Pengalaman Memandu Kereta Hybrid

Best ke tidak pandu kereta hybrid? Yes, saya boleh jawab senafas je bab ini. Mestilah best, itupun kalau nak dibandingkan dengan kereta MyVi saya. Oklah kan, sebelum ada kereta hybrid sendiri kenalah praktis dulu.

Saya dapat test kehebatan memandu kereta Honda Jazz Hybrid ni minggu lepas waktu kami sekeluarga ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Kereta tu baru jel lagi keluar dari kedai. Kereta milik salah seorang ahli keluarga saya. Excited nak pandu kereta hybrid kali pertama ni sama juga levelnya macam malam pertama.

Amboi sangat ayat atas tu. Jangan salah fahamlah, banyak benda yang perlukan malam pertama okay! Okay, balik semula pasal pengalaman saya memandu kereta hybrid ni. Biasa-biasa saja sebenarnya. Tak adalah beza sangat dengan feel pandi Myvi kot. Kalau ada pun, cuma beza pada kelajuan jelah.

Cuma, terkujat jugaklah masa mula-mula berhenti dekat lampu isyarat. Tiba-tiba je rasa macam enjin terhenti sendiri, suasana enjin jadi sunyi sepi (over betul). Tapi, berkat perangai tak mudah panik saya ni, saya pun slumber jelah buat tak tahu. Tak adalah pulak nak startkan balik enjin kereta. Fuh, nasib baik! hahahaha!

rupa-rupanya, mengikut kata abang saya. kereta hybrid ni akan hentikan enjin bila kita tekan brake “habis” macam situasi dekat lampu isyarat tulah kan. So, kita tak perlu panik. Bila lampu isyarat dah tukar hijau, bila nak sambung pemanduan semula, kita cuma perlu tekan pedal minyak macam biasa. vroooom!!!! Jakun betul

Lagi apa? Okay kalau bab penggunaan minyak kereta pulak pada saya rasa macam cepatlah minyak tu bergerak. Masa nak pergi dah isi full tank tapi bila dah sampai hotel terus tinggal cenonet je. Part ni rasanya macam Myvi jugak kot sebab Myvi pun minyak pandai main silap mata. Masa pandu, minyak tu tak turun sangat tapi bila kita stopkan enjin je, hamik!

Lagi apa? Dah tak ada apa kot. Rasanya tak adalah beza sangat bila memandu kereta hybrid ni. Best lagi pandu kereta Toyota Vios rasanya tapi kalau suruh pilih antara kedua jenis kereta yang mana satu saya nak minat nak beli, saya akan beli kereta Honda Jazz Hybrid sebab size dan bentuk kereta ni kot. Tak besar sangat dan tak kecil sangat. Senang parking!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

17 responses to “Pengalaman Memandu Kereta Hybrid

  1. Kalau nak ikutkan kata nak jugak beli kereta ini,aplah daya kalau tak ada duit.
    Abdur´s last blog post ..Blogger Sabah (Bloggersabah.com)

  2. NMA

    bestnye dpt bwk kete tu…
    NMA´s last blog post ..Kajian Layout

  3. Dengar-dengar kereta honda banyak makan minyak, tapi toyota tetap pilihan dihati. hehehe
    Bahrain´s last blog post ..Review Filem Edge Of Tomorrow

  4. Harganya masih belum dimampu milik lagi. 🙂
    akubiomed´s last blog post ..Majlis perkahwinan Faizal dan Nurul Farhana

  5. orang perempuan mudah parking faktor no.1 biasanya…heee. ikut spec jazz hybrid sangat jimat minyak dan comel je.
    Denaihati´s last blog post ..Status Halal Coklat Pepero

  6. best la dapat rasa bawak kereta ni, saya stereng pun x dapat nak rasa, hehe
    myrujukan´s last blog post ..Seminar Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)

  7. Teringin jugak nak drive kereta hybrid ni. Rasa macam “teknologi moden” sgt bila drive hybrid. Maklumlah, kereta conventional kan guna 100% minyak.
    ezuddin´s last blog post ..Web Host termurah di Malaysia, sehingga kini

  8. sebelum saya dapat beli kereta baru..saya mesti ada blog baru dulu ha..ha…
    Hero Borneo´s last blog post ..Template Redpite Pilihan Terbaik Blogspot

  9. wah canggih hemat minyak ya kereta hybrid ini, saya baru tahu cara kerjanya, terima kasih sudah berbagi

  10. Setau saya kereta hybrid ni cc dia kecil so minyak dia kuat berbanding biasa. Kereta hybrid ni jimat bila guna fungsi hybrid je, maksudnya guna elektrik. Time tu setitik minyak pun tak guna tapi pick up kereta jadi kurang sikit la. Kalau tak silap saya la.
    Kereta Sewa Subang´s last blog post ..Kereta Sewa Subang Jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge