Resepi Sup Ikan Salmon Mudah

resepi-sup-ikan-salmon-mudah

credit gambar resepi sup ikan salmon

Resepi Sup Ikan Salmon paling mudah yang pernah saya masak setakat ni. Kenapa mudah? Sebab saya main campak-campak je. Asal ada bentuk ikan salmon, ada bau sup, dan tak bau hanyir tu kira mudahlah.

Ikan salmon ni mahal sikit kalau nak dijadikan makanan ruji. Saya jarang beli. Lainlah kalau masa saya bercuti dekat United Kingdom dulu, harga iklan salmon ni tersangatlah murah. Kalau tak silap saya cuma dalam 1-2 pound sterling je. Dekat Malaysia tak payah nak berangan dapat harga semurah tu.

Oklah, kita jangan banyak sangat merepek. Biar saya berikan saja RESEPI SUP IKAN SALMON cara saya ya. Jangan risau, resepi ni tersangat mudah. Kalau anda dah biasa masak sup ayam, mesti boleh masak yang ini juga sebab saya guna resepi yang sama juga cuma cara penyediaan sedikit berbeza.

RESEPI SUP IKAN SALMON

2 biji bawang merah bersaiz sedang – ditumbuk

5 ulas bawang putih size sedang – ditumbuk

sedikit halia – ditumbuk

bunga lawang, kulit kayu manis dan kawan-kawannya (tak tahu nama sebenarnya. kah!)

lada hitam – ditumbuk halus

serbuk lada sulah dan serbuk sup

sup bunjut adabi

ikan salmon ikut suka hati berapa banyak

Garam dan minyak masak

CARA-CARA PENYEDIAAN SUP IKAN SALMON

Ambil semua bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi tu dan gaulkan pada ikan salmon. Dengan harapan nanti bila kita masak sup, taklah ikan tu terlampau hanyir atau ada bau tak sedap. Peraplah sekejap dalam 30 minit pun cukup

Bila dah puas hati dengan hasil ikan salmon yang diperap tu, anda dah bolehlah panaskan sikit minyak masak dalam periuk untuk tujuan kita menumis nanti. Then, campakkan bunga lawang dan kawan-kawannya tu dalam periuk, lepas tu masukkan perapan ikan salmon tadi, kutip semua sisa-sisa bahan yang digaul sama tadi tu dan masukkan dalam periuk.

Sambil kita tumis nak bagi naik bau, kita gorenglah sekali ikan salmon tu supaya nanti ikan tu tak hancur bila kita masukkan air sup nanti. Ikan salmon ni kalau kita tak goreng sikit, nanti macam tak boleh nak masuk mulut sangat kot. Kalau family sayalah. hehehe! Ok bila ikan tu dah goreng ala kadar dan bau pun dah naik, kita masukkan air dalam periuk. *kalau suka, boleh masukkan kentang*

Gaul-gaul dan jangan lupa masukkan sup bunjut dan masukkan sikit serbuk lada sulah. Masak sup tak letak lada sulah ni memang tak sah! Nanti tak rasa apa-apa sup kita tu. Okay, then masukkan sikit garam. Tunggulah sup tu mendidih dan siaplah SUP IKAN SALMON paling mudah dalam dunia.

Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

20 responses to “Resepi Sup Ikan Salmon Mudah

  1. ya..memang mudah…cuma nak membeli sahaja yang tak mudah
    Hero Borneo´s last blog post ..Malaysia Best Blog 2015

  2. aah lah HB..salmon ni bagus sbb ada omega-3, tapi harganya kuss semangat. :p sekali sekala ok kot..buat sup gini mesti jadi menu yg sangat sihat.
    Oja Samid´s last blog post ..Masalah Hb Rendah Semasa Mengandung : Apa Nak Buat?

  3. menu diet ya…tapi nampak menyelerakan.
    salmiah´s last blog post ..Karnival karangkraf 2015

  4. Uissh mahal wooo… Nak beli ikan selomon jugak laa buat gulai asam pedas.. Hahahaa

  5. Belum pernah makan lagi sup ikan salmon ni.. Tengok macam sedap aje…
    Sani Sini Sana´s last blog post ..Makan Percuma di Tudia Char Kuey Teow

  6. Selalunya resepi pakai campak-campak ni la yang paling sedap. Pakai agak-agak je..pastu siap. Mesti sedap. Insyaallah boleh cuba ni hehe
    Sweet Amanee´s last blog post ..7 Tips shopping di expo barangan bayi semasa mengandung

  7. Wah… memang sedapnya lah resepi ikan mahal nih… tapi demi nak menjamu anak2 apa salahnya kan…

    http://supernifzvitamin.com/cara-hilangkan-parut-chicken-pox-yang-hodoh/
    SuperNifz´s last blog post ..Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Yang Hodoh

  8. nampak sedap, menyelerakan dan lazat.
    Dr Fattah´s last blog post ..Nota Separa Perubatan Mengenai Senaman Yang Selamat

  9. Boleh try resepi ni, tup-tup tak tahu pula nak cari ikan solomon di mana 🙂
    Inspirasi Huda´s last blog post ..Cara Pernafasan Yang Betul Semasa Bersalin

  10. Sedap juga nampaknya masakan ini, saya biasa makan ikan salmon ini dalam Sushi saja
    Khairul Zamri´s last blog post ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

  11. kita bookmark dulu, ada masa hujung minggu nti nak cuba jugak resepi ikan salmon ni… nmpk menyelerakan.. 🙂
    Syazrin Rayhan´s last blog post ..Rahsia awet muda kekal sihat

  12. kelihatannya enak banget nih

    jadi pengen mintain mamaku bikinin ini
    Pipa Bagus´s last blog post ..Sejarah PDAM Indonesia Sesuai Fakta

  13. kebetulan anak beranak semua baru baik demam. boleh lah nak try sup-sup ni.
    imah´s last blog post ..Sakit lutut Pencegahan dan Rawatan sakit lutut

  14. Saya sangat suka dengan ikan salmon, apa lagi jika di makan mentah. 😀
    Sehape´s last blog post ..3 Game Android HD Terbaik dan Berkualitas

  15. tak pernah lagi makan ikan salmon ni..entah macam mana rasanya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge