Solat Lewat Kerana Bola Sepak

Macam-macam karenah manusia ni kalau kita perati. Kalau nak ajak pergi surau, dia punya alasan ada 8000. Tapi, kalau pergi stadium laju dia lain macam. Rasanya, kalau dah nazak pun mungkin sanggup pergi.

Okay, okay. Mesti orang yang kaki pergi stadium tengok bola akan maki hamun bila baca artikel ni tapi hmm hmm hmm takpelah kot sebab ini blog saya. hahahaha!

(eh kau, dah lah malas nak update blog. Bila dah update, main kasar pulak)

Tapi, betul kan? Malam Awal Muharram orang pergi surau baca doa Akhir dan awal tahun, tapi ada sekelompok orang ni sibuk bersorak sakan tengok bola. Macam kurang adab juga kot. Itu pandangan sayalah.

Mungkin saya silap. Mungkin saya kolot tapi macam saya katakan tadi. Itu pandangan peribadi saya. Terpulanglah, masing-masing ada hak memilih.

Tak lama lagi ada final bola kan? Kita tengok macam mana masing-masing dok berebut beli tiket bola sepak. Hari tu, ustaz tempat saya belajar ada share pengalaman dia berborak dengan salah seorang peminat fanatik JDT.

Saya cuba kongsikan dialog mereka ya, tapi of course tak 100% sama sebijik sebijanlah dengan apa yang keluar daripada mulut ustaz tu. Saya ubah sikit ikut ayat saya.

Ustaz: Bang, dari mana?

Kaki bola: Baru balik dari stadium. Alhamdulillah, syukur saya dapat jugak tiket ni (aku gelak. serious, aku gelak)

Ustaz:  Pukul berapa beratur tadi?

Kaki bola: Syukur ustaz, saya dapat bangun awal. Sampai stadium 3:30 pagi.

(tak waras betul. hahahaha)

ustaz: Saudara Subuh dekat mana?

Kaki bola: Ustaz, Allah ni takkan menyusahkan kita. Islam ni mudah je, Ustaz. Dekat mana-mana boleh solat.

Ustaz: Ya betul. Saudara sempatlah ya bersolat Subuh tadi. ALhamdulillah

Kaki bola: Sempat, Ustaz. Lepas dapat je tiket…saya terus solat. Tapi, dah 7:30 pagi. Tapi, solatlah ustaz

HAHAHAHAHAHAHAHA rasa nak gelak guling-guling dalam surau waktu tu tapi nasib baik boleh kawal perasaan. Melampau betul fanatiknya

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

24 responses to “Solat Lewat Kerana Bola Sepak

  1. ho ho mana ada waktu subuh lagi dah time macam tu
    sabree hussin´s last blog post ..Contoh Soalan Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41

  2. sabar ajelah jawabnya.

    tu salah satu sebab selalu tengok kat rumah aje.
    ohcikgu´s last blog post ..Duit Gaji untuk cuti Deepavali sudah masuk.

  3. Sekarang ini ramai yang mengamalkan perintah dalam ugama berdasarkan suka sahaja,kalau tak suka tak nak buat.
    Abdur´s last blog post ..Domain Percuma Yang Amat Berbaloi

  4. adoi. kelakar pulak cerita ni. tapi, betul juga sebenarnya. ramai antara mereka ni kalau dah tengok bola, solat tu meamng akan terabai. moga kita semua dijauhkan daripada sikap sedemikian.
    Fadhil´s last blog post ..Rahsia Sebenar Yakjuj Makjuj Terbongkar?

  5. Bersukan tu tak salah tetapi kalau dah mendahulukan benda dunia dari Pencipta itu dah dikira taksub. Mudah2an la dibuka pintu hidayah pada depa ni kan..
    Noriza Rahman´s last blog post ..Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

  6. Haha macam tu pun ada nampaknya, mungkin dia pergi seorang diri tu, kalau ada kawan boleh gilir-gilir pergi solat dulu rasanya 🙂
    Khairul Zamri´s last blog post ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

  7. Sebagai peringatan kita bersama 🙂
    Pahan´s last blog post ..Bagaimana menghalang SPAM ?

  8. fenomena ni dah lama juga saya perhatikan..nak masuk stadium pukul 8mlm, sebelum asar dah beratur..tak tahu la asar ngan maghrib tu macamana..semoga akan ada transformasi untuk situasi ini.
    tuty mychibibox´s last blog post ..Cara Hilangkan Parut Jerawat

  9. Sepatutnya utamakan yg mana utama. Tapi nafsu manusia memang gitulah fitrahnya, kan>? Bila dah suka tue, selalu berlebih2an sampai sanggup ketepikan Tuhannya.
    Oja Samid´s last blog post ..Memilih Vitamin untuk Ibu Hamil yang Baik

  10. ada ke patut?..ish..ish….kalau berjaga sampai kol 3 pg tgk bola, bek lah terus buat qiamullail dan trus solat subuh je

  11. Kalau dah namanya kaki bola memang macam tu lah jadinya.

    Tidur yang sedap dan best pun boleh di tinggalkan
    Mazni Azmi´s last blog post ..Tudung Labuh Koshibo Daisi Beli Online Murah

  12. Adus dek kerana bola,terlepas subuhnya. Kalau camni la sikap kita dalam hal2 yang membabitkan solat,.susah nak kata lah. Sibok hal dunia sampai hal akhirat di ambil remeh jer.
    Rich´s last blog post ..Pendapatan setengah juta dari tune talk toneexcel.GILA..

  13. apa- apa pun perkara yang wajib jangan diabaikan. itu makanan rohani.
    diarysihat´s last blog post ..PROMOSI SHAKLEE DISEMBER 2014

  14. Husnuzon, at kleast dia solat juga kan… tak baik tau tambah2 dosa gelak2 kat dia …
    Noor Azlin @ Bizznurse´s last blog post ..Bola Bola Bola AFF Suzuki Cup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge