Uncle Car Wash

Macam biasa, bila hujung minggu je mulalah menggelabah cari carwash nak bagi kilat kereta. Tapi, harini tempat carwash yang saya selalu pergi tu tutup pulak. Jarang betul kedai cina tutup time hujung minggu tapi agaknya harini ada hal agaknya.

Wah, bersangka baik sangat. hahaha!

So, saya pusing-pusing. Akhirnya saya ambil keputusan untuk pergi je kedai carwash yang ownernya seorang lelaki India. Kedai paling kelam kabut yang pernah saya masuk. Biasalah, bila kerja anak-beranak. Yang bapak marah anak, yang abang marah adik. Normallah tu.

Sambil saya tengok diorang cuci kereta saya, saya pandang uncle India tu. Baru saya ingat, uncle tulah yang selalu bawa 1 baldi dekat tangannya, sehelai kain buruk disangkut pada bahunya dan pusing-pusing area kedai makan, kedai runcit dan taman perumahan area rumah saya. uncle India ni akan tanya pada orang samada diorang nak suruh dia cuci kereta sementara tunggu makanan siap.

Saya memang cam sangat muka uncle India ni. Muka tua dan nampak letih masa cuci kereta-kereta orang. Sejak saya sekolah lagi dia dah buat kerja cuci kereta macam tu, dan saya pernah juga tanya pada mak “boleh dapat banyak ke pakcik tu cuci kereta tepi jalan je, mak?”. Bukan nak perkecilkan kerja dia tapi lebih kepada rasa kesian.

Tengah leka saya tengok uncle India tu buat kerja, tiba-tiba anak lelakinya datang sapa saya “kak, kereta sudah siap”. 

Saya ambil kunci, saya hulur duit pada uncle India tu dan saya pun tanya pada dia “uncle, u dulu cuci kereta dekat taman sana ke?” dan dia terus senyum. Putihnya gigi dia!!! hehehehe! Uncle tu angguk dan dari riak wajah dia, saya tahu dia bangga. Bukanlah bangga yang poyo tu tapi bangga dengan hasil usaha dia sendiri.

Hebat hebat hebat. Kalaulah semua orang-orang Melayu boleh buang rasa malu macam uncle India ni, rasanya tak ramailah Melayu yang jadi pengemis bila tua.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

4 responses to “Uncle Car Wash

  1. Taufiq

    Salam. Boleh bagi no fon tuan haji tukang urut di pontian tak? Nak pergi jumpa. Tp nak kol dia tiada number

  2. baca pasal carwash, baru ingat kereta yang berdebu tu belum dibasuh. sini pun selalu pergi carwash pakcik india..baik sangat2 n harga berpatutan. hehe..
    Oja Samid´s last blog post ..Selalu Mengantuk Waktu Siang : Apa Nak Buat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge