Perbezaan ASB Dengan Unit Trust Islamic Fund Secara Mudah

Sejak dah jadi UNIT TRUST CONSULTANT JOHOR BAHRU yang sah ini, makin banyak soalan tentang duit duit duit dan duit pada saya. Saya bukan kaki songlap duit tau.

Rupa-rupanya, RAMAI sangat bangsa kita yang langsung tidak tahu menahu berkenaan unit trust atau orang jawa sebut unit amanah. Lihatlah betapa ketinggalan zamannya bangsa kita dengan bangsa cina. Jauh!

Tu lain kalilah saya cerita ya. Semalam, ada seorang kenalan yang suruh saya terangkan apa perbezaan kalau dia labur duit dengan ASB dengan dia labur duit dalam unit trust. Bawah ni saya berikan info untuk anda yang nak tumpang sekaki ya.

Perbezaan ASB Dengan Unit Trust Islamic Fund

ASB

1. ASB adalah amanah saham yang diuruskan oleh kerajaan khas untuk BUMIPUTERA sahaja.

2.ASB masih dikategorikan sebagai tidak patuh syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti.Sila klik di sini. Yang bertanda * adalah Islamic Fund.

3.ASB menawarkan satu bentuk pulangan saja,iaitu dividen. Berdasarkan pulangan yang lepas,ASB memberikan pulangan 6%-7% setahun.

4.Tiada yuran pengurusan atau yuran tahunan.

5.Harga untuk jual dan beli adalah sama.RM1.00 seunit.Kalau labur RM10,000,ASB jamin dapat semula modal RM10,000.Jaminan pelaburan modal tidak akan lupus adalah tidak sah menurut ulama 4 mazhab.(sumber :Ustaz Zaharuddin)

6.Anda boleh mengeluarkan duit pada bila2 masa waktu bekerja.Dan terus dapat duit on the spot.

7.Suruhanjaya Sekuriti telah menyatakan bahawa ASB adalah tidak patuh syariah.Boleh Klik disini untuk rujukan anda.

Unit Trust Islamic Fund

1.Unit Trust di urus oleh badan swasta dan terbuka kepada semua.Ada dua pilihan pelaburan.1)Pelaburan Syariah. 2)Pelaburan Konvensional.

2.Unit Trust Islamic Fund adalah patuh Syariah.Dan telah dinyatakan dengan terang dan jelas di dalam prospektus dan laporan Suruhanjaya Sekuriti.Public Mutual mempunyai panel penasihat syariah seperti yang dinyatakan di dalam prospektus.(ZI Syariah).

3.Memberikan 2 bentuk pulangan.1) Dividen. 2)Pertambahan Unit.Sebagai contoh, anda membeli rumah pada harga RM150’000, 5 tahun kemudian anda boleh menjualnya dengan harga RM300’000.

4.Setiap pelaburan dikenakan servis charge 5.5%.Yuran tahunan 1.5%.

5.Boleh mengeluarkan duit pada bila2 masa,tetapi pembayaran akan dibuat melalui debit akaun atau pun cek dalam masa 10 hari bekerja.

6.Harga jual dan beli sentiasa berubah- ubah.Dan tiada jaminan modal pelaburan.Ini bermakna memberi peluang kepada pelabur untuk membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi.

7.Terdapat beberapa jenis pelaburan yang boleh di sesuaikan denagan profile risiko pelabur. Seperti Dana Aggresive, Imbang dan Konservatif.

Ok, dah jelas belum dengan status syariah ke tidak ASB tu? Terpulang pada individu. Saya tak kata haram ya sebab saya bukan mufti johor. Saya cuma unit trust consultant johor saja. hehehehe!

p/s: anda di johor bahru? nak labur dalam unit trust tapi tak nak tanggung risiko? boleh labur guna duit kwsp! 😛

Artikel Berkaitan

6 responses to “Perbezaan ASB Dengan Unit Trust Islamic Fund Secara Mudah

  1. hoho..silalah pilih ye..
    ohcikgu´s last blog post ..Apa itu Mini Hidro?

  2. more info more info please… hehe
    Azah´s last blog post ..Keep Calm

  3. berbeza sama sekali. labur guna duit kwsp kena pastikan keuntungannya lebih dari keuntungan dari kwsp, kena selalu pantau.

  4. Kedua-duanya ada pro dan kontranya. pilihan di hati masing-masing.
    Kamil Salleh´s last blog post ..Asyik-Asyik SEO….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge