Tips Khatam Quran 2 Kali Oleh Sifu Raja Kamil

TIPS KHATAM QURAN ini saya terima dari sifu IM Raja Kamil yang dikirim di emel pagi tadi. Siapa tengah cari tips khatam Quran untuk puasa tahun ni, boleh teruskan bacaan anda. Mana yang dah khatam Quran 1000 kali, bolehlah proceed terus shopping dekat ZARA LEGACY tanpa rasa bersalah.

Tips : Khatam Quran 2 Kali Raya Tahun Ini oleh Tuan Raja Kamil

“Dalam quran, ada 30 juzuk.
1 juzuk, kalau Quran standard kat masjid/surau, ada 20 muka surat
1 hari kita solat 5 waktu
1 waktu baca 4 muka surat
1 hari 5 waktu solat
1 hari setel 1 juzuk
30 hari setel 30 juzuk, khatam

tok sah poyo… tengok tahun lepas, khatam ke tak?
Kalau khatam, bagus. Tahun ni maintain atau try target 2 kali khatam.
Syaaban 1 kali khatam. Ramadhan 1 kali khatam.

Set hantaran Al-Quran

Set hantaran Al-Quran

Kalau tak khatam, buat macam ni.
Syaaban, target setengah juzuk
Ramadhan, target setengah juzuk

Mulai sekarang, selepas subuh dengan selepas maghrib, baca 5 muka surat setiap waktu solat. So, dah 10 muka surat.

Setiap 2 hari, setel 1 juzuk.
Masuk Ramadhan, dan setengah quran.
Habis Ramadhan dah khatam quran.

Bila nak mula?

Statement “Bila nak mula” ni mencabar jugak kalau nak menjawab. hehehehe! Actually, rasanya orang lain pun dah ada strategi atau Tips Khatam Quran jugak kan? Saya pun ada. Tapi, dari tahun lepas dok praktik tak lulus-lulus jugak khatam (sepak kaki sendiri)

InsyaAllah tahun ni saya dah ada banyak jugak koleksi Al-Quran Pelangi sebagai pemangkin (ngader kan kau?) untuk KHATAM QURAN Ramadhan nanti. Al-Quran pelangi Madina yang kecil sizenya, saya letak dalam handbag. Al-Quran Falisya yang tanpa terjemahan pulak saya simpan 1 dalam kereta. Dalam kereta tak sempat nak baca terjemahan. hihihi. Lagi 1, Al-Quran saya simpan dalam bilik solat. Quran pelangi, ada terjemahan dan ada tajwid sekali sebab dalam bilik solat tu tenang sikit keadaannya untuk “mentelaah” ayat-ayat Allah.

Kalau anda masih belum ada Al-Quran peribadi untuk persediaan Ramadhan nanti dan nak dapatkannya, anda boleh cuci-cuci mata dekat ZARA LEGACY ni. Macam-macam Quran ada. Madina dan Falisya tu PRE ORDER tapi stoknya dah nak sampai dah pun. Weeeeee!!! Mudah-mudahan TIPS KHATAM QURAN dari Tuan Raja Kamil ni bermanfaatlah saya kongsikan ya. Selamat beramal

Artikel Berkaitan

One response to “Tips Khatam Quran 2 Kali Oleh Sifu Raja Kamil

  1. idenya sangat mencerahkan, patut untuk di praktekan..terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge