Kenapa Perempuan Suka Main Duit Kutu?

Dulu dan sampai sekarang saya tertanya-tanya KENAPA PEREMPUAN SUKA MAIN DUIT KUTU atau bahasa bertamadun sikit iaitu duit undi. Saya perempuan juga tapi saya bukan jenis suka sangat main duit kutu ni.

Seumur idup saya, baru 2 kali saya terjebak dengan kancah duit kutu ni. Kali pertama masa zaman sekolah menengah dulu. Itupun tak main sampai habis sebab ada yang menipu duit tu. Mungkin itu puncanya kenapa saya tak suka sangat nak main duit kutu. KENA TIPU! Tapi, haritu bila kawan ofis ajak main, saya terjebak sekali lagi.

Kenapa perempuan suka sangat main duit kutu ni?

Kalau ada yang jawab sebab untung, tipulah. Mana ada dapat keuntungan apa-apa pun kalau main duit kutu ni. Saya malas nak main duit kutu pun sebab tak ada keuntungan dari segi pertambahan duit pun sebenarnya. Duit kutu ni bukan duit macam kita laburkan dalam “unit trust” yang  pernah saya share sebelum ni (maaf, sekarang saya demand. Terpaksa layan  kalau investor yang nak melabur dengan modal minima RM100 ribu sahaja).

Duit kutu ni lebih kepada simpanan duit yang tak bertambah atau berkurangan tetapi lebih kepada duit kita sendiri yang kita kumpul tiap bulan dan akan dipulangkan semula pada kita bila tiba giliran kita nanti cuma yang bestnya bila main duit kutu ni, kita bolehlah pilih nak bulan berapa untuk dapat duit kutu tu.

Main kutu ni tak ada unsur riba’ atau tak ada unsur yang salah di sisi agama pun. Sama je konsepnya kalau kita simpan duit dalam tabung ayam kita sendiri cuma, kalau nak harapkan kita kumpul duit tu sendiri memang jenuhlah nak tunggu sebab biasalah, bila kita tak ada komitmen pada orang lain, rasanya payah sikit nak konsisten bab menabung ni. Kan?

Lagi satu, kalau nak tunggu duit simpanan kita sendiri tu banyak bila sampai masa yang mana kita memang perlukan sangat duit yang banyak (bayar insurans kereta, bayar cukai harta dan macam-macam lagi), alamat sakitlah kepala kita. Tapi, kalau kita ada main duit kutu ni sekurang-kurangnya kita boleh anggar bila yang kita perlukan bantuan dana duit kutu tu nanti.

Apa-apapun, terpulanglah pada individu samada nak main duit kutu ataupun tak. Macam saya, main kutu dekat ofis sebab so far gaji agak mencukupi dan syok juga bila tiba giliran dapat duit kutu tu nanti! Kita enjoy!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

25 responses to “Kenapa Perempuan Suka Main Duit Kutu?

  1. ada baiknya main kutu terutama nak beli barang secara tunai..jadi tak perlu hutang..cukup giliran ambik sahaja barang yang ingini..beli emas ke atau modal bisnes part time..
    Hero Borneo´s last blog post ..Formula Terhebat Untuk Menjadi Jutawan (2)

  2. last main kutu masa kat asrama dulu.

    haha..

    sekarang dah malas dah.
    ohcikgu´s last blog post ..Cikgu, Dia tak nak kawan dengan saya.

  3. malas dah main kutu ni, sebab baik simpan sendiri, atau main saham, dapat gak la investment punya profit..atau amalkan simpan si hijau..:P
    reezluv´s last blog post ..Komisen 140-145 Dari Klikjer

  4. kaum wanita amat teliti dalam penyimpanan wang.

  5. orang perempuan memang pandai simpan duit, nanti nak shopping senang.
    Ikhwan Fahmi´s last blog post ..Tajuk Yang Berkaitan Dengan Peperiksaan Separa Perubatan

  6. Main kutu ibarat tabungan duit..
    Halim Brothers´s last blog post ..Hai Blogger! Menangi i phone 6 plus 64gb

  7. Main kutu nih memang ada kelebihannya kalau kita plan betul-betul. Contohnya kita nak tolong pasangan kita bayar road tax & insurance kereta, katakan nak renew bulan 3 sonya kita main kutu & pakat ngan kawan2 yang kita nak pakai Rm dalam bulan 3, so secara tak langsung, dapat lah kita mengurangkan beban kita tuh kan….
    SuperNifz´s last blog post ..Memelihara Kulit kekal Remaja

    • haah rasanya ramai yang main kutu untuk tujuan ni. kawan-kawan saya pun sama, ramai yang join untuk mudahkan beban bayar roadtax. ada yang untuk bayar yuran sekolah anak masa awal-awal masuk sekolah dan macam-macam. saya more to nak simpan untuk dapatkan modal bisnes
      Lizz´s last blog post ..Resepi Sup Ikan Salmon Mudah

  8. saya tak berani main kutu nie..tataulah..mgkn sebab benda tu sangat bergantung kepada integriti org kot. pastu macam lama juga nak tunggu turn sampai. hehe
    Oja Samid´s last blog post ..Promosi Shaklee Februari 2015 Kini Lebih Hebat!

    • main kutu ni kena rajin tanya pada orang yang dah pernah main kutu dengan orang-orang yang kita nak join tu. kalau rata-rata kata diorang tak ada problem nak membayar on time, then kita proceed. kalau ada kes tak beri komitmen, baik tak payah cari pasal. hehehe
      Lizz´s last blog post ..Beli Buku Usahawan Akhirat

  9. Terjebak jugak dgn duit kutu masa sekolah dulu… Ikut giliran sapa yg dapat bleh belanja sakan.. Hahaa. Ada jugak skim kutu tak best : kutu pintar online.

  10. Dulu pernah lah main kutu itupun dalam 100 ke 200 aje… Cuma yang tak bestnyer ada yang ngelat dan lari. Bila tengok rumahnya dah kosong balik kampung…
    Sani Sini Sana´s last blog post ..17 Sebab Anda Perlu Belajar FB Ads

  11. kaum wanita bijak memikirkan dan menjaga bab kira-kira.
    ikhwan´s last blog post ..100 Soalan Yang Biasa Ditanya Dalam Temuduga

  12. Main duit kutu ni kira berhutang dan bagi hutang.. kalau tak bayar jadi haram hukumnya.
    ahmad´s last blog post ..Malaysia Best Blog 2015

  13. kak suka baca blog kamu.. kak memang suka main kutu.. terutamanya bila rodtax kereta mati.. ataupun mahu beraya di kg.. duit kutu sangat berguna..
    kak yatiadam´s last blog post ..SURAT UNTUK SUAMIKU.

  14. Main Kutu memang untung… tak percaya? Untung yang mcam mana? Yang faham tu faham la ye… yang tak faham tu boleh research sket2 sebelum join kutu pasal ikut orang.
    azwans´s last blog post ..Faedah ‘main kutu’ dari sudut pengurusan kewangan

  15. betul. ramai kenalan perempuan ni main kutu..tak tahu lah…
    berita malaysia´s last blog post ..Kepada Yang Tinggal Area Lembah Klang. Kenal Pasti Muka Banduan Ini. Dan Hati-Hati

  16. Ramai juga sekarang ni yang kena tipu pasal main kutu ni
    Khairul Zamri´s last blog post ..Tiada Duit Boleh Beli Rumah Dengan Modal Yang Minima

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge