Program Tempahan Qurban Secara Online Sudah Bermula

Assalamualaikum, kepada Muslimin dan Muslimat mesti dah sedia maklum kan yang kita akan sambut Hari Raya Haji tak lama lagi. Dah puas beraya sakan, sekarang dah sampai masa untuk kita fokus dengan ibadah seterusnya iaitu melakukan ibadah qurban.

Sebelum ni pun, saya dah banyak juga berkongsi berkenaan PROGRAM TEMPAHAN QURBAN ONLINE bersama pihak EQURBAN. Rasanya sudah 3 tahun saya menjadi sebahagian dari pihak yang bertanggungjawab untuk sama-sama mewarwarkan program ini.

Tiada paksaan dalam beribadah sunat, tapi jika kita ada lebihan rezeki, apalah kiranya kita sama-sama keluarkan sedikit untuk diberikan pada mereka yang kurang bernasib baik. Kalau kita di Malaysia, makan daging kambing, lembu itu sudah menjadi perkara biasa tapi tidak untuk saudara seislam kita di Kemboja. Nasib mereka berbeza dengan kita di Malaysia.

Mungkin ada pihak yang beranggapan bahawa PROGRAM TEMPAHAN QURBAN yang dijalankan oleh pihak EQURBAN hanya fokus pada urusan jual beli daging qurban untuk keperluan sepanjang hari raya haji sahaja. Sebenarnya tanggungjawab mereka tidak terhenti di situ ya.

“Dengan bermula hanya 10 ekor lembu tempahan pada Hari Raya Qurban 2009, pihak EQURBAN terus berusaha membantu umat islam khususnya di Kemboja dan dengan pelbagai strategi akhirnya cita2 kami untuk membuat jualan 1000 ekor akhirnya telah diizinkan ALLAH.”

Dengan peningkatan jualan, hasil tempahan qurban secara online anda dan juga tempahan secara terus inilah yang memberi ruang yang luas untuk pihak EQURBAN terus membuat sumbangan kepada pembangunan minoriti islam terutama dalam konteks pembangunan ekonomi dan pendidikan. Antara kejayaan termasuklah menaiktaraf masjid, pembinaan sekolah, pembinaan kolam ikan, ladang getah seluas 20 hektar.

PROGRAM-TEMPAHAN-QURBAN-SECARA-ONLINE

Masih banyak lagi usaha yang kita semua perlu lakukan untuk membela nasib saudara seislam di Kemboja khususnya dan seluruh dunia amnya. Inilah masanya kita sama-sama muhasabah diri dan tanya pada diri kita sendiri “apakah sumbangan aku untuk saudara seislamku?”

Rezeki yang kita ada bukanlah untuk keperluan kita sendiri sahaja tapi ada hak-hak orang lain di dalamnya. Ambillah kesempatan sempena hari raya haji yang akan tiba tak lama ni untuk kita “berkorban harta” sedikit. Tidak banyak, sumbanglah sedikit. Tidak mampu seekor lembu, ambillah 1 bahagian dan niatlah perkara yang baik-baik. InsyaAllah, Allah bukan menilai ibadah kita pada harganya tapi pada keikhlasan kita.

Jika ada yang berminat untuk melakukan TEMPAHAN QURBAN SECARA ONLINE bersama EQURBAN, tempahan boleh dibuat sekarang di sini dan tarikh akhir adalah pada 30/9/2014 jam 12.00 tengah malam. Mudahan2an pada tahun ini kemeriahan seperti tahun-tahun sebelumnya akan kekal dinikmati. Amin

 

Artikel Berkaitan

2 responses to “Program Tempahan Qurban Secara Online Sudah Bermula

  1. Macam ni dah boleh start war-warkan kat orang lain yang mungkin berminat jugak ni
    sabree hussin´s last blog post ..Panduan LENGKAP Strategi Menjalankan Bisnes Printing Tanpa Modal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge