Demam Akademi Fantanangis Dah Bermula

Akademi-Fantasia-2014

Standard Melayu, kutuk-kutuk juga tapi tetap mengadap tv macam nak tersembul anak mata. Mengata diri sendiri gamaknya. Astro ni ada penyakit sebenarnya, tak habis-habis dengan Akademi Fantasia 2014 dan akan datang Akademi Fantasia 2020.

Saya ni ada masalah split personality. Kutuk macam nak rak, tapi lepas tu bila dekat TV ada tayang konsert mingguan Akademi Fantanangis ni, saya tengok jugak sambil beremosi bagai nak rak. Sambil tengok, sambil mengutuklah pastinya. Patutlah mak selalu pesan “kalau nak kutuk, janganla tengok. buat tambah dosa je”.

Yeah, ada benarnya. Tapi, masalahnya tetap NAK TENGOK! hahahahahaha!

Alah, dah kalau semua orang tukar channel “bila hujan je takde signal” tu, takkan kita tak nak tengok. Kan? Oklah jugak layan Akademi Fantasia tu, daripada layan pornologi. hah, mana lagi dosa??? hehehehe. Pada saya, penonton yang bijak adalah penonton yang tidak terpengaruh sampai sibuk nak hantar undian.

Eeeee pleaselah. Janganlah taksub sangat. Buang kredit jelah.

Mulai saat ini, kalau anda pergi ke kedai buku, confirm madah muka peserta Akademi Fantasia 2014 ni je. Inilah dia modal wartawan hiburan, nak dapat gosip murahan baru. Gosip buat-buat. Setakat nak bagi happening program Astro ni dan nak lariskan majalah diorang je. Kalau tak percaya, tengoklah nanti.

Artikel Berkaitan

3 responses to “Demam Akademi Fantanangis Dah Bermula

  1. Konsep dah sedikit berbeza sekarang, dah macam tengok cerita lawak bila zizan jadi pengacara. 🙂
    sabree hussin´s last blog post ..Review Ebook Blueprint TS – Teknik Hasilkan Sales Ribuan Ringgit Dalam Masa 24 Jam

  2. Hehehe.. lawak pulak baca tajuk “Akademi Fantanangis” Tapi serius, tak suka tengok AF dan rancangan yang sewaktu dengannya, rasa macam tak ada faedah. Apa lagi nak undi..
    Sujaihah´s last blog post ..PANAS!! Kenapa Rahim Bengkak ?

  3. Hentam jerla. Af kali ini meriah sebab zizan dgan fbi.. Ramai nak tngok sebab nak tengok adegan kelakar diaorang..
    encik cermin´s last blog post ..Kelakar! Lightier cricket untuk dijual, nego sampai letgo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge