Boleh Kaya Ke Menabung Dengan 3 Tabung Ni?

Hobi saya daripada dulu lagi, suka memerhatikan tingkah laku orang sekeliling. Kadang-kadang, saya boleh duduk  berejam dekat sesuatu tempat tanpa berbuat apa-apa kecuali MEMERHATI! Yes, memang itu hobi saya. Buang masa? Tak juga.

Saya bukan perhati kosong. Saya nak belajar tentang hidup. Bila di negeri kelahiran saya, Johor Bahru ni tempat lepak saya adalah di pasar raya kelas pertengahan. Johor Premium Outlet tu saya tak suka pergi kecuali ada kawan-kawan yang ajak untuk shopping, barulah saya teman.

Teman, bukan beli sangat pun. Barang-barang terlampau mahal. Handbag yang tahap kucing-kucing saya, kalau nampak diorang buat alas tidur pun dah harga kemain tinggi berbelas-belas ribu. Kalau cantik tak apa, masalahnya tak cantik. hahahahaha! Kosser nak beli.

Ok, berbalik pada cerita tempat lepak saya tadi.

Seronok sebenarnya kalau pergi pasar raya biasa-biasa ni. Rasa macam tenang walaupun dengar suara pakcik-pakcik jual ikan terpekik terlolong tapi saya rasa seronok tengok gelagat masing-masing. Pada saya, walaupun hidup mereka MUNGKIN tak berharta sangat tapi saya rasa mereka bahagia. Mereka bergelak sakan dengan kawan-kawan, mereka bergurau senda dengan kucing jalanan, mereka makan seadanya je yang ada depan mata.

Kalau saya ke Kuala Lumpur pulak, biasanya kami cuma lepak dekat KLCC ataupun Pavillion. Tempat orang-orang kaya katanya. Siapa entah yang cop macam tu agaknya. Saya pernah masuk Pavillion dengan RM2 je dalam poket sebab lupa cucuk duit. hahahahaha!! Tak kaya pun? Caner?

2 tempat ini pun seronok jugak untuk dijadikan tempat belajar tentang hidup. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Dekat sinilah kita akan tengok anak-anak orang Islam (mak bapak pun sama) pakai baju macam tak cukup kain, bawak handbag berjenama berpuluh ribu, yang bertudung tapi baju ketat, bila Maghrib ramai anak-anak Islam yang masih lagi tengok movie, eh macam-macamlah.

Saya tak kata saya bencikan individu tu ya. Kan saya cakap, saya memerhati untuk belajar tentang hidup. Sikit pun tidak bencikan mereka yang berhabis duit bershopping sakan pada benda-benda dunia. Cuma, saya berdoa saja supaya Allah pelihara orang-orang kaya ni yang diberikan Allah rezeki melimpah ruah ni daripada menggunakan duit tu pada perkara-perkara keduniaan semata-mata.

Kita bersangka baik saja. Mereka sudah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai orang Islam dengan baik termasuk sudah berzakat dan sedekah.

Semua orang nak kaya termasuk saya tapi kaya dalam Islam bukanlah maksudnya kita kaya dengan wang ringgit saja. Definisi kaya dalam Islam, lebih terperinci rasanya. Orang kata, kalau nak kaya kenalah menabung. Maka, kita pun kenalah menabung. kan?

Cuma, saya ada cara saya sendiri bila menabung. Saya ada 3 tabung. Pertama, tabung peribadi untuk saya gunakan duit tu buat beli barang keperluan saya sendiri. Kedua, tabung bisnes untuk saya simpan modal perniagaan bila diperlukan nanti dan tabung ketiga ialah tabung akhirat. Saya tak tetapkan berapa jumlah yang saya perlu masukkan dalam tabung ketiga tu. Kalau dekat tangan saya ada duit dan saya nampak tabung “akhirat” saya ada depan mata, saya masukkan saja. Duit tu nanti saya gunakan bila perlu (tak perlu sebut untuk apa)

Boleh Kaya Ke Menabung Dengan 3 Tabung Ni? Wallahualam. Saya tak kaya lagi dengan wang ringgit tapi yang pasti dengan cara menabung macam ni, hidup saya macam lebih tenang dan santai betul rasanya. Hidup rasa CUKUP. Allah lah kot yang masukkan perasaan merasa cukup ni dalam hati saya.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

22 responses to “Boleh Kaya Ke Menabung Dengan 3 Tabung Ni?

  1. Bijaknya cik dalam menabung,
    Abdur´s last blog post ..Mohammad, Messenger Of God (The Message) Film

  2. ohh..dah tukar theme blog baru dah nih..
    ohcikgu´s last blog post ..Twinkle Twinkle Little Star.

  3. Bagus2….menabunglah dari awal… 🙂
    FaizAlias´s last blog post ..Simpan Duit Kahwin RM300 Sebulan

  4. JPO singah pun tak pernah lagi

    Insha Allah sis boleh kaya
    onlajer´s last blog post ..Tips Untuk Membeli Set Penghawa Dingin

  5. Sebagai peringatan untuk diri sendiri. Nak kena ada tabung siap-siap sebelum terlambat.
    Bahrain´s last blog post ..Hadith Palsu Menjelang Ramadhan

  6. Terbaik entry ni. Membuka minda pembaca.
    Bagi wan, ketiga-tiga tabung itu penting. Kaya atau tidak soal kedua kerana yang paling penting ialah kita sudah ada perancangan hidup.

    Apa yg pasti ialah, tabung ketiga itu pasti tidak mengecewakan kerana janji Allah itu benar. Apa sahaja yang dilaburkan di jalannya, Insya Allah kita tidak akan pernah merasa susah mungkin bukan di dunia tapi pastinya di akhirat, negeri yg kita semua bakal lalui.

    Kekayaan dunia ini hanyalah sbg tabung sokongan utk membantu kita teruskan kehidupan. tapi kekayaan akhirat akan kekal abadi. Utk mencapainya amat memerlukan kepada tabung ketiga tersebut.
    mohdridzwan´s last blog post ..Among The Cutest Babies…I Choose…

  7. Begitulah seeloknya. Setiap orang seharusnya mempunyai 3 tabung ini. Pada mulanya memang agak sukar untuk biasakan diri untuk menabung. Tetapi lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan.
    Bungkilan´s last blog post ..ADI PUTRA DISIASAT SEMULA KERANA KACAU ISTERI ORANG

    • mulakan dengan NIAT then nanti InsyaAllah akan dipermudahkan. Rezeki untuk tabung ke 3 tu biasanya Allah akan beri jugak cuma kita je samada alert atau tidak untuk sedar yang rezeki tu sebenarnya UJIAN untuk kita masukkan dalam tabung ke 3 ataupun nak joli
      Lizz´s last blog post ..Ibadat Kita Untuk Siapa?

  8. mmg penting menyimpan nieee…
    sebab ada masa kita di atas dan ada masa kita dibawah..
    so simpanan tu akan membantu kita bila kita berada dibawah..

    saya pun kurang suka beli kat premium outlet..
    lebih suka beli kat jaya jusco pada hari card member…
    Hairul Hissam´s last blog post ..Cara Menjaga Ikan Dan Tips Mengelak Air Akuarium Cepat Keruh

  9. terbaik tabung ketiga tu, tabung syiling pun pernah ada…heee. penting menabung dalam dimana/bentuk apa sekalipun sekalipun.
    Denaihati´s last blog post ..Keputusan Piala Dunia 2014 peringkat kumpulan

  10. memang boleh kaya dengan menabung..biar lambat asalkan kaya juga akhirnya!
    Hero Borneo´s last blog post ..Buku Mengubati Jiwa Yang Resah

  11. tak kaya tak pe asalkan ada simpanan untuk masa depan yang tak boleh diramal 🙂
    Cik Iman´s last blog post ..Barang Terpakai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge