Minta Maaf Versi Kosong-Kosong

Ini semua penangan Adik Iklan Hari Raya 2014 Telekom Malaysia yang comel sangat minta maaf versi kosong-kosong. Tahun ni saya tengok ramai betul yang guna style adik comel ni minta maaf bila bersalaman dengan saudara mara termasuk saya.

Spontan je pun. Kakak-kakak ipar pun sama. Kalau tahun-tahun lepas, biasanya ayat lebih panjang, tapi kali ni penangan iklan raya Telekom Malaysia 2014 ni, semua dah jadi kontot. “kosong-kosonglah ya”. hahahaha! Senang hidup zaman sekarang. hehehe

Kalau anda nak tonton video iklan raya Telekom Malaysia 2014 bertajuk “Adik” ni, anda boleh search saja di Youtube atau kalau malas macam saya ni (hahaha!) boleh juga tonton di blog hootoh.my yang ada masukkan video iklan raya ni dalam post mereka baru-baru ini.

Rasanya, adik comel dalam iklan raya TM 2014 ni akan “laris” lepas ni. Saya tak berapa pasti samada adik ni memang pernah berlakon dalam mana-mana drama ataupun belum. Tapi, kalau belum pernah, rasanya lepas ni dah boleh ganti adik Mia Sara kot sebab sama comel dah ni macam Mia juga.

Oklah, dikesempatan ini, saya selaku pemilik blog yang tidak seberapa nak glamour ni tetap nak minta ampun ya pada semua pembaca dan peminat (dasar perasan) blog Lizarazak.com. Pastinya sepanjang saya berkongsi maklumat di blog ini, saya ada terlepas kata-kata yang mungkin buat sesetangah pembaca rasa marah dan kecil hati. Saya minta maaf “kosong-kosong” ya.

 

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

7 responses to “Minta Maaf Versi Kosong-Kosong

  1. salam aidilfitri dan maaf zahir dan batin..
    Hero Borneo´s last blog post ..Blogwalking Raya Aidil Fitri 2014

  2. Assalamu’alaikum Wrmbth,

    Selamat hari raya aidilfitri sis liza razak.

    Semoga tahun ini lebih berkat dan ceria. Amin
    Mazni Azmi´s last blog post ..Waktu Subur Wanita 4 Cara Untuk Hamil Cepat Dan Berkesan

  3. wah.. lepas nie.. byk lee produser filem cari adik tu. heee
    selamat hari raya dan maaf zahir dan batin..
    Hairul Hissam´s last blog post ..Nak Menu Pencuci Mulut Utk Rumah Terbuka Paling Meleleh Setakat Ini?

  4. Jadi senang dah sekarang just sya kosng-kosong. haha
    Bahrain´s last blog post ..Movie Guardians of the Galaxy

  5. Kesian ayah adik tuh. Bulan pose terpaksa banyak bersabar sangat-sangat hehe
    hafidzramli´s last blog post ..Selamat Kembali Berblogging Dengan Selamat.

  6. jujurnya tahun ini sangat kurang nonton TV pada penghujung puasa dan awal raya , macam banyak iklan raya yang termiss hahaha
    onlajer´s last blog post ..Suasana Marhaban Aidilfitri 2014 Di Kampung Saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge