Kilang Otak-Otak Kempas Original

Penangan otak-otak kempas yang direct dari kilang ni lain macam sungguh. Selama ni, saya cuma makan otak-otak kempas yang beli dekat pasar malam je. Best memang best, rasa tetap sedap tapi bila kita beli direct dari kilang ni, berganda-ganda sedapnya.

Makan punyalah banyak. Langsung tak perasan dah berapa banyak entah makan otak-otak kempas tu. hehehehe! Masa beli tu kalut jugak sebab tak tahu nak masak macam mana. Pemanggang ajaib tak ada pulak. Nak buat ala-ala BBQ memang malas. Tapi, betullah orang cakap. Kalau nak seribu daya, ada je cara. hahahaha!

Saya bakar je atas kuali nipis mak saya. Tak susah rupanya. Ingatkan nak makan otak-otak ni mesti kena bakar lama-lama, rupanya sekejap je. Tak sampai 3 minit dah boleh angkat dan makan. Sedap sangat okay!

Kalau sesiapa yang hantu otak-otak kempas macam saya, bolehlah cari kilang otak-otak kempas ni dekat JALAN DENAI UTAMA, KEMPAS UTAMA, JOHOR BAHRU. Tapi, maaflah tak tahu alamat yang tepat. Saya cuma jumpa 1 peta lokasi yang rasanya boleh juga kalau nak refer. Lebih kurang halallah, bersebelahan je. hehehe! Selamat membakar!

LOKASI KILANG OTAK-OTAK KEMPAS

lokasi otak-otak kempas

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

3 responses to “Kilang Otak-Otak Kempas Original

  1. glemer sungguh otak2 kempas nie ya. sejak pindah JB, memang ngadap otak2 nie je. memang sedap.
    Oja Samid´s last blog post ..Penyakit Progeria Buat Cucu Jauh Lebih Tua Daripada Nenek Sendiri

  2. kawan-kawan saya ramai juga yang jual otak-otak.
    Dr Fattah´s last blog post ..Pengenalan Latihan Separa Perubatan Gred U29

  3. beli dekat kilang boleh beli sikit ke atau kena borong banyak2?
    zahidahwahid´s last blog post ..iPhone6 by Trishoppe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge