Ibadat Kita Untuk Siapa?

Mulanya saya mahu berkongsi berkenaan Unit Trust tetapi rasanya ada ilmu akhirat lain yang perlu saya kongsikan sementara masih ada isi pentingnya dalam kepala otak yang semakin menua ni (mengaku pulak kau?). Ibadat kita untuk siapa dan untuk apa sebenarnya?

Saya ada pengajian ilmu dekat surau Maghrib tadi. Soal jawab ibadat itu ini. Pendekkan  cerita jelah ya. Lepas ustaz jawab soalan, dan terangkan apa yang patut tiba-tiba adalah seorang hamba Allah ni dok bertanya soalan best “ustaz, tak berdosa ke kalau kita buat ibadat contohnya solat banyak-banyak, puasa selalu tapi sebenarnya bersebab. Macam buat solat Dhuha, sebab kita harapkan ganjaran murah rezeki”

Ustaz jawab panjang lebar tapi saya cuba ringkaskan. Ustaz cakap, kita tak berdosa cuma kita masih belum sampai tahap PENGHAMBAAN yang sebenar-benarnya pada Allah selagi masih ada dalam hati kita ni mengharapkan ganjaran daripada Allah bila melakukan sesuatu ibadat.

Tersentap jugaklah dibuatnya. Then Ustaz cakap lagi, tapi bukanlah pelik kalau kita ada sifat mengharapkan ganjaran ni sebab kita bukanlah tahap wali-wali Allah. Mereka memang beribadat secara total kerana merasakan diri mereka tu adalah HAMBA dan kerja HAMBA itu memang buat apa saja suruhan tanpa banyak soal dan tidak layak mengharapkan ganjaran apa-apa!

Lagi, ustaz huraikan sikit firman Allah dalam ayat Al-Quran berkenaan makam Syurga yang terbahagi kepada 2 tu. Rupa-rupanya syurga pun ada tahapnya. 1, syurga untuk orang yang melakukan suruhan Allah masa di dunia tetapi mereka memang buat ibadat tu untuk rebut ganjaran dan janji Allah di syurga nanti. Mereka akan masuk syurga, akan dapat kesenangan syurga tapi syurga mereka bukanlah syurga yang setaraf syurga para Nabi, Rasul dan wali-wali Allah.

So, ustaz suruh kami semua balik dan katakan balik pada diri ibadat yang mana satu yang kami lakukan hanya semata-mata kerana Allah, kerana sedar kita hamba yang memang patut buat segala suruhan tanpa banyak soal dan kita buat tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (walaupun, memang akan diberi ganjaran dari sisi Allah).

Seingat saya, macam tak ada. huhuhuhu!! Sedihnya. Solat Dhuha untuk tambah rezeki. Puasa tapi mengharapkan nak raya cepat, berterawih tapi tetap terbayang juga fadhilat dan paha yang berlipat kali ganda orang kata. Alah, macam-macam lagilah sebenarnya!

Takpelah, syukur juga sebab diizinkan Allah datang pengajian Maghrib tadi. Bolehlah tambah ilmu ni sikit. InsyaAllah akan cuba perbaiki tahap iman. Walaupun gerak kemain lembap, tapi tak apalah. Kita cuba. hehehehe

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

6 responses to “Ibadat Kita Untuk Siapa?

  1. Best…

    Tazkirah di pagi hari…
    Akmal Zaidi´s last blog post ..Kerja Kosong di Shell Malaysia Jun 2014

  2. Kala ikut apa yang di ajarkan pada saya “Munafik namanya apabila beribadah selain kerana Allah semata (kerana nak kaya/nak banyak rizki),dalam sholat sendiri kita sudah menyatakan Sesungguhnya Sholatku dan Ibadahku hidup dan matiku hanya kerana Allah taála”.

    Mohon perbaiki apabila saya telah silap menuliskanya.
    Abdur´s last blog post ..All Goals Video Germany VS Portugal (4-0) FIFA World Cup 2014

  3. memang ada juga yang sebut munafik cuma maksud munafik itu refer to orang yang di depan orang lain dia melakukan kebaikan tapi di belakang orang dia tinggalkan kebaikan..kalau tidak silap saya. wallualam, yang ini belum diajar pulak oleh ustaz kami
    Lizz´s last blog post ..Terus Bersangka Baik Dengan Allah

  4. Salam.

    Bila baca entri ini, dapat juga membuat serba sedikit penilaian ibadat yang kita lakukan. Fuh~
    Hafidz Ramli´s last blog post ..Salam

  5. Huhu..macam ada kaitan aje dengan diri saya ni..kadang2 ada gak terdetik macam tu..hehe..terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ni..lepas ni, kena buat sesuatu ikhlas kerana Allah..
    Hafizul´s last blog post ..Pendapatan Ke-12 Panduan Menjahit Baju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge