Tenangnya Keluarga Mangsa Pesawat MH17

Sudah kecoh isu pesawat MH17 yang terhempas selepas dikatakan ditembak semalam. Walaupun tiada ahli keluarga yang terlibat dalam insiden tragik ni, tapi sebagai manusia mestilah saya pun sedih dan terkesan juga. Sama macam anda semua. Kita semua ada hati.

Setiap jam saya tonton berita terkini dekat tv. Paling tak nak kalah bab berita terkini konon-konon mestilah berita dekat ASTRO AWANI. Dia punya tahap ulang tayang berita yang sama adalah selang 15minit. Sampai dah naik hafal. Tapi, biarlah. Kalau dah bosan, saya tutup tv.

Entahlah, mungkin saya je agaknya yang perasan hal ini atau mungkin anda yang lain pun perasan juga? Saya perhatikan, ahli keluarga mangsa yang ditemuramah kali ini nampaknya macam “orang-orang alim”. Kenapa saya cakap macam ni? Cara mereka pada saya sangat tenang bila bercerita berkenaan mangsa. 

Sampai 1 tahap, saya pulak yang keluarkan soalan kurang bijak dekat ibu saya “mak, kenapa makcik ni relax je anak dia meninggal?”. Ibu saya jawab spontan “orang ada ilmu agama, tahu takdir ni kan lain..”.

Ya, betul juga. Kalau tengok cara mereka menjawab soalan-soalan dengan agak tenang, dan tidak terlalu beremosi, memang saya pun rasa mereka ni golongan yang agak alim. Sedih, mestilah sedih kehilangan anak, menantu, cucu,saudara terdekat yang lain tetapi syukurlah mereka boleh kawal emosi dan tidak keterlaluan tunjuk kesedihan.

Mudah-mudahan semua mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 semalam ditempatkan di kedudukan yang baik di sisi Allah SW.T, diberikan pangkat syahid dunia, dan bahagia di alam sana. Rezeki mereka “pergi” dalam bulan Ramadhan yang mulia ni, 10 malam terakhir dan malam Jumaat. Doakan yang terbaik buat mangsa. Al-Fatihah

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

3 responses to “Tenangnya Keluarga Mangsa Pesawat MH17

  1. takziah buat keluarga mangsa
    myrujukan´s last blog post ..Pemilihan Nama Domain Tepat Penting Untuk Jangka Panjang

  2. Hanya kepada Allah tempat kami mengadu. Harap tabah dengan dugaan yang menimpa
    Mazni Azmi´s last blog post ..Tudung Nur Koleksi Helwa Jun 2014 Cantiknyaaa

  3. Semoga semuanya dirahmati Allah..pemergian yg Travis:-(
    nord´s last blog post ..Dish Wash Concentrate Lembut Pada Tangan & Menjimatkan! #Healthyhomeshaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge