Hari Raya Paling Suram

Tak tahulah kenapa, rasanya raya kali ni memang tak semeriah tahun lepas. Mungkin sebab kita pun masing-masing masih tak ada mood nak beraya sakan selepas berlakunya beberapa peristiwa tak berapa nak best untuk negara kita ni, salah satunya nahas MH17 yang terhempas tu.

Dah jadi macam badi pun ya juga. Saya pun macam takut nak naik pesawat buat masa terdekat ni. Memang ajal tu ditangan Allah tapi kalau dah takut, nak buat macam mana. hehehe.

Berbalik pasal isu hari raya kali ni paling suram dan tak meriah sangat. Biasanya, dekat taman perumahan kami tinggal ni meriah dengan bunyi mercun. Tapi, kali ni tak lama sangat. Kalau ada pun, masa minggu pertaman raya je haritu. Lepas tu dah jadi sunyi sepi macam taman tak hidup. Boring!

Tapi tak tahulah kalau dekat kawasan kampung-kampung tetap meriah cara sambutannya. Al-maklumlah saya tak ada kampung nak balik beraya. Kesian betul dekat diri sendiri. Nasib badan. Raya anda semua macam mana pulak? Tetap meriah macam tahun lepas atau sama macam apa yang saya rasa? suram jugak?

Nampak gaya Malaysia masih lagi dalam keadaan berkabung. Nak sambut raya meriah-meriah sangat, rasa bersalah dan simpati pada keluarga mangsa-mangsa nahas MH17. Bila tak sambut sangat, macam ni lah jadinya. Raya, tak serupa raya. Open house pun memang tak banyak tahun ni. Maka, kenalah redha saja.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

2 responses to “Hari Raya Paling Suram

  1. Tahun ini banyak kejadian dan ujian dari Allah swt untuk umat islam di Malaysia

    Memang ramai yang menyambut secara sederhana saja.

    Cubit peha kanan .. peha kiri terasa juga kan
    Tudung Labuh Online´s last blog post ..Shawl Halfmoon Labuh Chiffon Inspirasihana Atheerah 2014

  2. takpe.

    lepas ni leh guna kapal selam plak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge