Rahsia Ayat 10-12 Surah Nuh Amalan Untuk Kaya Raya Dan Rezeki Anak

Rahsia Ayat 10-12 Surah Nuh Amalan Untuk Kaya Raya Dan Rezeki Anak. Artikel Rahsia Surah Nuh ayat 10-12 ini saya kongsikan sebaik saja selesai majlis Ratib Al-Haddad sebentar tadi. Alhamdulillah dapat RAHSIA SURAH NUH AYAT 10-12 ini

Perkongsian mengenai Rahsia Surah Nuh ayat 10-12 ini saya perolehi oleh ustaz pembawa majlis ratib malam ini. Orang Johor tapi belajar pondok di Surabaya. Muda je orangnya tapi pergh ilmu bertingkek-tingkek orang Noghori cakap.

TAFSIR SURAH NUH AYAT 10-12

al-quran-pelangi-murah

“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12)

Ayat di atas inilah yang mengikut kata ustaz tadi mempunyai kehebatan yang cukup “power” lah orang Jawa cakap. Sebenarnya ustaz tadi kongsikan pasal Istighfar, jadi beliau selitkan ilmu ni sikit untuk tunjukkan dalil Allah yang menyatakan apa yang HambaNYA akan perolehi dengan amalan istighfar.

Jadi, ustaz tu cakap mengikut surah Nuh ayat 10-12 ni. Allah dah janji, barangsiapa yang meminta ampun dan istiqamah lidah dok istighfar je, maka Allah JANJI akan tambahkan rezeki. Salah satunya REZEKI ANAK. So, ustaz cakap siapa yang masih belum dapat anak, boleh usahakan dengan cara ini.

Lagi satu, ustaz tafsirkan maksud “kebun dan sungai untuk kamu” itu sebenarnya Allah merujuk pada DUIT YANG BANYAK. Hah, jadi untuk siapa yang mahukan rezeki harta melimpah ruah, istiqamahlah dengan amalan istighfar ni.

Akhir sekali, ustaz pesan tapi janganlah pulak sibuk istighfar dan amalkan surah Nuh ayat 10-12 ni dengan niat kedunian semata-mata tapi kena imbangkanlah. Contohnya, kalau mohon minta zuriat tu pastikan niat kalau dapat anak, nanti akan didik anak tu untuk dekat dengan Allah dan kalau dapat harta pulak, niat nak waqafkan pada jalan Allah. Gittew!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge