Prioriti Berubah

Assalamualaikum. Dah taubat? Eh, taklah. hahahaha! Saya macam saya yang dulu jugak (chewah!). Cuma, bezanya sekarang hidup saya agak tunggang langgang sejak bertukar kerjaya ni. Kalah kesibukan bibik dekat dapur.

Prioriti dah berubah. Acah-acah guna bahasa best. hahahaha!

Kalau dulu, bangun pagi lepas solat Subuh sempat lagi tidur-tidur ayam dalam 30 minit. Silap-silap saya belasah sampai 1 jam lagi.Bos saya masuk kerja lebih awal dari saya. hehehehe. Tapi, zaman tu dah habis. Sekarang, bangun 5:45 pagi. Masa mula-mula masuk kerja baru, rasanya kucing rumah saya pun terkejut tengok perubahan tuan diorang.

Bangun dari tidur, dah tak boleh berangan fefeeling ratu atas katil dulu. Sekarang, celik mata je terus turun katil, masuk bilik air. Tapi, yang bagusnya, saya bukan spesies mandi 1 jam. Saya pun tak faham orang yang jenis masuk bilik air jam 6pagi, pastu keluar jam 7pagi. Entah apa yang dia basuh dalam toilet agaknya.

Paling lama, saya mandi dalam 20minit. Kalau dah terlambat sikit, saya mandi 10 minit je. wahahahaha! Ambil yang wajib saja. Then, solat Subuh dengan tekun (tipu tipu) sekali. Sejadah pun saya lipat asal boleh je (cheh kau, macam busy benor!). Turun bawah, pakai tudung pun asal boleh je. hahahaha!

Apapun, saya beruntung sebab masih punya Mak. Bila saya terjah dapur tu, biasanya Mak dah siapkan telur separuh masak dengan nescafe untuk saya. Biasanya, ini jelah yang saya makan before keluar rumah untuk alas perut yang tak reti adab sangat ni. Kerja nak diisi jek! Tapi, kalau boring dengan telur, biasanya saya request Mak gorengkan nugget  je. Alah, benda simple-simple.

Bangun 5:45 pagi, keluar dari pagar rumah around 7 am macam tu. Ok kan? Tak susah kalau nak bela saya. hahahahaha! Haah, saya bukan perempuan yang jenis nak bersolek tebal macam cina oprah setiap pagi, bukan jenis nak lilit tudung 5 pusingan setiap pagi and bla bla bla tu. Bukan. Saya sejenis perempuan yang simple.

Suka hatilah orang nak kata apa. hahahaha!

Masuk offiice 8 pagi. Kerja pung pang pung pang. Jam 5, pulang ke rumah. Kerja dekat office dah habis, tapi bila sampai rumah….sambung pulak basuh pinggan, sapu sampah, bagi kucing makan, mop rumah bla bla bla sampai jam 10 malam. Penat sampai nak keluar rumah balik pun malas, penat sampai rasa nak terbongkang je depan tv pun ye, penat sampai nak update blog pun tak jadi-jadi. hihihihi.

Itu je pun nak bagitau. Nak update blog, tapi tak ada masa!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

10 responses to “Prioriti Berubah

  1. lama sungguh menyepi :p apepun all the best ya di tempat kerja yg baru. moga terus sukses. ^_^
    Oja Samid´s last blog post ..Rimas dengan Kulit Sensitif dan Berminyak?

  2. macam nilah manusia..kalau kita tak berubah bising dia ni bila lah nak berubah..dah berubah kang tanya macam2 pulak..
    zara´s last blog post ..Kencing Kotor Semasa Hamil Dan Kesannya Terhadap Ibu Dan Kandungan

  3. hidup kdg2 kena ada perubahan…cewahhhh…hihihi
    alin marlini´s last blog post ..Animal Park | Bukit Tinggi (Part 2)

  4. Saya tahu perasaan itu. Semakin usia dan kerjaya progress, priority memang lambat lambat bertukar.

  5. lijarazak..lama giler xterjoh blog ekau..rindu aku x..kehkehkeh.

  6. S

    syoknye duk sekali ngan mak!
    bekfes ade orang sedialan…jeles
    S´s last blog post ..Benarkah Berhijab Sebabkan Rambut Mudah Rosak?

  7. terus semangat Kak, dan yang penting bisa sukses dimanapun Kakak berada.

  8. Saya pagi-pagi wajib makan roti dua keping dengan minum kopi tu je hehe
    Khairul Zamri´s last blog post ..Program Qurban dan Aqiqah

  9. Oo macam tu cerita dia, patutlah dah nampak macam banyak yang berubah sekarang ni
    sabree hussin´s last blog post ..Jobdirumah: Review Program Latihan Bekerja Dari Rumah (Lengkap & Komprehensif)

  10. xper, blog bukanlah hakmilik kekal ;p
    3lalat´s last blog post ..SITI YANG JALANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge