Maksimakan Simpanan Anda Dengan Compound Interest Dalam Unit Trust

Mari saya bukakan mata anda tentang cara memaksimakan simpanan anda dengan Compound Interest dalam Pelaburan Unit Trust. Mungkin ramai yang masih tak tahu tentang UNIT TRUST INVESTMENT ni. Yes, memang ada kenalan-kenalan saya yang masih tak tahu langsung.

Maaf cakap, tapi rasanya anda mungkin dah pun lepaskan peluang yang sepatutnya anda dah lama dapat. Orang Cina sudah lama kaya dengan cara pelaburan unit amanah dekat Malaysia ni, cuma kaum kita saja baru nak tahu taktik jana wang ini. Ini bukan SCAM atau FOREX ke apa entah yang sibuk orang main tu. Takpe, anda bolehlah rujuk semula artikel-artikel saya yang ini, juga yang ini dan yang ini ya untuk dapat idea sikit tentang UNIT TRUST.

PROGRAM WAKAF AL-QURAN RAMADHAN 2014

Kali ni saya nak tunjukkan pada anda macam mana nak maksimakan simpanan anda dengan conpound interest unit trust investment. Tahukah anda bahawa “compounding interest” adalah salah satu senjata orang-orang kaya untuk menjadi lebih kaya? Dalam membuat pelaburan “compounding interest” adalah satu faktor yang sangat penting dalam menambah banyakkan wang terkumpul anda. Internet Marketer Hebat Malaysia, Irfan Khairi pun ada sebut hal ini!

Inilah istilah yang tepat dan untuk mudahkan anda faham tentang COMPOUND INTEREST ini adalah ianya sistem di mana “Wang bekerja untuk Wang” @ “Money at work”. Inilah rahsia yang kebanyakan kita tidak tahu pun, padahal ianya sangat penting dalam bab kewangan ni okay.

Sesiapa sahaja pun membuat pelaburan untuk menjana pertumbuhan kewangan. Selain daripada pulangan modal, dividen dan bonus, pelabur juga menjana lebih kewangan hasil daripada kesan compound interest sepanjang tempoh pelaburan. Lebih awal seseorang itu melabur, maka lebih banyaklah manfaat kesan kompaun yang diterima. Saya sertakan 1 contoh di sini ya:-

Jika Ali menyimpan RM1,000 setiap tahun pada usia 18 tahun hingga 27 tahun, dengan kadar purata pulangan tujuh peratus setahun, simpanannya akan mencapai RM98,294 pada usia 55 tahun. Ini bermakna dengan modal simpanan RM10,000, Ali telah menikmati pulangan sebanyak RM88,294 hasil kesan kompaun pelaburan!
Berbanding Abu yang mula menyimpan pada usia 28 tahun, dengan jumlah simpanan RM1,000 setiap tahun selama 28 tahun, dengan kadar purata pulangan tujuh peratus, simpananya mencecah RM86347 pada usia 55 tahun. Dengan modal simpanan RM28,000, pulangan pelaburan Abu hanya berjumlah RM58,347.
Walaupun modal simpanan Abu lebih banyak daripada Ali, nilai simpanan Ali tetap jauh lebih tinggi disebabkan menyimpan pada usia muda. Inilah kelebihan ketara membuat pelaburan di awal usia, ‘dibantu’ pula oleh kesan kompaun dalam jangka masa panjang. Bak kata pepatah Inggeris, ‘the early bird catches the worm.’ Siapa cepat dia dapat. :)
Penat pulak nak teruskan artikel ni. hehehehe! Saya Unit Trust Consultant yang menetap di Johor Bahru, jadi siapa yang nak buat appointment boleh contact saya di lizarazak84[at]gmail.com dan saya akan terangkan dengan lebih detail lagi. 

Artikel Berkaitan

9 responses to “Maksimakan Simpanan Anda Dengan Compound Interest Dalam Unit Trust

  1. Macam best je main Unit Trust ni. Nak cuba jugak lah nanti kalau ada modal.
    Ammar´s last blog post ..APA ITU MALAM NISFU SYAABAN?

  2. buat orang muda, bermulalah dari sekarang sebagai pelaburan jangkamasa panjang.
    Denaihati´s last blog post ..Tarikh Nisfu Syaaban penting untuk umat Islam

  3. Pingback: Ibadat Kita Untuk Siapa? | Lizarazak.com

  4. Emm maknanya di sini..kalau masuk lewat, rugi lah yer..emm nak kena study lebih lg ni..ni pertama kali dgr pasal unit trust..
    Hafizul´s last blog post ..Pendapatan Ke-12 Panduan Menjahit Baju

  5. Pingback: Cara Semak KWSP Secara Online | Lizarazak.com

  6. dah banyak kali dengar unit trust nih..nak masuk tu memang la senang, tapi yang nak maintainkan modal tu yang susah…
    kereta sewa shah alam´s last blog post ..Kereta Sewa Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge