Hadiah Hijrah Pada Ulang Tahun Kelahiran

Alhamdulillah, semalam bertukar sudah angka umur saya. Daripada angka 30 kepada angka 31. Terima kasih Allah untuk “pinjaman” umur yang tidak perlu tandatangan berbentuk hitam putih macam pinjaman PTPTN tu. Allah Maha Pemurah tak macam PTPTipu tu.

Saya terima pelbagai jenis ucapan “Selamat Hari Jadi”, “Sanna Helwah” dan ada juga yang ucap “Happy birthday”. Alhamdulillah, ada juga yang baik hati belikan kek hari jadi, ada yang belikan hadiah dan ada juga yang belanja makan. Syukurlah, kerana Allah yang menggerakkan hati mereka untuk memberi.

Tapi, ada 1 hadiah yang paling menyentuh hati saya kali ini. Hadiah “1 Muharram”. Saya sedar, untuk berhijrah bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tidak mustahil kalau betul niat dan caranya. Mungkin saya masih jauh untuk menjadi Hamba Allah yang benar-benar baik tetapi saya CUBA.

Taip CUBA tu senang je. Nak buat tu yang payah. hahahaha! Kelakar juga rasanya

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

3 responses to “Hadiah Hijrah Pada Ulang Tahun Kelahiran

  1. hadiah 1 Muharram tu macam mana bentuknya lizz?
    sabree hussin´s last blog post ..Panduan peperiksaan online untuk calon Penolong Akauntan Gred W27

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge