Guna Tenaga Kebangsaan 2009, jumlah pekerja tempatan yang bekerja di hotel dan restoran di seluruh negara ialah 150,043 orang dan daripada jumlah itu 75,483 daripadanya ialah lelaki dan 74,560 merupakan pekerja wanita.

“Pekerja asing di subsektor ini pula ialah 25,287 orang dengan 18,511 orang merupakan pekerja lelaki manakala 6,776 lagi pekerja wanita,” katanya menjawab soalan Senator S. Bagiam Ayem Perumal.”

Apa-apapun, pada pendapat saya yang memang tak berapa nak arif ni. Semuanya memang ada baik dan buruknya. Sama macam keputusan perlaksanaan kadar gaji minimum sektor swasta baru-baru ini. Ada baik, kerana sah-sah dapat membantu rakyat dari segi kewangan. Lagi-lagi pada golongan yang kurang berkemampuan. Gaji minimum itu memang sangat berpatutan.

Cuma, ada juga kekurangannya kalau difikir-fikirkan. Suami, isteri bekerja. Duit gaji, memanglah masyuk tapi duit “keluar” pun boleh tahan juga. Kalau selalu sangat makan dekat luar dengan keluarga, duit habis dekat situ. Kan? Lagi 1, kalau dah tak ada siapa yang boleh asuh anak-anak. Nak tak nak, kenalah hantar ke pusat asuhan yang sah-sah berbayar. Duit lagi. Sama je!

Paling mengerikan bab institusi kekeluargaan lah kan? Walaupun saya ada merancang untuk terus bekerja walaupun sudah berumahtangga nanti, tapi nak atau tidak saya tetap tak boleh nak nafikan bahawa sebenarnya wanita ni “lebih” afdal tempatnya di dalam rumah. Menguruskan keluarga kerana memang itu yang dituntut dalam Islam. 

Ok, kalau sebelum ni hanya golongan wanita yang ada  pendidikan lebih sikit (sikit sahaja) sahaja yang akan bekerja dan wanita yang kurang berpendidikan hanya duduk dirumah kerana kalau keluar bekerja pun gaji tak sampai RM500 rasanya kan?

Dulu lah. Tapi, kalau sekarang ni dengan perlaksanaan kadar gaji minimum RM900. Haruslah semua wanita nak bekerja! Risaunya. Takut pula kalau kadar penceraian makin tinggi lepas ni. Suami isteri bekerja, rumahtangga tak terurus. Mintak simpang ya!!

* Psssst, korang dah tengok ke belum  Video Seminar WordPress dan Sepetang Bersama Blogger? Bestnya!!!!

Nak Dapat Pahala Tak Susah

2 May

Assalamualaikum, Islam Itu Indah tapi masih ada sesetengah orang yang tersilap sangka tentang Islam kan? Katanya Islam ni susah itu ini padahal, bukan Islam yang susah tapi kita sendiri yang kurang menuntut ilmu Islam. Itu sebenarnya.

Bila kurang menuntut ilmu, tak kiralah ilmu apa sahaja memanglah kita akan rasa susah. Ini pengalaman saya sendiri, saya menulis berdasarkan apa yang terjadi pada diri saya. Selalu sangat saya fikir macam ni “susah gila nak dapat pahala. Nak pahala kena solat, kena sedekah, kena jadi orang besar untuk sampaikan ilmu kita sampai dekat orang lain. Susahnya”.

Itu silap saya. Cuma pandang nilai pahala pada sesuatu yang sangat besar padahal saya sendiri kurang mampu nak lakukannya. Kalau cuma itu sajalah cara nak dapat pahala dalam Islam, habislah semua Hamba Allah dekat dunia ni!!! Tapi, lepas saya terbuka hati pergi majlis ilmu. Setelah dengar ceramah, barulah saya rasa tukar cara berfikir.

Nak dapat pahala dalam Islam ni senang sangat! Ustaz kata, tak perlu nak tunggu jadi alim ulama’ mahupun jutawan untuk buat kebajikan dengan harapan dapat kumpul pahala yang banyak untuk bekalan akhirat nanti. Caranya senang sangat. Jangan pandang perkara yang BESAR kalau itu bukan kemampuan kita.

Lakukan perkara kecil sudah mencukupi sebab Allah tak pernah leka memberi pahala pada Hamba-Nya yang melakukan kebajikan walau sekecil zarah sekalipun. Allah tak buta ya!Saya beri contoh perkara kecil yang saya rasa ramai sangat orang terlepas pandang atau mungkin sengaja tak nak pandang.

Ok, kalau rasa tak mampu nak sedekah telekung atau sejadah dekat surau-surau. Apa kata kita buat amal kebajikan dengan tolong basuhkan telekung-telekung dan sambil duduk dekat surau tu, bolehlah ringankan tulang lipat sejadah berterabur. Mudahkan? Korang pernah buat? Kalau pernah, alhamdulilah. Kalau tak pernah, cubalah hari ini ;)

Mudah kan? Mudahlah kalau memang nak buat. Tapi, kalau tak nak buat. perkara mudah pun rasa berat. Kadang-kadang, kita sibuk nak tolong dan beramal untuk perkara yang agak “nampak” sikit bentuk pertolongannya tu oleh orang lain. Sedar tak sedar, dalam kita buat kebajikan ada pula terdetik rasa bangga bila ada yang memuji.

Silap pula konsep beramal kebajikannya tu nanti. Ustaz ada cakap lagi, jangan ingat Allah pandang “nilai” kebajikan yang kita lakukan. Nilai yang dimaksudkan tu samada nilai tenaga mahupun nilai berbentuk wang. Allah tak pandang tu tapi Allah pandang pada keikhlasan.

Ada 1 cerita, hartawan berikan duit untuk bina mesjid. Ada 1 fakir miskin tak mampu bersedekah dengan duit tapi dia akan sediakan air setiap hari di hadapan rumahnya untuk diberi minum pada pekerja-pekerja yang membina mesjid tersebut. Bila mesjid tu dah siap sepenuhnya, sampailah masa untuk berikan nama mesjid. Semua bersepakat nak namakan mesjid tersebut dengan nama si hartawan yang sedekahkan hartanya untuk pembinaan tapi tiba-tiba turun 1 wahyu Allah, yang menyuruh untuk menamakan mesjid yang dah siap tu dengan nama si fakir pembuat air tu da bukannya nama si hartawan!

Sebab apa? Sebab si fakir ni ikhlas! Walau perkara yang dia lakukan tu macam tak ada nilainya pun pada pandangan mata manusia tapi pada pandangan Allah…sendiri mahu ingat ya!!! Jadi, tak payahlah tunggulah diri tu jadi hartawan baru nak kumpul pahala. Mulakan je sekarang dengan perkara yang kita mampu. Nak dapat pahala tak susah kan? Selamat menabung saham Akhirat!

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.