Van Ambulance Main-Main Dengan Bunyi Siren

Punyalah mengharapkan orang supaya bila baca je tajuk artikel ni, terus boleh faham apa yang saya nak cerita. Kemain psiko betul blogger macam ni. So, boleh agak ke tak apa yang saya nak ngomel kali ni?

Yes, nak mengutuk driver van ambulance dekat Malaysia. Sebelum tu, saya nak ingatkan supaya anda tak perlu nak meroyan sebab artikel ni bukanlah nak beritahu yang SEMUA DRIVER VAN AMBULANCE MALAYSIA ni buruk perangai. Tak. Artikel ni merujuk pada mereka yang tidak bertanggungjawab saja ya.

Yang tak ada kaitan, mereka terkecuali daripada kutukan  ini.

Ceritanya macam ni. Tadi pagi saya singgah di kedai runcit di kawasan rumah saya untuk beli stok makanan kucing kesayangan. Masa sibuk beli barang tu, saya nampak ada beberapa orang lelaki dan wanita berpakaian macam jururawat. Nampak normal je. Beli barang, gelak-gelak. Suka hatilah kan.

Then, bila dah habis shopping tu saya naik kereta dan mereka pun masuk dalam  van ambulance (nama hospital dirahsiakan demi tak nak kena saman. muehehe!). Masa masuk dalam van tu, mereka bergurau senda macam biasalah. Driver tu sempat ambil air kotak dan minum. So, saya boleh agaklah kan yang dalam van tu tak ada pesakit yang kronik.

Ok, lepas tu kereta saya bergerak ikut jalan lain dan van ambulance tu ada dibelakang saya. Tak sampai 1 minit, then tiba-tiba je van ambulance tu berdesup potong kereta saya. Finelah. Lepas tu, dekat depan sikit memang agak sesak banyak kereta sebab pagi-pagi orang nak pergi kerja.

Tiba-tiba je van ambulance tu pasang siren emergency tu. Apa lagi, teruslah kereta depan tu kelam kabut bagi laluan dan van tu pun hilang sekelip mata. Saya macam pelik sebab bunyi siren tu tiba-tiba sangat, dan saya biasalah manusia kalau tak nak buat dosa kering memang tak sah (hahahahaha aku mengaku awal-awal), terus teringat kata-kata yang keluar daripada mulut seorang sahabat yang bekerja dengan unit kecemasan.

“best bawak van ambulance ni. kiteorang selalu je guna siren emergency tu kalau jalan tengah sesak. best, semua orang beli laluan”

Tapi, tak apalah. Kita bersangka baik sajalah. Mungkin memang betul ada kecemasan agaknya. Tapi, kenapa dalam hati tetap nak cakap VAN AMBULANCE TU SENGAJA PASANG BUNYI SIREN tu??? Berdosa eh menuduh? Okay, sorry. hehehehe

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

One response to “Van Ambulance Main-Main Dengan Bunyi Siren

  1. Mungkin juga tiba-tiba pemandu ambulans tu terima panggilan untuk angkat pesakit kronik. Tu yang dia nak cepat balik. Hehehe
    Arieon´s last blog post ..Permohonan BR1M 4.0 Bajet 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge