Pelaburan Unit Trust Rahsia Usahawan Kumpul Modal Pusingan

public-bank-mutual-gold

Dulu,  masa zero dalam dunia bisnes, saya selalu tertanya-tanya dari mana orang-orang kaya dekat Malaysia semua ni boleh ada duit kepuk-kepuk. Seolah-olah dekat rumah mereka ada mesin mencetak dan mengecop duit (tahyul betul). Akhirnya, sekarang barulah saya tahu RAHSIA USAHAWAN ni

Mungkin bukan semua, tapi saya yakin 90% daripada usahawan dalam dunia ni memang pakai rahsia ni. Mereka memang berniaga tetapi total duit dalam akaun bank mereka majoritinya hasil PELABURAN menggunakan keuntungan bisnes mereka! Yes, rahsianya ialah mereka melabur duit.

BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK

Kita ada beberapa pilihan tempat pelaburan sebenarnya dekat Malaysia ni. Kita ada pelaburan hartanah (tapi kalau zero knowledge, saya tak galakkan sangat) yang ROI (return on investment) dalam 6% puratanya, kita ada pelaburan ASB berstatus “halam” (gabungan halal dan haram) yang beri pulangan 7%-8% dan BELUM DITOLAK ZAKAT, dan kita juga boleh melabur di Tabung Haji yang akan beri dividen dalam 5% purata atau juga pelaburan unit trust dengan purata ROI 12%-15% bergantung pada keadaan pasaran saham semasa.

Untuk artikel ini saya cuma fokuskan pada PELABURAN UNIT TRUST sebab tajuk pun dah jelas atas ni kan? Antara rahsia usahawan Malaysia (kebanyakkan orang Cina) boleh kumpul duit yang banyak adalah dengan pelaburan ini. ROI agak besar jumlahnya berbanding pelaburan yang lain, dan biasanya usahawan ni memang ada “DUIT LEBIHAN” untuk mereka labur dan hasilnya akan dijadikan sebagai modal pusingan untuk tempoh 3-5 tahun akan datang.

Yes, mereka bijak sebab mereka tahu konsep pelaburan unit trust adalah pelaburan jangka panjang yang sangat menguntungkan. syaratnya, kena ada mindset yang betul iaitu KEUNTUNGAN HANYA AKAN DAPAT DICAPAI HANYA SELEPAS MINIMA 3 TAHUN dan jangan terkejut pulangan mereka biasanya adalah lama range 80%-100% daripada modal pelaburan mereka iaitu almost 2kali ganda.

Katakan 1 usahawan ni letak modal pelaburan mereka RM50k, selepas buat sikit kira-kira (ta payahlah tunjuk kan? kalau nak suruh tunjuk, email saya ya) selepas 5 tahun, biasanya mereka dah dapat cover modal dan dapat keuntungan 2 kali ganda (kalau kena gaya, boleh dapat lebih) dalam RM100k-RM150k.

Itu baru letak RM50K tapi biasanya usahawan Malaysia yang sudah biasa dengan pelaburan unit trust dan tahu nak pilih bank mana yang terbaik (hint, papan iklan dekat tepi jalan yang besar gedabak tu tunjuk bank public apa?) mereka biasanya akan main dengan 2 pakej pelaburan sahaja iaitu MUTUAL GOLD (RM120K++) dan MUTUAL GOLD ELITE (RM500K++).

Malas nak sebut pulangan yang mereka akan dapat kalau dah jadi ahli GOLD ni. Nama pun GOLD. Mestilah hasilnya menggoda. hahaha! Tapi, kalau ada yang interested nak tahu details, boleh je contact me dan tinggalkan email di ruang komen pun boleh. Actually banyak benefit yang usahawan ni boleh dapat sementara mereka tunggu 5 tahun untuk dapat keuntungan tu, tapi yang paling ramai orang suka ada 2 benefit ni. FREE PERSONAL INSURANCE dan FREE WILL WRITING (orang banyak duit wajiblah tulis wasiat kan??)

Maka, cukuplah setakat ini je perkongsian saya ya sebagai unit trust consultant. Tak ramai yang tahu rahsia usahawan kita ni buat duit dan bina empayar perniagaan mereka, hari ini saya dah kongsikan. Tapi, bukanlah bermaksud mereka hanya bergantung pada hasil keuntungan pelaburan unit trust sahaja, of course ada lagi yang lain

Artikel Berkaitan

13 responses to “Pelaburan Unit Trust Rahsia Usahawan Kumpul Modal Pusingan

  1. Mus

    penerangan ringkas dan mudah faham.. tq ya
    Mus´s last blog post ..Bukti Bayaran Pertama Komisen Mobicow Menggunakan Paypal

  2. Saya serah pelaburan duit saya kepada yang pakar.
    akubiomed´s last blog post ..Baju Raya anak didahulukan keceriaan anak dipagi Raya diutamakan

  3. olahan yang baik. awak UTC ker?
    sohoque´s last blog post ..7 Sebab Kenapa Anda Perlu Blogwalking

  4. Thanks for the sharing
    Baru paham pasal Unit Trust
    TQ
    Rawlins_GLAM´s last blog post ..Badan Solid : Apa Rahsia?

  5. dulu saya tak ambil kisah sangat tentang islamic ke tidak sesuatu pelabutran tu..tapi saya mendengar sendiri perkongsian seorang financial planner di IKIM yang dulunya terlibat dengan non-islamic financing..kita dah ada banyak pilihan sekarang
    zara´s last blog post ..Ulat Resdung Adalah Mitos Semata-mata

  6. dengan FREE PERSONAL INSURANCE tu pun menarik. ramai juga yang terus terjah, sebaiknya rujuk pada pakar-pakar macam cik liza.
    Denaihati´s last blog post ..Anwar mengecewakan harapan rakyat

  7. Nak juga melabur tapi masih belum stabil.
    Arieon´s last blog post ..USD9.34 Bukti Bayaran Ke-6, Mobicow Melalui Paypal

  8. Perlu bijak melabur dengan unit trust. Konsep pelabur bijak jangan dilupakan. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge