Terus Bersangka Baik Dengan Allah

Salah satu tips untuk anda yang sedang dalam situasi “buat semua benda tak menjadi” adalah dengan tips mudah ini iaitu TERUS BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH. Percayalah, anda akan sedar betapa Allah sayangkan anda lebih yang anda sangkakan.

Beberapa hari yang lalu, saya mengambil keputusan untuk hadirkan diri dalam 1 program transformasi psikologi (kalau tak berubah jadi transformer, tak tahulah.hahaha). Memang bersemangat sangat. Program tu awal pagi dalam jam 8pagi. Tapi, nak dijadikan cerita pagi tu saya terlewat. Keluar rumah, dahlah lewat. Bila dah nak sampai Pusat Islam Iskandar Johor tu pulak, TIBA-TIBA ada kereta terbakar tengah-tengah jalan besar!

PRE ORDER AL-QURAN PELANGI FALISYA DIBUKA SEKARANG!

Bayangkan, kalau anda yang berada ditempat saya. Anda pada awalnya memang bersemangat, terus jadi lemah dalam kereta sebab jam dah almost 9 pagi. Paling down tu sebenarnya nak ikutkan, jarak kereta saya dengan tempat program tu tak jauh dah pun. Adalah dalam 600meter je, tapi sebab kereta terbakar tu…...(tolong bayangkan keadaan down saya waktu itu ye!)

Ok, tak apa. Tunggu dan tunggu akhirnya saya lepas dah tempat jammed tu. Next, sesi cari parking. Mencabar ya, pusing 4 kali dan langsung tak ada tempat kosong dah. Last choice adalah, saya kena pusing balik untuk tumpang parking di bangunan berhampiran. Cuma, saya kena lalu semula kawasan jammed tu! gah!!!! down jadi triple

Waktu tu, saya dah terfikir “Allah tak izinkan aku nak pergi ke ni?”.

Tapi, cepat-cepat saya istighfar balik dan saya gunakan ilmu Law Of Attraction yang saya ada baca dan dapat daripada kenalan. Sambil memandu, saya tarik nafas dan cuba tenangkan semula diri, buang kata-kata negatif dan saya katakan “Ya Allah, aku nak mencari ilmu Engkau. Kalau Engkau izinkan, permudahkanlah urusan aku dan jangan Engkau persulitkan. Aku tahu, Engkau akan bantu aku cari tempat parking dan hingga selesai urusan aku. Amin”.

Dalam ilmu Law of Attraction, kita kena berdoa bersungguh-sungguh dan buat bayangan sejelas mungkin apa yang kita doakan tu. Ok, lepas tu saya tarik nafas lagi sekali dan pandu macam biasa. Saya lalulah lagi kawasan jammed tu tapi Alhamdulillah, kali ni semua kereta macam baik sangat (kahkahkah), beri laluan pada kereta saya menyelit, kemudian saya jumpa 1 tempat kosong untuk saya parking, saya jalan laju-laju masuk dewan besar.

Almaklum dah terlewat bebenor orang Johor sebut, dalam kepala otak berfikir jugaklah nak duduk dekat mana nanti. Ikut logiknya, mestilah dah penuh! Tapi, Alhamdulillah berkat BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH (hihihi) akhirnya Allah permudahkan sangat sangat sangat.

Saya masuk dewan yang memang rasanya 98% dah penuh dah pun. Tiba-tiba ada seorang Hamba Allah yang saya kenal datang salam saya dan peluk. Rupa-rupanya, dia AJK program tu dan akhirnya dia terus tunjukkan saya 1 tempat kosong. Nak tahu dekat mana saya dapat duduk, walaupun saya datang dah lewat 1 jam?

Kerusi belakang kerusi VIP!

Wah, Alhamdulillah. Saya duduk, saya senyum dan dalam hati saya ucapkan syukur pada Allah sebab bantu saya. Maaf ya, saya bukan nak ajar pasal Law Of Attraction tapi saya nak kongsikan aje kisah. Supaya kita sama-sama sentiasa ada sikap BERSANGKA BAIK PADA ALLAH SETIAP MASA. 

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

10 responses to “Terus Bersangka Baik Dengan Allah

  1. Bahagia sangat2kan bila kita sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT..
    semoga Allah sentiasa memandu kita ketika kita diuji..
    bila sudah berjaya menghadapi ujian dengan sabar..hasilnya memang best..
    Salam perkenalan ye
    ustazahain´s last blog post ..Menang Contest” Cabaran Komen terbanyak Denaihati” – Jazakallahu Khairan Kathira

  2. Alhamdulillah.. Allah sentiasa menolong kepada orang-orang yang selalu berdoa kepadaNYA. Berkat kesabaran akhirnya tertunai hajat. Allah maha besar.
    Kamil Salleh´s last blog post ..Asyik-Asyik SEO….

  3. Perkongsian yang meanarik
    Abdur´s last blog post ..Cara Mengatur Emel Kedalam Smartphone Android

  4. rezeki dapat duduk belakang VIp. siapa sangkakan? sentiasalah mengharapkan pertolongan dari ALLAH S.W.T
    Bahrain´s last blog post ..Panda Sudah Sampai Malaysia

  5. Yang kita tak perasan, Allah itu maha mendengar…
    KelipKelip´s last blog post ..Kisah Kak Semah Penjual Biskut Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge